Saturday, November 5, 2016

DISEBALIK 'CANOPY WALK WAY' NEGERI DI BAWAH BAYU

Hendak dijadikan cerita...semangat untuk ke Sabah begitu teruja sekali kerana buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana dan pertama kali juga aku menaiki kapal terbang.Teruja sungguh..rasa gentar memang tiada kerana semangat yang ada pada diriku.





Akhirnya pada hari kedua,kami bertolajk ke Ranau sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam lebih itu amat menyeronokkan.Pemandangan yang indah...subhanallah,,indahnya ciptaanMu.

Apabila aku sampai di Kolam Air Panas Poring...kami berhenti seketika dan bersantai di situ.Kemudian, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit......perghhhhhh begitu jauh sekali...memerlukan 5 km berjalan.Bukannya jalan yang rata tetapi berbukit-bukit dan berliku-liku,Aku baca maklumat yang tertera sebelum meneruskan pendakian aku.Mereka yang ada darah tinggi, masalah jantung tidak dibenarkan untuk mendaki....memang aku ada darah tinggi tetapi masalah jantung aku tiada.Mulalah aku hendak menarik diri daripada meneruskan perjalanan itu.Tetapi terasa rugi juga kalau aku tak 'join' aktiviti ini dan dengan dorongan kawan2 aku daki juga.




Mula-mula ok lah tenaga masih ada,,,,jalan pun boleh laju,Masalahnya kami semua berkasut tinggi .Sudah tentu ada masalah sedikit apabila membuat dakian .Tetapi kami lupakan masalah itu dan terus mendaki....entah berapa kali aku berhenti,tarik nafas untuk meneruskan perjalanan tersebut.Sampai di satu peringkat, aku sudah mula mengalah....aku dah hendak turun ke bawah.Rupa-rupanya memang tidak boleh turun sebaliknya hendak tak hendak aku terpaksa meneruskan perjalanan.....

Beberapa kali aku menanyakan mereka ..jauh lagi ke? Mereka tetap mengatakan dah nak sampai....aku tengok tak sampai2 lagi.....Aku gagahi juga langkahku disulami dengan semangat pada diri aku untuk meneruskan perjalanan itu....

Akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang hendak dituju....canopy walk way....Gerun pun ada tetapi aku rasa kurang gayat juga kerana mata aku pandang depan dan tidak pandang bawah......Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berjalan di jambatan gantung tersebut....

Sampai masa hendak turun Allah sahaja yang tahu perasaan aku....sememangnya penat dan kaki aku sudah mula lenguh dan dah tidak larat untuk meneruskan perjalanan.Tapi syukur kerana ada dua orang hero SKCC yang sentiasa bersama aku.


Alhamdulillah akhirnya aku mampu juga melakukannya walaupun kepenatan yang teramat sangat.

Saturday, March 12, 2016

LEBIH BERHATI-HATI

Biar bicara lebih berhati-hati...ungkapan yang begitu bermakna dan menyimpan sesuatu yang tersirat.Namun siapalah kita ...selagi mulut ada,bicara itu  tidak putus-putus..yang ada ditokok tambah agar menjadi sedap bila didengar...malah ianya juga boleh mengundang kepada sesuatu yang tidak baik.


Bagiku...kini aku lebih berhati-hati..selangkah sahaja aku pergi sudah lain ceritanya.Itulah lumrah manusia..suka menokok tambah cerita yang tiada diadakan.....Itulah manusia.

Aku sememangnya tidak suka dengan cara seperti ini...aku punya prinsip tersendiri .Bagiku bila sesuatu yang aku buat,aku akan pastikan aku buat dengan betul dan sebaiknya kerana aku tahu kita insan yang lemah dan ada kekurangannya.Aku lebih suka menghabiskan masaku dengan kerja-kerja yang sentiasa tidak pernah habis daripada membuang masa begitu sahaja.

Namun, aku akan tetap lebih berhati-hati kini.....Yang penting bagi aku adalah INTEGRITI.....yup itulah yang aku suka  sebenarnya...Biarlah aku sendiri yang tahu bicaranya.....


Thursday, March 3, 2016

SYUKUR

Keputusan STPM dan SPM telah pun keluar.Sebelum keluarnya keputusan debaran di hati begitu kuat sekali .Biasalah bukan calon sahaja yang berdebar tetapi ibu bapa, saudara mara sudah tentu turut berdebar juga.

Aku tidak nafikan situasi yang sama turut aku rasai suatu ketika dahulu....Harapan keluarga untuk melihat aku memecahkan tembok keputusan yang baik akhirnya tercapai jua.Aku satu-satunya mampu memecahkan tradisi keluargaku mendapat pangkat 1 ketika itu.Aku juga satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat pangkat 1 di kampungku suatu ketika dahulu...alhamdulillah.Selepas itu barulah muncul pelajar -pelajar perempuan lain di kampung mendapat keputusan pangkat 1.Terima kasih emak dan ayah kerana sentiasa mendoakan anak-anakmu ini.

Aku memang berazam dan bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Harapan untuk menjejakkan kaki ke universiti ketika itu memang menjadi hasratku tapi mungkin rezeki aku belum sampai lagi ketika itu.Aku meneruskan perjuanganku di tingkatan 6.Alhamdulillah aku sekali lagi mendapat A dalam mata pelajaran Kertas Am..satu-satunya pelajar perempuan ketika itu mendapat A.

Debaran memuncak apabila keputusan peperiksaan STPM diumumkan dan aku mendapat keputusan yang baik.Akhirnya aku diterima untuk masuk ke maktab yang sememangnya hasrat aku.Ketika itu untuk masuk ke universiti bukanlah mudah...bagiku jika aku tidak dapat menjejakkan kaki ke univerisiti tidak apa asalkan impian aku untuk menjadi seorang guru tercapai.Syukur teramat sangat kerana ketika aku berkhayal dan berangan untuk menjejakkan kaki ke maktab akhirnya berjaya,Angan-angan aku ketika itu di kilang Asahi disambut dengan berita baik apabila ayahku datang ke tempat kerja membawa perkhabaran berita yang baik....tanpa ku sedari linangan air mata dan tanda kesyukuran aku terhadap cita-cita aku berhasil jua.

Tidak sampai seminggu aku menguruskannya dan akhirnya aku meninggalkan Segamat untuk ke Perak.Meneruskan misi aku.....

Alhamdulillah 3 tahun aku menimba ilmu di sana akhirnya aku di tempatkan di Jengka 4 dan bermula episod aku sebagai seorang guru.Cita-cita aku tidak habis di situ sahaja ....aku berhasrat untuk meneruskan pelajaran ku sehingga ke peringkat ijazah dan syukur akhirnya aku mendapat tawaran ke USM pada tahun 2004......

Anak-anak terimalah keputusan seadanya kerana kini peluang untuk belajar terbuka luas.....syukurlah dengan apa yang diperolehi kerana yang cemerlang belum tentu cemerlang...Insha Allah pastinya doa ibu bapa dan mendoakan mereka itu yang terbaik....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails