Friday, November 6, 2009

DIAM TIDAK BERMAKNA TERPUTUS SEGALANYA



Kadang-kadang pelbagai andaian boleh dibuat.Pelbagai prasangka boleh ditakfsirkan.Namun diam tidak bermakna kita tidak mengingati orang.Diam tidak bermakna perhubungan persahabatan terputus.Mungkin keadaan tidak mengizinkan untuk berhubung.Bukan apa tetapi batasan waktu dan kekangan masa menyebabkan segala kemungkinan boleh berlaku.Cukup sekadar melayari alam maya yang sentiasa diintai dan dijenguk secara senyap.

Namun,saya percaya persahabatan akan terus berkekalan.Tiada apa yang perlu dibimbangkan.Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan-kawan lama saya sewaktu di sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti.

Kepada kawan-kawan saya sewaktu menuntut di universiti,Pauziah, Norena, Adam, Ekin, Nizam dan Latif-Susah senang sewaktu di USM sentiasa dalam kenangan.Ingat sewaktu hujan lebat di tahun akhir...................banyak yang indahnya sewaktu belajar.Batasan antara kawan,suami dan isteri tetap dijaga.

Teringatkan Norena sewaktu tinggal keseorangan di bilik mendengar suara saya sedang bercakap dengan Ekin di bilik sedangkan ketika itu kami tiada di bilik.Akhirnya beliau juga berjaya menghabiskan pengajian lewat setahun daripada kami kerana masalah kesihatan.

Pena Kasih:Kenangan di USM memang menarik.Mendapat kawan-kawan yang baik dan memahami akan masalah kami yang serba kekurangan di perantauan.




2 comments:

Guru Data said...

sori...segalanya..N9

PENA KASIH said...

Biasalah.............

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails