Monday, November 16, 2009

SAAT INDAH ITU......



Saat indah bersama anak-anak murid tahun enam hanya tinggal beberapa hari lagi.Renungan mata menggambarkan betapa beratnya mereka untuk meninggalkan alam kanak-kanak.Gelak ketawa mereka begitu hambar menanti saat-saat untuk berpisah dengan guru-guru dan adik-adik di SKCC.Banyak kenangan manis.
Merajuk dengan guru dan adakalanya guru merajuk dengan tingkah laku mereka.Merajuk sebagai seorang ibu yang perlu diambil hatinya.Itulah realitinya kanak-kanak.Masih menunjukkan kemanjaannya.Masih mahu diberi perhatian yang lebih.Ada kalanya sikap cemburu mereka sesama rakan juga ada.Itu hanya sementara.
Teringatkan nostalgia sewaktu di sekolah rendah dahulu.Menjadi sebutan guru kerana terkenal dengan kepantasan berlari.Mewakili sekolah malah mampu mengalahkan pelari lelaki.......hebatkan.
Begitu juga anak-anak murid yang menjadi sebutan guru.Ada yang begitu bersopan, mendengar kata-kata guru malah ringan tulang lagi.Kami sedaya upaya cuba untuk membentuk diri anak-anak didik supaya menjadi modal insan yang berguna kepada keluarga dan negara.

Pena Kasih: Suka melihat gelagat anak-anak murid.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails