Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.........


Alhamdulillah kehadiran yang dinanti-nantikan.Betapa nikmatnya menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.Hanya setahun sekali sahaja menanti kehadirannya.Syukur yang teramat sangat.

Kalau tahun lepas, kami sekeluarga bertarawih di beberapa buah masjid yang berhampiran dengan kediaman kami.Membawa my MIL sekali bertarawih tapi tahun ini tidak pasti lagi kerana my MIL tidak berapa sihat.Mudah-mudahan my MIL sihat dan dapat menjalani solat tarawih seperti tahun-tahun dahulu.

Nampaknya, banyak canopy telah didirikan di merata-rata tempat sempena bulan Ramadhan ini.Pelbagai jenis makanan dijual dan seperti tahun lepas, saya lebih selesa memasak sendiri dan hanya membeli kuih-muih sahaja.Agak rimas untuk mencari hanya beberapa jenis makanan saja tetapi bersesak-sesakan.

Tapi bukan itu yang menjadi keutamaan kami.Pastinya kami berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami meneruskan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
PENA KASIH :Tidak sabar menanti bulan Ramadhan...

GOTONG-ROYONG

Hari ini, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong di masjid dan sememangnya menjadi amalan setiap tahun dan setiap hari .Kali ini, persekitaran masjid dibersihkan termasuklah parit-parit mahupun rumput-rumput di sekelilingnya.Saya adalah salah seorang AJK masjid dan meluangkan masa pada hari ini membantu membersihkan bilik air dan juga kaki lima masjid.

Tidak ramai yang hadir tapi saya tidaklah mengambil pusing soal kehadiran mereka untuk menjalankan aktiviti tersebut.Siapa yang ada kesempatan mereka boleh hadir tanpa dipaksa.Yang penting kita hadir dan siapkan kerja-kerja yang boleh kita buat.Saya telah mengambil tugas membersihkan kedua-dua bilik air sementara hubby membersihkan kawasan kaki lima masjid dan parit yang dipenuhi dengan tanah.

Masing-masing mempunyai tugas yang tersendiri dan tidak perlu diarah.Alhamdulillah dalam masa 3 jam sahaja semuanya selesai dan saya terus balik ke rumah untuk menyediakan juadah makan tengah hari untuk keluarga.

PENA KASIH :Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk saya meneruskan amal ibadah saya pada tahun ini...Amin.

Saturday, July 30, 2011

SEPETANG DI JB

Darwish with his Tok Udanya..........






My daughter menelefon....tak senang hati melihat kami asyik berjalan aje every weekend...



Danga Bay,JB

Bergerak ke JB setelah hampir 7 bulan tidak ke sana.Hasrat untuk ke sana selalunya tertangguh sahaja.Pelbagai program menyebabkan kami tidak berkesempatan untuk ke sana dalam tempoh tersebut sebaliknya kami selalu ke Melaka.Hari ini, hubby menyuarakan hasrat ke sana kerana ingin mencari buku-buku ilmiah dan saya juga berkesempatan membeli beberapa buah buku yang terkini untuk rujukan saya dalam pengajaran saya.

Sesuatu yang tidak disangkakan ialah buat kali pertamanya saya melihat terlalu ramai orang sehingga sesak dan agak sukar untuk mencari 'parking'.Adakah mereka sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya atau Hari Puasa, tidak dipastikan.Nampaknya rata-rata persiapan untuk Hari Raya sudah bermula.Saya tidak teruja ke arah itu sebaliknya saya terus ke Badan Buku Cemerlang untuk mencari buku-buku dan novel-novel yang begitu murah jualannya.

Setelah usai membeli buku-buku, kami mengambil keputusan untuk ke Danga Bay.Melihat pemandangan di sana dan melepaskan penat buat seketika.Kami tidak lama ke sana kerana kami perlu pulang ke Segamat pada malamnya.

Selepas itu, kami bergerak ke KipMart dan ke rumah Kak Long.Just lepak buat seketika sebelum berlepas pulang ke rumah.Sempat juga bermain dengan Darwish yang kebetulan ada di sana.Mungkin sudah lama tidak bertemu, menangis juga pada awalnya tapi selepas itu sudah mula berani mendekati kami.Apa-apa pun , thanks to Kak Long kerana menyediakan hidangan makan malam untuk kami.

PENA KASIH:Banyak perubahan JB......

Friday, July 29, 2011

NALURI


Emmm....jika tidak menjenguk walaupun sehari mereka akan terus bermain dengan teka-teki.Itulah naluri seorang ibu mahupun ayah.Jika sehari saya tidak ke rumah ayah,pastinya ayah akan bertanya emak ,mengapa saya tidak pergi ke rumahnya.Walaupun jarak rumah tidaklah perlu menunggang motosikal mahupun memandu kereta, hanya beberapa langkah saja sudah memadai.

Kadang-kadang kerana kelewatan saya balik dari sekolah atas urusan kerja dan menyediakan juadah untuk keluarga, membuatkan saya tidak pergi ke rumah mereka.Cukup saya mengintai dari rumah saya kelibat kedua-duanya.Kadang-kadang, mereka berada di beranda rumah, bersantai dan berborak-borak ,tapi saya masih mempunyai peluang melihat wajah mereka.Kalau dahulu,saya akan ke rumah mereka pada waktu malam berbual-bual sehingga jam 12.00 malam tapi kini saya mengurangkan aktiviti keluar rumah pada waktu malam walaupun diizinkan oleh hubby.

Pada mereka sudah cukup saya menghadirkan diri dan berbual-bual buat seketika.Kini, setiap pukul 6.30 petang, saya luangkan masa saya untuk menjenguk mereka.Saya tidak mahu mereka tertanya-tanya ke mana menghilangkan diri buat seketika.Itulah naluri seorang ayah mahupun ibu.

Justeru, saya selalu mengingatkan anak-anak agar sentiasa bertanyakan khabar ibu mahupun ayah walaupun melalui sms dan berchating melalui alam maya.Jangan biarkan merea tertanya dan kita hanya mendiamkan diri sahaja.Kegelisahan akan jelas terbayang di wajah mereka sekiranya kita tidak menghantar sebarang berita kepada mereka.Memang tidak dinafikan sebagai ibu,sudah tentu kita hendak mendengar khabar berita tentang anak-anak mahupun cucu.Saya akui,diri saya sendiri juga seperti itu.Apabila anak berjauhan,bermacam-macam yang bermain di fikiran kita.Adakah mereka sudah makan,adakah mereka kekurangan duit dan sebagainya.Alhamdulilah, saya akan pastikan anak saya sentiasa berhubung dengan saya,bertanyakan khabar itu dan ini, mengingatkan dia supaya menjaga diri, tingkah-laku, bersolat dan tutur kata.

PENA KASIH :Tidak jemu memberikan nasihat kepada anak.......

PROGRAM BULAN MEMBACA..


Sempat lagi berposing sewaktu majlis dijalankan.Merekalah anak-anak didik kami.Sayang kalian.
Pn Salbiah memberikan taklimat kepada semua murid tentang aktiviti yang diadakan sepanjang Bulan Membaca dijalankan.


Guru Tahun 2-Pn Radziah



Guru Besar menyampaikan kad pinjaman buku kepada guru kelas bagi membolehkan semua murid meminjam satu buku.......1M 1B.Tujuan peminjaman buku adalah untuk membolehkan murid-murid membaca buku, melukis kulit luar buku dan menceritakan kembali apa yang terkandung dalam buku yang dipinjam.

Wednesday, July 27, 2011

TERCAPAI JUA AKHIRNYA....

Sesuatu yang tidak diimpikan....hasrat dan keinginan memang lama tapi tidak pernah meluahkannya....Mungkin dianggap pembaziran tapi disebabkan minat dan hasrat untuk memiliki rupa-rupa dikesan oleh hubby.

Mungkin kini sudah lengkap untuk koleksi peribadi..... suka-suka sangat.Apatlah lagi my son sememangnya begitu berminat dan mempunyai citarasa yang sama seperti saya.Saya tidak sesekali meminta kalau itu difikirkan pembaziran tapi sapa sangka naluri hubby mengatakan sesuatu........

Memang sudah memiliki awalnya tapi masih belum sempurna dan akhirnya impian menjadi kenyataan...rezeki itu ada untuk saya.Syukur teramat sangat.
Hampir lengkap keseluruhannya..........cuma perlu belajar...mungkin dikatakan kegemaran yang gila-gila tapi perlu kita ketepikan soal itu selagi kita berhasrat untuk belajar bagi kegunaan sendiri.Menjadikan koleksi peribadi.........

PENA KASIH :Bersyukur dengan apa yang ada....




Tuesday, July 26, 2011

CUBA LAGI.....


Syabas! walaupun tidak berjaya memenangi sebarang tempat dan hanya mendapat sagu hati tapi sudah cukup untuk menimba pengalaman bertanding di peringkat kebangsaan antara IPG. Satu pengalaman manis kerana dalam masa seminggu sahaja dapat menghafal teks pidato dengan baik.Seramai 27 peserta yang bertanding dan Along merupakan peserta yang ke-lapan.

Sesampai sahaja di hotel tempat penginapan peserta lebih kurang pukul 7.00 malam bersama lecturernya, terus menelefon saya.Sebilik dengan rakan dari Melaka dan Sabah.First time, membawa diri sendiri tanpa ditemani rakan-rakan.Pesanan dan semangat terus diberikan kepadanya.Hanya berbekalkan teks itulah saya memintanya menyemak dan cuba buat yang terbaik.Soal menang bukan menjadi keutamaan tapi keberanian untuk mencuba, itu yang terbaik.Yang penting dia telah buat yang terbaik untuk IPG tempat dia menimba ilmu.

Mengimbau kembali sewaktu Along di sekolah menengah, ayahnyalah yang terpaksa menyediakan teks untuk anaknya.Begitulah keadaannya.Ingat lagi sewaktu ayahnya membawa pelajar-pelajarnya bertanding.Teks disediakan oleh husband dan pelajar tersebut hanya menghafal sahaja dan menggayakannya.Akhirnya buat kali pertama pelajar dan sekolah tersebut berjaya memasuki ke pertandingan akhir dan mendapat tempat ketiga dan melonjak nama sekolah tersebut setelah beberapa tahun penyertaan tapi tidak pernah memenangi sebarang tempat.Itulah tugas kita apabila telah dipertanggungjawabkan.

Kali ini, Along balik bersendirian dari Puduraya ke Perlis kerana lecturernya ada urusan di KL.Menelefon saya memaklumkan dia agak takut dan sebagai ibu sudah tentu saya risau.Setiap masa, saya menelefonnya untuk memastikan keselamatannya.Kasihan anak mama tapi mama percaya Along boleh berdikari.Satu-satunya sikap Along ialah apabila diberikan pengecualian kuliah sebanyak 2 hari , dia tetap dengan prinsipnya.Tetap untuk balik bagi meneruskan kuliahnya pada hari esok.Dia begitu ralat untuk meninggalkan kuliah apatah lagi dengan kerja-kerja kursus bersama-sama rakannya.Dia pernah memaklumkan kepada saya, dia tidak pernah ponteng kuliah pada sem yang lepas walaupun demam.Semangat untuk belajar dan minat pada bidang perguruan memang jelas ada pada dirinya.Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama.

PENA KASIH :Sentiasa memberi dorongan kepadanya......

Monday, July 25, 2011

BELAJAR

Setiap kali hari Jumaat, saya ditugaskan untuk menjaga sekolah sehingga jam 2.00 petang.Selesai sahaja kelas POL barulah saya balik dari sekolah.Kalau orang lain sudah siap menyediakan juadah untuk suami dan anak yang akan balik dari masjid tapi tidak bagi saya.Alhamdulillah dapat suami yang memahami tugas saya.Tiada sebarang rungutan dilontarkan kepada saya setiap kali balik lambat.Yang penting persefahaman dan mengerti akan tugas masing-masing.

Waktu-waktu beginilah saya gunakan untuk menyudahkan kerja-kerja saya disamping berbincang hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sekolah dan juga akademik.Saya banyak belajar daripada HM saya 'how to manage our school.'Lebih-lebih lagi sekolah bantuan kerajaan.Hanya mereka yang pernah bersekolah di sekolah ini sahaja yan memahaminya.My HM merupakan bekas pelajar sekolah ini dan begitu juga dengan saya yang pernah menuntut di sekolah ini.

Saya bersyukur kerana apabila saya mengambil keputusan untuk balik ke Segamat dari Jengka dahulu dan ingin mengajar di SKCC tercapai juga.Walaupun di peringkat awal saya rasa tertekan kerana sudah biasa mengajar di sekolalh aliran Melayu tapi apabila mengajar di sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa sedikit sebanyak terasa 'tension'nya.Mengambil masa untuk menyesuaikan diri .Akhirnya, saya dapat bertahan sehingga ke hari ini .Namun, saya tidak pasti berapa lama saya berada di sini kerana ada ura-ura mengatakan bahawa pergerakan GPK 1 akan dijalankan juga nanti.Ke manapun kita pergi, yang penting kita utamakan 'core-business' dan tanggungjawab kita.Pastinya 'klien' kita diutamakan.Saya memang pegang kata-kata itu.

Banyak yang saya pelajari daripadanya.Tidak lokek ilmu dan setiap kata-katanya begitu bernas dan saya tertarik sekali apabila diungkapkan dengan kata-kata semangat.Begitulah sebenarnya keadaan apabila kita berada di bahagian pengurusan...banyak perkara yang perlu kita fikirkan bukan sahaja anak murid, guru tetapi keadaan sekolah juga perlu dijagai.Namun, setiap yang lebih ada kekurangannya.Tiada sempurna.

PENA KASIH :Akan terus belajar.........

Friday, July 22, 2011

SEPETANG DI MELAKA.....





Kami mengambil kesempatan bergambar bersama pelancong dari France..


Mereka berdua ni tidak boleh bertemu...ada aja.




Selepas selesai melihat program inovasi dan kreativiti, kami bergerak ke Mahkota Parade sebelum ke Bandar Hilir membawa anak saudara.

Husband bersama-sama dengan pelajar MRSM Melaka.........Modal yang kecil tapi bermanfaat untuk menghalau lalat.


Masuk hari ini, sudah empat kali kami bertandang ke Melaka...semuanya ada urusan kerja dan urusan peribadi.Dalam masa seminggu sahaja,sudah turun 4 kali.Memang meletihkan tapi atas beberapa urusan,kami bergerak juga ke sana.Sambil tu bawa my niece sekali.Semalam,kami bergerak ke Dewan Bestari di Melaka sambil melihat pameran inovasi dan kreatif yang dianjurkan oleh UiTM Melaka.Saya tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh seorang peserta dari Politeknik Ungku Omar bagaimana untuk mengesan penjenayah dalam masa yang singkat sekali.

.

Wednesday, July 20, 2011

MACAM-MACAM........


Sempat berposing sebelum bergerak ke Melaka.....


Walaupun dalam kesibukan , saya dan hubby sempat lagi ke Melaka.Kami sekadar berjalan-jalan dan mencari buku yang menjadi teman kami sebelum tidur.Bersama dengan Dila , kami meneruskan misi perjalannan kami lebih kurang jam 3.00 petang dan sampai di rumah jam 10.30 malam.InsyaAllah,kami akan ke sana lagi pada hari Jumaat ini.Janji buku yang diidamkan selama ini dapat dibeli.



Hari ini juga diadakan program bersama ibu bapa murid-murid Perfect Score A dan murid berpotensi.Ia merupakan salah satu program kecemerlangan Akademik.Tinggal lagi sebulan lebih sahaja murid-murid Tahun 6 hendak menduduki UPSR.Adakah mereka sudah bersedia atau sebaliknya?So, saya telah mengaturkan perjumpaan tersebut lehih kurang jam 12.20 tengah hari.Power-point telah siap saya sediakan tapi disebabkan kekangan masa, maka program pembentangan tersebut tidak dijalankan sebalik dalam kumpulan yang kecil,saya bahagi-bahagikan kepada 4 kumpulan.Ibu bapa akan terus berjumpa dengan guru dan membentangkan keputusan yang diperolehi oleh anak masing-masing.Rata-rata menunjukkan peningkatan yang baik dan kami berharap agar usaha mereka menghasilkan sesuatu untuk diri mereka sendiri.

Hari ini,saya memulakan pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti soal jawab.Mereka begitu 'excited' menjawab soalan saya.Masing-masing menunjukkan respon yang baik.Apabila sampai aktiviti menulis, saya meminta ketua kelas mengedarkan lembaran kerja kepada rakan-rakan mereka.Setelah diberi penerangan apa yang perlu dibuat , saya berjalan dari satu tempat ke satu tempat sambil membimbing murid yang lemah untuk menjawab soalan seperti yang tertera arahannya.Saya berhenti seketika di suatu tempat dan melihat seorang murid saya menggunakan kamus sebagai teman rujukannya.Dari 29 orang murid yang terdapat di kelas, hanya seorang murid sahaja mengeluarkan kamus untuk melihat setiap perkataan yang kurang difahami.Yang lain ada memiliki kamus tapi mereka tidak mengeluarkannya sekiranya tidak diarahkan.Kemudian, mereka hanya hendakkan jawapan sahaja.Kali ini, saya memuji pelajar tersebut kerana berusaha untuk mendapatkan maksud perkataan yang tidak diketahui dan menjadikan 'kamus' sebagai temannya.

Program coaching and mentoring dilaksanakan pada pagi ini bersama-sama dengan guru besar dan PT baru yang hadir untuk bertugas di SKCC.Selamat datang ke SKCC.Semoga dapat menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan dan juga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik demi kebaikan semua pihak.Dengan kehadiran PT baru ini juga dapat melicinkan lagi tugas-tugas pentadbiran khususnya di bahagian perkhidmatan dan kewangan.

Monday, July 18, 2011

TERHARU

Ketika sedang membuat 'power-point' untuk dibentangkan pada hari Rabu dan khamis ini sempena perjumpaan ibu bapa murid-murid 'perfect score A , murid berpotensi dan murid galus,deringan telefon berbunyi.Rupa-rupanya Pak Lah dari Kg Sentosa menelefon untuk bertanya khabar.

Lama juga Pak Lah berbicara melalui corong telefon tapi setiap kali disebut nama Aruah isterinya, tanpa disedari air mata mengalir deras.Sedih teramat sangat.Masih teringatkan kata-kata Aruah kepada saya setiap kali saya berbual-bual melalui telefon.Al-Fatihah untuk Kak Marni.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya lebih banyak mendengar Pak Lah bercerita dan meluahkan perasaannya.Saya tahu dia kesunyiaan dan kini hanya tinggal bersama anak perempuan keduanya.Dia selalu membawa Amirah dan adik-adiknya ke Beserah Kuantan.Begitulah ikatan perkenalan kami semasa kami berada di Maran, Pahang.Sehingga kini, kami sering berutus berita.

Ramai juga kawan-kawannya tidak mengetahui akan pemergiaan isterinya.Bila saya memaklumkan mereka terperanjat......Semuanya berlaku begitu pantas sekali.

PENA KASIH: Semoga Pak Lah sekeluarga tabah menghadapinya.

Sunday, July 17, 2011

LAMBAIAN MELAKA DAN LUBOK BATU






Di Lubok Batu.....




Di Melaka........

Alhamdulillah, perjalanan pagi ini berjalan dengan lancar.Hubby mengajak saya menemaninya ke Melaka bersama-sama 'students'nya.Mulanya malas juga hendak pergi tapi hubby berulang kali mengajak untuk bersama-sama pelajar perempuan.So, saya akur permintaannya.

Syukur kerana 'students'nya peramah dan bersopan.Inilah yang ingin kita lihat dan ingin kita lahirkan sebagai pelajar IPTA.Budi bahasa dan kesopanan amat dititik beratkan agar dapat melahirkan modal insan yang bukan sahaja pandai tetapi mempunyai sahsiah diri yang amat baik.

Mereka nampaknya very friendly dengan husband tetapi masih tahu batas-batas antara lecturer n students.Biasalah sebagai pelajar mereka inginkan sesuatu yang perlu diketahui dan nampaknya pelajar-pelajar sekarang lebih berani untuk bertanya jika dibandingkan dengan zaman kita dahulu.

Kami tidak lama di sana kerana saya perlu berada di Segamat untuk bersama-sama melihat program di Lubok Batu.Mukim Gemereh 1 juga turut terlibat dengan program tersebut.Pameran gharu, kek, lempok durian dan juga lukisan hasil tangan En Azhar dipamerkan.

Sempat juga mendengar ucapan Pegawai Daerah Segamat.Agak lewat sampai ke Lubok Batu kerana saya perlu menyediakan juadah untuk berbuka puasa.Walaupun cuaca agak panas tapi alhamdulillah, kami dapat laluinya dengan baik dan bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kami.

PENA KASIH :Minggu yang begitu sibuk......

Friday, July 15, 2011

IRAMA DAN MUZIK

Tatkala jari-jemari menekan 'keyboard' mencatat sedikit kisah untuk renungan bersama, irama lagu dendangan muzik secara life, begitu kuat berkumandang.Sudah menjadi kebiasaan,di mana-mana majlis muzik secara life atau berkaroeke memang sudah menjadi satu kemestian terutama majlis perkahwinan.Mungkin sekadar hiburan untuk menghiburkan para tetamu dan pekerja-pekerja yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang.

Saya sendiri juga minat kepada lagu- lagu yang berbentuk sentimental tapi tidaklah terlalu sangat.Kalau zaman muda-muda, lagu dendangan 'Alleycats' menjadi kegemaran saya.Lagu-lagu tersebut tidak menjemukan saya.Adalah beberapa buah lagu yang menjadi kegemaran saya tapi disebabkan saya bukanlah orang yang terlalu minat dengan muzik, so ia hanya sekadar untuk mendengar.Kini, kalau di rumah pun , saya jarang sekali membuka radio untuk mendengar lagu.Mungkin saya lebih sukakan suasana senyap .Berbeza dengan hubby memang minat kepada seni muzik.Kalau ada pun , saya buka sewaktu memandu kereta.Itu pun lagu 'sentimental'aja.Tenang.....

Bila disuruh menyanyi,saya terlebih dahulu menyerah kalah.Pernah diminta untuk menyanyi di majlis perkahwinan, tapi terus terang saya katakan saya memang tidak boleh...................cepat mengaku kalah.Walaupun set karaoke ada di rumah, tapi saya tidak penah untuk mencubanya.....
Namun, kita memang tidak dapat melarikan diri untuk mendengar semua itu.Sekadar hiburan...merilekskan minda.

PENA KASIH :Sekuntum Mawar Merah.................

LAMBAIAN KEDAH


Emmm..........hasrat dan perancangan untuk ke Kedah hanya tinggal impian sahaja.Banyak yang perlu difikirkan apabila hendak berjalan jauh.Kalau sekolah cuti dan husband bercuti,maybe saya sudah bergerak ke sana bersama-sama my Mil and Ani.Mula-mula memang kami merancang untuk ke sana menghantar Umi n Syukur yang mengadakan majlis menyambut menantu di sebelah Kedah.Memang my MIL di saat akhir pun masih meminta kami ikut mereka ke Kedah pada hari semalam.Tapi setelah difikirkan hubby terpaksa mengenepikan hasrat itu kerana tuntutan kerja dan juga perlu melunaskan janjinya dengan students yang akan dibawa ke Melaka pada hari Ahad.

Semalam, sempat lagi kami bertandang ke rumah Ani untuk melihat persiapan mereka bergerak ke Kedah.Sempat juga hubby mengemas dan menyusun barang-barang ke dalam van.Biasalah hubby...bagi memastikan semuanya berkeadaan selesa.My Mil kebetulan demam dan sempat juga saya mengurut badannya sebelum bertolak ke Kedah dan meminta dia mengambil ubat untuk menahan sakitnya.

My daughter pula begitu sibuk pula bertanyakan sama ada kami ke Kedah atau tidak.Namun, kami telah memberikan jawapan kepadanya dan yang pastinya ayahnya sedang bertungkus-lumus menyiapkan skrip pidato untuk dia bertanding pada minggu hadapan antara IPG.Anak-anak sekarang memang senang sekali......apa sahaja yang tidak sempat dan tidak faham,kami menjadi rujukannya.Yang pasti dia ingin mencuba dan bukan soal menang menjadi keutamaannya tetapi keberanian untuk tampil ke hadapan itu yang penting.Mama doakan yang terbaik untuk anak mama.Anak perempuan yang seorang ni lain sedikit.Apa sahaja yang berkaitan dengan pidato, bahas dan syarahan serta sajak semuanya dia hendak cuba baik dari sekolah rendah mahupun menengah.Pertandingan tulisan Khat juga turut disertai dan mendapat johan di peringkat mukim suatu ketika dahulu.Sebagai ibu hanya galakan sahaja yang dapat diberikan.

InsyaAllah, kami akan sampai ke Perlis pada tahun ini jika tiada sebarang halangan.Cuti-cuti Malaysia.

PENA KASIH:Hanya lambaian padi mengguning di sawah, menggamit memori sewaktu menghantar anak ke Perlis.

Thursday, July 14, 2011

USAHA

Kejayaan bukan begitu mudah untuk dicapai andaikata tiada usaha dan komitmen daripada pelbagai pihak.Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu anak murid sekolah ini khususnya murid Tahun 6.Mereka sering diberi motivasi di saat-saat untuk menghadapi peperiksaan sebenar pada bulan September.

Dari minggu lepas lagi, saya telah bertemu dengan mereka.Membentangkan pencapaian ujian yang telah dilalui dan diselitkan sedikit motivasi kepada mereka.Saya tahu di wajah mereka ada rasa takut, gentar dan sebagainya.Tapi apabila persiapan rapi telah ada pada diri mereka, tidak perlu gentar untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Pelbagai usaha untuk memastikan ada peningkatan setiap kali ujian/gerak gempur diijalankan bagi setiap mata pelajaran.Melihat kesungguhan guru-guru sekolah ini dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Setiap masa digunakan dengan sebaiknya.Membuat analisis setiap kali ujian-ujian dijalankan.

Minggu hadapan diadakan pra-percubaan UPSR dan kami telah menggunakan soalan-soalan dari negeri lain untuk dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar kami.Mudah-mudahan mereka buat yang terbaik untuk diri sendiri.Thanks to Wan Ekin kerana telah berusaha mencari soalan-soalan dari negeri lain.

Minggu ini,anak didik sekolah kami telah diberi peluang untuk mengikuti seminar kecemerlangan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.Hari ini, saya sendiri telah menghantar pelajar ke sekolah STAR .Good luck anak didik kami.

Atas inisiatif guru-guru tahun 6, mereka telah mengadakan program untuk tahun 6 pada bulan Ogos nanti mengikut subjek masing-masing.Mudah-mudahan usaha guru-guru mendapat komitmen yang baik daripada parents terutama bagi memastikan kehadiran mereka dalam program tersebut.

InsyaAllah, minggu hadapan juga kami akan bertemu dengan parents yang anak-anaknya terpilih sebagai pelajar 'perfect score A' dan 'pelajar galus'.Sekurang-kurangnya kami bertemu untuk membincang berkaitan dengan akademik anak masing-masing.Semuanya untuk anak didik.

Setiap program yang telah dirancang ini telah diambil tindakan oleh saya bersama GPK HEM.

PENA KASIH:Mendokan kejayaan anak didik....terima kasih guru-guru tahun 6.

Tuesday, July 12, 2011

SIHAT SUDAH....


Keceriaan jelas terpancar di wajahnya.Semalam berbeza jika dibandingkan hari ini.Senyum sudah mula terukir.Rakan-rakan di biliknya semuanya sudah kembali ke rumah.Hanya Amir sahaja.Mungkin kegelisahan bertambah kerana seorang demi seorang meninggalkan katil yang sememangnya tiada siapa pun ingin duduk di situ.Semalam Amir merenggek-renggek untuk pulang ke rumah.Mungkin tidak selesa.

Hari ini,saya sempat bergurau dengannya.Tersenyum.Semalam bergurau tapi linangan air mata sahaja yang keluar.Tidak mahu mendengar sebarangn gurauan.Menahan kesakitan......

Sudah dua hari tidak dibenarkan makan.Apabila terbaca perkataan 'pembedahan', dia terus tertanya-tanya ,apakah dia perlu dibedah?Masih dalam persoalan.Tiada kepastian.Masih dalam pengawasan kerana rekod kesihatannya telah diserahkan kepada pihak hospital.Mudah-mudahan Amir cepat sembuh.Tidak tahu berapa lama dia perlu berada di hospital.

InsyaAllah, setiap petang kami akan melawatnya.Kasihan Amir.....

PENA KASIH: Sentiasa mendoakan untuk anak-anak saudara.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails