Penghujung akhir tahun, banyak perkara yang perlu diselesaikan.Borang prestasi perlu dikemas kinikan dan memastikan semua guru menyerahkan borang untuk diambil tindakan seterusnya.Kad Biru juga perlu diserahkan.Nampak benar, semua guru berada dalam keadaan yang terlalu sibuk.Menyiapkan keputusan peperiksaan akhir tahun untuk hari Anugerah Penyampaian Hadiah yang dijangka akan diadakan pada 18 November.Menyediakan murid dengan pelbagai latihan untuk persembahan pada hari tersebut dan dengan Program Kem Membaca 1 Malaysia yang perlu dilaksanakan seperti yang diarahkan.
Hari ini meminta keizinan suami untuk balik lambat.Hubby ambil jam 6.30 petang setelah keluar rumah 6.15 pagi.Banyak perkara yang perlu dibereskan namun hasrat itu terbantut kerana ada perkara lain yang perlu dibincangkan bersama boss.Terkubur hasrat untuk menyiapkan kerja.Saya perlu juga menyiapkan kerja yang memang saya rancangkan.Masa saya habis begitu sahaja.Perbincangan yang tiada keputusan membuatkan saya kecewa kerana saya perlu menggunakan masa yang singkat itu untuk membereskan kerja.
Petang hujan lebat dan kilat sabung menyabung menyebabkan 'black-out'.Saya gagal menyiapkan kerja.Banyak betul rintangan saya pada hari ini.Namun bersyukur kerana suami faham situasi saya.Malam diajaknya saya keluar berjalan-jalan setelah seharian saya berada di sekolah untuk "menyiapkan kerja."
Esok, saya tiada di sekolah.Menghadiri taklimat KIA2M.Menggantikan guru bersalin dan semua data telah saya siapkan untuk dibawa pada hari esok.Saya juga telah menyiapkan relief untuk hari esok.Memang meletihkan.
Cikgu Ali yang mengalami strok ringan juga terpaksa bercuti panjang kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk hadir ke sekolah.So tugasannya terpaksa kami lakukan terutama melibatkan soal pembelian alatan tulis untuk tahun 2010.Surat perlu dikeluarkan pada minggu hadapan.......oh banyaknya yang perlu dibereskan.Pelbagai maklumat daripada pihak atasan perlu dibereskan kerana tarikh penghantaran maklumat semuanya hendak dengan segera.Awal-awal lagi boss meminta saya membantu kerja-kerja Cikgu Ali.
Atas meja saya ada pelbagai fail yang perlu dikemaskinikan.Mana satu yang hendak dibuat?
Pena Kasih: Walaupun banyak kerja yang perlu dibereskan,tapi saya mengutamakan apa yang utama dahulu.Tidak mahu kerja bertimpa-timpa sehingga saya gagal melaksanakan mengikut masa dan tarikh yang dikehendaki.Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan perjalanan urusan saya dan itulah yang saya sering doakan agar saya tidak leka dan gagal menyiapkan seperti yang dikehendaki.

No comments:
Post a Comment