Tuesday, February 19, 2013

13 TAHUN

Lebih kurang 13 tahun meninggalkan bumi Jengka 4 dan buat pertama kalinya kaki ini melangkah ke sini pada 17.2.2013.Rasa melonjak-lonjak hati ini ingin melihat suasana tempat kerja pertamaku.Nampaknya masih tidak banyak yang berubah .Jalan masuk ke tempat itu masih seperti dahulu.Terbayang di wajah aku ketika itu yang terpaksa berjalan kaki sejauh 4 km untuk sampai ke sekolah.Maklumlah menumpang orang kerana jalan di luar dibaik pulih.Suamiku pula tidak dapat menghantar kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia berada di sekolah .Aku akur  kerana suamiku sememangnya orang yang menepati masa bekerja.Aku terpaksa mengalah kerana kedudukan rumahku dengan tempat kerjaku agak jauh.

Jalan masuk ke kawasan sekolah.......

Inilah sekolah tempat aku mencari rezeki setelah aku menolak permohonan mengajar di Pemanis 2 kerana mengikuti suamiku ke Pahang.Sekolah ini semakin ceria dan bersih.

Sempat aku mencatatkan memori bersama Kak B dan Nana.Kak B merupaka PRA sekolah ketika itu dan setiap kali aku mengajar dia akan menjengah aku dari tingkap cermin.Bila suara aku meninggi sedikit dengan anak didik aku,dia akan mengintai dari cermin tingkap...Kini Kak B tidak sekuat dahulu tapi masih dipanggil untuk menjadi pengadil bagi perlawanan bola jaring.Seronok dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan yang banyak membantu aku ketika itu terutama apabila suami aku pergi berkursus di Fraser Hill.Acapkali juga aku ditinggalkan oleh suamiku ketika aku mengandungkan anak pertama.Berkursus sahaja suami aku ketika itu.

Ini pula rakan-rakan aku semasa di Sekolah Menengah Seri Jengka..Setiap petang kami akan keluar rumah dan berbual-bual di tepi padang sambil melihat anak didik suamiku berlatih bermain bola sepak di padang yang berhadapan  dengan rumah kami.Nampaknya semua sudah berubah kecuali suamiku yang 'maintain'...

Anak Pak Khilid..teringt aku semasa mereka kecil lagi.Rumahku selalu ditandangi bersama-sama dengan adik-adiknya.Kini telah mengajar di Johor Bahru.Selamat Pengantin Baru buat Shafikah.

Kawan baik suamiku Pak Lah yang baru sahaja kehilangan isteri tercintanya.Al-Fatihah untuk kak Marni.semoga rohmu dicucuri rahmat.Pak Lah bersama abang Zahar.


Suamiku bersama dengan Saufi yang dahulu merupakan PAR sahaja dan kini beliau menjadi pensyarah di IAB.Siapa sangka budak PAR yang selalu mengajar anak didik SMSJ bermain bola di padang kini telah melonjakkan dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.Berpeluk sakan beliau dengan suamiku yang telah terpisah lama apabila masing-masing membawa haluan sendiri.Aku kagum dengan kejayaan yang dicapai...Beliau tidak sombong malah begitu menghormati kami.Apabila mendengar sahaja kami berada di Jengka, beliau telah turun dari Bentong untuk bersama-sama dengan kami.



PENA KASIH:

Biarpun telah lama berlalu ia tetap menjadi kenangan

Thursday, February 14, 2013

TERIMA KASIH SEMUA

Emak menyatakan untuk membuat sedikit majlis Yassin dan juga Tahlil di rumah di samping menerima tetamu daripada UMNO Bahagian.Setelah sepakat menyatakan persetujuan dengan tarikh yang dinyatakan, aku dan suamiku sememangnya suka mengemas telah membantu mengemas rumah emak dan ayahku.Lenguh-lenguh juga badan apabila aktiviti mengemas rumah berjalan bermula  di luar rumah sehinggalah di dalam rumah.Satu kepuasan buat diriku kerana dapat membantu kedua orang tuaku dan mengembirakan hati mereka.

Buat anak-anakku dan juga anak saudara,mereka juga tidak berpeluang untuk merehatkan diri sebaliknya aku telah memberikan mereka tugasan.....Walaupun mereka mengeluh kepenatan tapi mereka gembira kerana hasilnya kedua-dua bilik rumah lama emak aku sudah berubah wajah.In Shaa Allah, kami telah mengambil keputusan untuk mengecat bilik tersebut.Aku juga bertuah mempunyai suami yang sentiasa mementingkan kekemasan dan kebersihan..puji sedikit dekat suamiku.

Buat bapa dan emak saudaraku yang sentiasa memberikan pertolongan kepada keluargaku.Mereka turut bersengkang mata membantu menyediakan juadah untuk tetamu .So happy.....aku berteima kasih kepada mereka.Bila ada majlis,kami tidak perlu bersusah payah kerana masing-masing akan hadir ke rumah,menghulurkan bantuan.Anak perempuanku menyediakan makanan dan minuman untuk datuk dan nenek saudara mereka.Mereka tahu tugasan mereka dan tidak perlu lagi aku mengarah itu dan ini.Sesekali mereka membuat kami sekeluarga ketawa apabila menggunakan ipad menukar wajah ayah mereka.....I'm proud with them.

Anak saudaraku pula pandai mengambil hati papalong..setiap kali kehadiran papalong,ada saja makanan dan minuman yang dibuatnya..mengampu nampaknya.Sejak memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR dan menerima ganjaran daripada papalong, dia lebih suka berkongsi maklumat dengan papalongnya.Pandai mengambil hati papalongnya....

Menu yang dicadangkan di majlis tersebut memang enak......

Yang penting majlis Yassin dan Tahlil berjalan dengan lancar...Alhamdulillah.

PENA KASIH:

Majlis kenduri-kendara inilah yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Monday, February 4, 2013

TAKUT

Semalam, aku dan hubby bersama familynya ke Johor Bahru.Tidak ketinggalan Apiz dan Adif juga mengikuti kami.
Seawal jam 6.30 pagi mereka sudah bangun kerana tidak sabar untuk ke Johor berjumpa dengan Darwish.Sepanjang perjalanan dari Segamat ke Johor, kedua-duanya tidak tidur dan ada sahaja yang ingin ditanyanya.Aku pula sudah jauh dengan mimpi-mimpiku.


Sesekali Adif mengejutkan aku kerana katanya sudah sampai.Bila aku terjaga,aku dapati perjalanan masih jauh lagi dan aku menyambung tidurku semula.Yang lain juga sudah terlena dibuat mimpi agaknya.Tapi kedua-dua adik-beradik itu melayan Pak Udanya yang sedang memandu.Tiba-tiba terluncur perkataan daripada Apiz yang meminta Pak Udanya memandu dengan perlahan-lahan.Dia takut.....Suamiku tidaklah memandu dengan laju.

Apabila sampai di Tol Skudai,Adif mengejutkan aku dan meminta aku berjaga.Aku terus terjaga dan mendengar mereka mengatakan aku tidur sahaja...aku tersenyum sahaja melihat gelagat kedua-duanya.

Sementara menunggu suamiku dengan urusannya aku tinggal di rumah Kak Long.Hasrat aku hanya satu iaitu ingin ke Angsana untuk mencari buku latihan untuk anak-anak muridku.Setelah selesai membeli buku, aku meminta suamiku balik awal ke Segamat kerana esok adalah hari bekerja.
Selepas Maghrib,kami bertolak balik ke Segamat.

Adif pula sudah lama tidur sebaliknya Apiz tidak menunjukkan ingin tidur sebaliknya tidak habis-habis mengingatkan Pak Udanya supaya memandu kereta dengan perlahan-lahan.
"Uda Wa nilah...abang takut.Abang tengok Uda Wa pandu kereta dengan laju.Tidak perlahan pun," katanya.Pak Udanya terus menoleh ke arah aku.Aku meminta dia menutup mata dan tidur.Tetapi dia tidak  berbuat demikian sebaliknya sentiasa mengingatkan Pak Udanya supaya berhati-hati dan memandu dengan perlahan.

Apabila dia terlihat sebuah bas menghampiri kereta kami terus dia berkata,"Ala....abang takutlah,Uda Wa jangan dekat-dekat dengan bas tu,abang takut...aku tidak faham kenapa dia sentiasa berkata begitu.Mungkin pengalaman dia menonton televisyen menyebabkan dia trauma agaknya.Lalu Pak Udanya berbunyi, abang ni, hatinya kecil...nampak mulut becok tapi mempunyai hati yang kecil.Dia terus diam...mungkin sudah dibuai mimpi agaknya.

Apabila sampai, aku mengejutkannya tapi aku tidak banyak bicara kerana keletihan.


PENA KASIH:

Sesekali menegur juga che Abe memandu dengan laju..

Saturday, February 2, 2013

SEMANGAT

Perkhemahan....
Sememangnya ini merupakan rutin tahunan ko-kurikulum.Aku masih ingat lagi sewaktu tahun pertama aku mengajar.Selepas sahaja aku bersalin dan pada akhir tahun  diadakan kegiatan perkhemahan.

Memang seronok sewaktu itu..masing-masing berlumba-lumba menghias khemah.Yang aku kagum sekali ialah semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di sekitar Jengka.Mereka akan turut sama membantu guru-guru membuat dan menghias khemah anak-anak mereka.

Apabila waktu malam diadakan malam kebudayaan.Mereka akan turut sama melihat kebolehan anak-anak mereka menunjukkan bakat masing-masing.
Kami.guru-guru perempuan akan bergotong-royong memasak sendiri untuk anak-anak murid dengan dibantu oleh ibu murid-murid di situ.Mereka begitu peramah dan seperti keluarga sendiri.

Aku tidak ketinggalan juga tidur di dalam khemah bersama Nana dan G.Memang meriah dan aku rindukan suasana di sana.Menariknya kaum bapa akan mencari buluh untuk membuat gajek dan sebagainya.

Kini, aku tetap merindui suasana di Jengka.....


PENA KASIH:

Aku kagum dengan semangat yang ditunjukkan...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails