Thursday, March 31, 2011

SEPI

Menyepi seketika buat sementara waktu untuk berblogger.Bukan tiada idea sebenarnya tapi kekangan masa untuk saya menulis dek kerana kepenatan yang tidak terhingga.Terlalu banyak sebenarnya kekangan itu sehingga tidak punya masa untuk saya menulis.Terasa ada sesuatu yang tidak puas di hati ini.Ya............rutin saya sebenarnya untuk menulis.

Banyak yang perlu saya persiapkan dan menghadiri taklimat serta membereskan kerja-kerja untuk dipantau pada minggu hadapan.Mesyuarat PIBG yang diadakan pada minggu ini juga telah menyebabkan sedikit sebanyak mengganggu diri ini.Saja-saja untuk menyibukkan diri.......

Buat kali pertamanya pada tahun ini, saya tidak bersama-sama dalam mesyuarat PIBG.Bukan untuk mengelakkan diri tetapi tuntutan kerja lain yang memerlukan saya bersama-sama untuk mendapatkan kepastian.Menggantikan bos disaat akhir...............sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu.Tapi sebenarnya pembelajaran saya bersama-sama rakan master pada semester pertama menjadikan saya lebih berani dalam memberikan pandangan .Kalau dahulu kurang berkeyakinan diri tapi kini alhamdulillah, saya banyak belajar sebenarnya.

PENA KASIH : Agar ianya tidak terus sepi dalam berblogger............



Sunday, March 27, 2011

TEMAN BELAJAR


Haziq menyuarakan rasa bosan jika belajar bersendirian.Dia meminta saya menyuruh Dila n Amir belajar bersama-samanya.Sekiranya kami tidak ke mana-mana, setiap hari mereka akan datang ke rumah saya untuk belajar bersama-sama.Saya peruntukan masa belajarnya hanya 11/2 jam sahaja dan petang saya akan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah.

Alhamdulillah, bila part belajar mereka memang takut sedikit dengan saya.Walaupun di peringkat awal kedua-dua anak saudara menunjukkan respon yang kurang berminat tetapi apabila saya berikan pandangan dan nasihat, mereka akur.Saya tidak mahu mereka terlalu lalai dengan menonton televisyen.Mungkin juga mereka takut dengan saya...............saya memang garang apabila tiba masa belajar.Ilmu itu penting......bukan harta benda yang membawa kekayaaan tetapi ilmu dunia dan akhirat itu amat penting untuk memajukan diri.Saya selalu mengingatkan mereka akan kepentingan ilmu.

Nampaknya mereka bersemangat dan saya berharap ianya akan berterusan untuk masa depan mereka.Yang penting berusaha.......

PENA KASIH :Menggali ilmu.....................

Saturday, March 26, 2011

KASIH SAYANG SEORANG AYAH....

Air mata mengalir melihat adengan seorang ayah dengan anak.Pelukan erat tanda eratnya kasih sayang itu......sudah sekian lama tidak melihat wajah seorang anak yang ditinggalkan lebih daripada lima tahun.Saya terberhenti seketika melihat aksi itu.......Hati ini mudah tersentuh, sayu melihat bagaimana seorang anak kehilangan kasih sayang kerana masalah keluarga.

Air mata terus mengalir melihat anak itu menangis..............menangis kerana mungkin terperanjat melihat kehadiran seorang ayah yang selama ini dinanti-nantikan.Saya memang mudah tersentuh apabila menyebut soal anak.Saya lihat ayahnya memeluk dan mencium pipi anak dengan kemerahan mata menahan sedih.Saya tidak banyak berbicara sebaliknya melihat sahaja gelagat kedua-dua insan itu.

Mungkin begitu sensitif sekali saya.......tapi setiap kali adanya kisah anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa,saya mudah tersentuh.Tidak sedar air mata atau ada ketika hanya genangan air mata sahaja yang berlinang di kelopak mata ini.Sayu..memandang wajah muka anak-anak itu.Mereka masih muda,mereka memerlukan kasih sayang tapi takdir menentukan segalanya.

PENA KASIH :Hargai pengorbanan seorang ayah..............

Wednesday, March 23, 2011

REDHA

Keputusan SPM diumumkan pada hari...........ada yang begitu gembira kerana impian tercapai,malah ada yang rasa kecewa kerana gagal memenuhi impian tersebut.Namun, kita perlu redha menerima setiap apa keputusan yang kita perolehi setelah bertungkus lumus untuk memastikan impian keluarga tercapai.Siapa yang inginkan kegagalan...........tiada siapa.Siapa yang ingin menghampakan perasaan ibu bapa........tiada siapa.Lalu, kita perlu redha dengan apa yang kita perolehi.

Kegagalan tidak bermakna tiada tempat untuk kita.Kini, banyak institusi yang menyediakan tempat untuk pelajar meneruskan pengajian masing-masing sama ada di IPTS atau IPTA.Yang berjaya, adalah disebabkan mereka lebih berusaha daripada kita.....saya ingat kata-kata itu daripada seseorang.

Saya masih ingat sewaktu hendak ambil SPM..Kalau dahulu mana ada pusat tuition seperti pada hari ini.Saya masih ingat......saya ke kelas tuition cikgu Arbain untuk mata pelajaran Matematik.Itu sahaja kelas yang saya ikuti, yang lain saya belajar sendiri.Alhamdulillah,ketika itu saya lulus dalam mata pelajaran Matematik.Thanks ,cikgu Arbain.Buku-buku pun tidak sebanyak hari ini.Kini.buku banyak tapi anak-anak sekarang kurang berminat dengan itu semua sebaliknya banyak menerokai internet untuk mendapatkan bahan.

Setiap kali belajar, saya mempunyai satu niat iaitu untuk berjaya.Saya tahu harapan ibu bapa saya ketika itu...ingin melihat anak-anaknya berjaya.Saya juga berjanji untuk mengubah kehidupan keluarga saya.Saya tahu kesusahan mereka.Saya selalu berangan untuk membahagiakan emak dan ayah.Alhamdulillah,kini apa yang mereka miliki sudah cukup membahagiakan saya.

Apabila keputusan SPM keluar, sayalah orang yang paling gembira kerana impian tercapai dan alhamdulillah dapat memenuhi kehendak ibu dan bapa saya.Saya telah cuba buat yang terbaik untuk diri saya sendiri.


PENA KASIH :Sentiasa mengingatkan anak-anak............

KELETIHAN

Hari yang amat meletihkan saya.............dari pagi sehingga jam 6.30 petang berada di sekolah.Menyiapkan e-operasi bersama-sama dengan Ekin.Rasa nak termuntah melihat data-data hinggakan mata dan kepala kesakitan.Dah tak boleh lagi rasanya untuk menyiapkan kerja-kerja tapi menemanii Ekin yang hendak menyiapkan kerja-kerja tersebut.Saya buat separuh dan disambung oleh Ekin walaupun laptop saya menghadapi sedikit masalah.

Menghabiskan masa di sekolah kerana hubby tiada pada hari ini,ke Melaka.My son dah menelefon mengatakan lapar...........ala kasihan anak mama.
Balik saya terus menyediakan makanan untuk my son.Masakan yang simple tapi mengenyangkannya.Sementara menunggu hubby pulang, saya meneruskan masakan saya.Memang meletihkan.....................terlalu letih.Sempat juga saya menyelia buku tulis yang diserahkan oleh guru kepada saya sambil meninjau e-operasi.Bila rasa bosan,saya buat kerja penyeliaan buku.But thanks to Ekin kerana membantu menyiapkan semua data tersebut.


PENA KASIH : Keletihan terubat apabila hubby membelikan sesuatu untuk saya...........thanks, Ayang.


Monday, March 21, 2011

TIADA PERUBAHAN....

Cuti sekolah selama seminggu mungkin tidak cukup kepada kanak-kanak.Malah ada yang begitu berkobar-kobar untuk hadir ke sekolah.Apabila masuk ke kelas sudah ada beberapa buah buku mengikut susunan menandakan mereka sudah menyiapkan kerja sekolah seperti yang telah diberikan.Tahniah kepada anak-anak yang begitu prihatin akan kerja yang diberikan.

Mungkin ada diantara kita sebagai guru kecewa dengan sikap anak didik yang tidak mengambil kisah langsung tentang pelajaran mereka.Hari pertama sahaja sudah ada beberapa orang pelajar yang tidak menyiapkan kerja malah tidak membawa langsung buku tersebut ke sekolah.Sudah tentu kita akan berasa kecewa melihat perlakuan mereka.Seperti tiada apa yang berlaku...............memang kecewa kalau melihat anak murid tidak begitu endah langsung dengan kerja-kerja yang diberikan.Hendak salahkan siapa?Adakah ianya terletak dibahu cikgu sahaja?Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.Tidak bagi kerja............rasa bersalah kerana sebagai seorang guru,kita hendakkan yang terbaik daripada pelajar tapi bila fikirkan hanya dua tiga orang buat begitu,saya tetapkan bagikan juga kerja.Yang tidak buat itu,saya berikan dia masa untuk membuatnya.Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan mereka membuat kerja tapi ibu bapa juga memainkan peranan penting memastikan anak mereka membuat kerja.Tidak patut hanya menyerahkan tugas tersebut kepada guru sahaja.Komitmen ibu bapa dalam membantu pihak sekolah penting agar anak mereka tidak tercicir dalam pelajaran mereka.

Ada di antara pelajar yang begitu excited menceritakan ke mana mereka pergi semasa bercuti.Tapi bila ditanya kerja sekolah mereka tidak buat........hendak tak hendak kita sebagai guru hanya mendengar sahaja apa yang diceritakan tapi disebalik itu akan rasa kecewa kerana mereka tidak menyiapkan kerja seperti yang dikehendaki.Itulah realitinya cabaran yang dihadapi oleh guru.......

Nampaknya, tiada perubahan daripada mereka............mereka masih dengan kegembiraan cuti mereka.Saya biarkan ianya berlalu begitu sahaja walaupun ada rasa kecewa di hati.

JANJI

Hari ini,saya menyerahkan semua kertas soalan kepada anak-anak murid dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik untuk mata pelajaran saya.Saya pernah berjanji untuk memberikan hadiah kepada mereka yang mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran saya dan alhamdulillah pada hari ini, saya telah dapat menunaikan janji itu.Semoga hadiah ini memberi perangsang kepada murid lain untuk terus belajar lagi.

Semalam, saya ke Tangkak sambil merehatkan minda bersama-sama dengan hubby.Hanya tidak sampai dua jam saya berada di sana dan sempat saya membelikan hadiah untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik.Hubby setuju dengan pendapat saya untuk memberikan hadiah kepada pelajar tersebut.

SELAMAT DATANG SERENE LEE

Bekas pelajar sekolah ini yang telah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2003 telah menjalani PBS sebagai satu syarat untuk memenuhi kursus perguruan di peringkat ijazah.Serene Lee merupakan bekas pengawas sekolah ini telah menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan kerjayanya.Minat yang mendalam dalam bidang Bahasa Inggeris telah membuatkan beliau memilih kerjaya ini.Kali ini, beliau telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dalam masa seminggu sahaja.Semoga dengan adanya pendedahan ini, beliau akan terus berjaya dalam bidang tersebut.

Beliau sememangnya telah lama berhubung dengan saya melalui FB semata-mata untuk menjalani PBS di sekolah ini.Beliau dapat bertemu kembali dengan bekas guru lamanya dan pernah tuition dengan saya dan hubby.


PENA KASIH :Tidak akan berjaya kalau hanya satu pihak sahaja yang beria-ia tapi disatu pihak tiada sebarang respon........

Sunday, March 20, 2011

BERKESAN


Semalam, sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung telah diadakan.Alhamdulillah, sambutannya begitu menggalakkan.Kali ini, ayah saya telah menjemput Iman Masjid Labis untuk menyampaikan ceramah kepada penduduk kampung.

Ceramah yang bermula selepas solat Maghrib ini seperti sekejap sahaja.Penyampaian yang berkesan dan isi-isi ceramah yang disampaikan begitu menusuk di hati kami.Majlis ilmu yang begitu bermakna sekali.Pelbagai aspek disentuh mengingatkan diri kita yang kadang-kala begitu alpa dengan duniawi.Banyak ilmu yang diperolehi dan terasa begitu singkat sekali masa.

Sesuatu yang menarik ialah apabila kita ditanya 'siapakah orang yang paling kita sayangi? Kita akan menyebut ibu dan ayah tapi jarang sekali kita akan dengar perkataan Nabi Muhammad.Justeru,beliau telah meminta kita mengubah cara pemikiran kita selama ini sebaliknya kita akan menyebut Nabi ialah orang yang paling kita sayangi diikuti kedua ibu bapa dan lain-lain lagi.Beliau juga mengingatkan kita agar sentiasa menziarahi kedua ibu bapa, sentiasa mengambil berat kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali kita menyusahkan kedua ibu bapa mahupun mengecilkan hati mereka.Janganlah kita menjadi anak yang derhaka hanya kerana sesuatu perkara yang kecil sahaja.

Beliau juga menyaran agar anak-anak yang masih bersekolah ,hormatilah guru kerana semua yang berjaya bermula dari seorang guru.Berapa ramai anak murid di sekolah yang mengucapkan terima kasih kepada guru sewaktu balik dan memohon diberkati ilmu yang diterima.Saya juga teringatkan kata-kata hubby semasa dia berada di kelas.Setiap kali kelas bermula, dia akan meminta seorang anak muridnya membacakan doa dan sebelum meninggalkan kelas, anak murid akan bersalam dengannya.(lelaki sahaja).Saya juga menerima salam daripada anak murid sebelum mereka meninggalkan kelas terutama waktu balik.Bukan sahaja murid Islam malah non-muslim juga akan bersalam dengan saya sambil mengucapkan terima kasih.Cikgu sayang kalian.................

Beliau juga mengingatkan kaum ibu agar tidak lupa membaca selawat sewaktu berada di dapur.Sambil masak bacakan selawat.Teringat saya kata-kata yang disampaikan oleh seorang imam di Melaka yang meminta kami agar sentiasa membacakan selawat ke atas Nabi sewaktu hendak membasuh beras.Mengeratkan kasih sayang di antara satu sama lain terutama keluarga kita.Kalau selama ini kita mendengar lagu-lagu sewaktu memasak tapi kita ubah dengan berselawat.Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan oleh para pendengar .


PENA KASIH : Majlis ilmu yang begitu bermakna..................

Friday, March 18, 2011

BEKAS CIKGUKU.....

Pn Zalaha merupakan bekas guru sekolah saya sewaktu di SM Convent Segamat.Saya sebenarnya selalu berjumpa dengan beliau jika menghadiri mesyuarat Pengetua/Guru Besar.Menggantikan guru besar saya ketika beliau bercuti atau berada di luar negeri.Setiap kali berjumpa, beliau tetap mengingati saya dan sering bertanyakan tentang hubby.Beliau pernah menjadi pengetua di SMK Pemanis dan di situ beliau bertemu husband saya.

Pagi ini, kami berjumpa beliau di kedai makan.Banyak juga cerita yang saya perolehi daripada beliau.Tinggal lagi 10 bulan sahaja lagi beliau berkhidmat.Masih seperti dahulu................
Beliau menyapa husband kerana beliau masih ingat lagi bagaimana SMK Pemanis mampu dan buat kali pertama mendapat tempat ke peringkat akhir perbahasan di bawah pimpinan husband.Beliau begitu teruja dan gembira kerana SMK Pemanis yang anak-anak muridnya semuanya Melayu dapat menandingi peserta lain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Saya akui,husband memang begitu komitmen pada bidang tugas yang diberikan kepadanya dan setiap hari akan balik lambat semata-mata untuk memastikan anak muridnya akan berjaya dalam setiap penyertaannya.

Kemudian,husband juga telah menaikkan nama SMK Pemanis kerana mampu menjadi Pusat Sumber Harapan di peringkat negeri.Ketika itu, husband baru sahaja berkhidmat di SMK Pemanis dan telah menyertai pertandingan Pusat Sumber .Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh SMK Pemanis sehinggalah husband mengambil keputusan untuk berhijrah ke UiTM.Sehingga kini, Puan Zalaha tetap meningati husband kerana dari situ SMK Pemanis terkenal di peringkat daerah mahupun negeri.

Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas .Kami sememangnya takut sewaktu beliau mengajar dan alhamdulillah, peratus mata pelajarannya telah melonjak naik dan saya juga tidak ketinggalan mendapat A dalam subjek yang diajar.Masih ingat lagi, leterannya ......

PENA KASIH :Terima kasih, cikgu................

TIDAK SIHAT

Hari ini ,jam 7.25 pagi saya sudah berada di sekolah.Menyiapkan sedikit kerja dan mengemas bilik saya sebelum naik sekolah .Biasanya ianya merupakan satu kepuasan kepada diri saya.Menampal itu dan ini di sudut papan kenyataan.Yang penting saya 'enjoy' dengan tugas saya.

Kami telah bahagikan tugas kepada setiap GPK agar mereka dapat merancang percutian bersama keluarga.Penggal ini, saya hanya sekali saya bertugas tapi semuanya saya siapkan di rumah.Ingatkan hendak cuti tapi hubby tidak bercuti.............cuti-cuti di rumah.Cuti selama dua hari ini, diisikan dengan majlis perkahwinan saudara-mara dan rakan-rakan.

Bersama dengan GPK KK, saya memaklumkan apa tindakan yang perlu dibuat kerana pemantauan kepimpinan akan diadakan pada awal bulan April.Banyaknya kerja yang perlu dibereskan dan fail-fail perlu dikemaskinikan.GPK KK memaklumkan kepada saya yang dia tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ini.Badannya terasa lemah,hendak pitam dan juga muntah-muntah.Jelas,diwajahnya saya lihat dia berada dalam keadaan tidak sihat tapi mempunyai semangat yang tinggi.Kemudian,kami ke bilik masing-masing menyiapkan kerja.Tiba-tiba saya terdengar sesuatu daripada biliknya lantas saya melihat....ternyata dia tidak sihat.Mukanya pucat dan terasa hendak pitam.Saya suruh dia berehat dan kalau boleh saya hendak maklumkan kepada anaknya supaya mengambilnya di sekolah tapi tidak dibenarkan.Semangatnya begitu kuat sekali........badannya terlalu lemah.Kemudian, dia maklumkan kepada saya dia hendak balik dan saya menjaga sekolah dan memantau pekerja.Nampaknya suasana sekolah seperti biasa kembali kepada asal.Cekap dan pantas pekerja-pekerja menjalankan tugasnya.

PENA KASIH:Sayangkan dunia pendidikan......

Thursday, March 17, 2011

PERLU BELAJAR

Mungkin dikatakan saya terlambat untuk mempelajarinya...............mungkin juga dan saya perlu akur kerana lambat untuk bertindak dan mengambil sikap mudah dan malas untuk mempelajarinya walaupun sebenarnya tidak memerlukan masa yang lama untuk belajar.
Berpunca kerana ia perlu untuk saya tahu dan membantu kerja-kerja saya yang banyak bermain dengan ict .Akhirnya, saya mengambil tindakan untuk mempelajarinya...............belajar 'burn' CD.Kalau selama ini,my boss selalu meminta saya 'burnkan' CD tapi saya selalu beri alasan yang saya tidak tahu.Tapi kini, saya sudah tahu dan sudah banyak juga cd yang telah saya 'burnkan'.Mudah sahaja sebenarnya dan ia menjadi sulit sekiranya kita mengambil sikap malas untuk belajar.

Akhirnya, ilmu yang saya perolehi itu saya kongsikan dengan rakan saya.Kelakar juga pada awalnya.Nak ajar orang tapi ada 'step' yang saya terlupa.Selepas itu secara'slowly' saya buat dan akhirnya saya belajar satu ilmu lagi.Thanks to Pn Lim kerana mengajar saya.Kini, saya lebih banyak belajar tentang ilmu ICT untuk keperluan diri saya sendiri.
Sebenarnya, saya memang suka untuk belajar tapi tidaklah untuk memuji diri sendiri kerana takut disalah ertikan.Untuk menunjuk-nunjuk dikatakan.Banyak perkara yang saya perolehi sendiri dan belajar bagaimana untuk membuat sesuatu itu agar nampak cantik dan kemas.Saya selalu 'search' internet sebagai medan rujukan saya.Saya sering bertanya pada hubby tentang itu dan ini dan akhirnya banyak perkara yang saya dapat.Saya tidak segan untuk belajar daripada sesiapa sahaja dan sering bertanya walaupun dikatakan 'soalan bodoh'.Yang penting kepuasan diri sendiri.

Banyak sebenarnya yang saya tidak tahu tapi saya tetap hendak belajar sehingga saya tahu.Hubby selalu kata, saya kalau hendak tahu sesuatu mesti akan cuba dan terus cuba.Tidak pernah 'giue-up'.Itu memang prinsip saya.Tidak mudah mengalah........Tapi setakat ini,saya bersyukur kepada Allah, kerana saya akan dapat apa yang saya hendak.Saya memang tidak mudah jemu dan mengalah.Saya akan cuba sedaya upaya untuk memperolehinya dengan syarat saya berusaha.Bersyukur kepadaNya...hanya kepadaNya saya selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan saya.

PENA KASIH:Sentiasa belajar...............

Wednesday, March 16, 2011

CERIA


Sudah lama kami tidak berkunjung ke rumah atok sebelah hubby.Sebelum itu,menerima panggilan telefon daripada Milah cara untuk mengisi borang permohonan guru secara online.
Saya memintanya membuka laman web kpm tapi nampaknya dia masih tidak mendapat maklumat tersebut.Saya maklumkan kepada hubby kedudukan sebenarnya lantas hubby menyarankan agar kami ke rumah atoknya untuk membantu Milah.Sebelum itu, my x-student datang ke rumah kami untuk membuat permohonan yang sama dan meminjam laptop untuk mengisi maklumat tersebut.Saya memintanya datang ke rumah pada pukul 5.00 petang kerana kebetulan saya baru balik dari sekolah.

Kehadiran bersama dengan ibunya dengan menunggang basikal.Saya mengenali keluarganya daripada dahulu lagi.Kehidupan keluarganya susah tetapi memiliki cahaya mata yang pandai.Saya minta dia datang dan mengisi maklumat tersebut dengan betul.Tahun lepas dia ada mengisi borang tapi tidak mendapat sebarang jawapan.Minatnya begitu mendalam dalam bidang perguruan telah membuka pintu hatinya untuk memohon buat kali keduanya.Seorang yang pandai mencipta sajak dan mewakili sekolah ke peringkat daerah .Pandai bermain gitar dan mengalunkan lagu dengan menarik sekali.Bakatnya telah dapat dikesan sewaktu berada di bangku sekolah rendah lagi.Saya katakan kepadanya bahawa kita hanya mencuba,jika rezeki kita ada di situ dapatlah.Jangan terlalu mengharap sangat kerana terlalu ramai kini yang berminat dalam bidang perguruan.Namun, kalau dilihat, mereka yang begitu berminat dengan bidang perguruan akan melakukan sesuatu yang terbaik dan dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya pesan pada Milah, agar sentiasa melihat internet untuk mendapatkan info terkini .Mudah-mudahan impiannya untuk menjadi guru akan tercapai.
Bersama-sama dengan Adif kami ke sana.Kali ini, Apiz tidak mengikuti kami kerana hendak mengelap dinding rumahnya yang telah diconteng.Puas dipujuk jawapannya tetap sama.Semakin rajin nampaknya Apiz sejak bersekolah dan terlalu pandai berkata-kata dengan ayat yang begitu baik sekali walaupun baru berusia 5 tahun.Semalam, dia begitu teruja untuk bercakap dengan Pak Udanya.Banyak soalan yang dikeluarkan tanpa diduga.Pernah dia bercakap dengan saya,"Uda,Uda ada bawa telekung tak kalau jalan,"katanya.Lalu saya maklumkan bahawa di setiap kereta Uda ada beg telekung untuk Uda bersolat.Sememangnya saya meletakkan telekung di kedua-dua buah kereta saya.Senang untuk saya bersolat di mana-mana pasaraya sekarang.Emmm....bijak sungguh sekarang.

Semalam, Atok Dollah teringatkan kisah lama mengenai Apiz.Dia ingatkan kami membawa Apiz tapi sebenarnya Adif yang kami bawa.Senang membawa Adif,duduk dan menunjukkan kereta yang sama dengan ayahnya kepada Pak Udanya.Kurang bercakap berbanding dengan Apiz.Atok Dollah begitu ceria pada hari semalam melihat kehadiran kami.Dia akan merungut jika anak-anak tidak menjengahnya.Sempat juga sama masakan ikan sungai goreng berlada.Enak sekali makan beramai-ramai.

Kemudian, selepas menghantar emak, kami menghantar Adif ke rumahnya...........Adif menjerit memanggil abang dan abang memanggil adiknya sambil berpelukan.Apiz begitu sayang akan adiknya dan sempat berpesan dengan saya sebelum itu agar jangan bawa adiknya berjalan lama-lama dan jangan tidur di rumah atoknya.Kasih sayang antara mereka begitu kuat sekali.

PENA KASIH :Saling sayang-menyayangi.................

Tuesday, March 15, 2011

NASI DAGANG


Selesai memasak, saya meneruskan operasi menyiapkan kerja-kerja sekolah saya yang terbengakalai semalam.Terbengkalai kerana keletihan menghadap komputer .Banyak rupanya kerja yang perlu dibereskan walaupun saya rasa banyak yang telah saya buat tapi masih ada lagi yang perlu dilaksanakan apabila membaca pelbagai surat yang diterima..............tiada cuti walapun boss meminta saya menggantikan tempatnya ke mesyuarat ABM yang telah saya pergi dahulu tapi saya tidak mahu pergi kerana perkara yang sama telah saya lalui.Sepatutnya GB yang pergi tapi segala maklumat telah saya siapkan .Just untuk dia menghadirikan diri sahaja.........pandai juga saya mengelakkan diri untuk pergi.Berehat di rumah sambil menyiapkan kerja.

Kemudian, my son memaklumkan kepada saya ada one lady datang ke rumah saya dan ingin berjumpa dengan saya.Kebetulan saya berada di bilik mandi.Rupa-rupanya dia menghantar nasi dagang untuk kami sekeluarga.Terima kasih kerana bersusah payah menghantar nasi dagang ke rumah kami.Maybe hubby minat dengan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol.Saya memang kurang minat dengan nasi dagang tapi hendak juga cuba merasanya.Nampak macam sedap aja.................

Mungkin ini rezeki kami dan buat pertama kali kami akan merasa masakan nasi dagang.Walaupun selama ini , ada yang mengatakan nasi dagang memang sedap tapi saya tidak pernah merasainya lagi.Thanks to emak Fatimah............

PENA KASIH :Actually it's quite hard to find nasi dagang with gulai ikan tongkol

OPERASI LAGI

Mata saya akan rasa rimas kalau melihat perabot tersusun di tempat yang sama.Cuti-cuti ni,mulalah saya melapangkan minda dengan mencari idea untuk mengalih perabot-perabot saya yang tidak seberapa ini di tempat lain.Kalau bincang dengan husband, mesti punya tidak setuju.Waktu cuti, nilah peluang saya mengalih perabot mengikut kesukaan dan keselesaan saya.Sedap mata memandang.........

Kadang-kadang hubby ngeri tengok saya berada di rumah.Dia lebih suka saya pergi sekolah dan menyiapkan kerja-kerja saya daripada saya berada di rumah sewaktu dia bekerja.Balik mesti ada perubahan yang berlaku.Minggu lepas, saya mengerjakan bilik kerja saya di rumah.Masih kuat lagi mengheret perabot dan meletakkan di tempat lain.............balik hubby menggeleng kepalanya melihat perubahan itu.Hari ini, kalau dia balik mesti terkejut melihat perubahan yang saya lakukan di ruang tamu dan 'family living'kami.

Sememangnya saya memang tidak suka duduk diam sahaja.Semalam, saya mengerjakan bilik saya di sekolah.Semuanya telah tersusun kembali dan perabot di bilik disusun mengikut citarasa saya.Yang penting ada ruang untuk 'solat' saya di bilik itu.Pastinya beralaskan tikar getah dan sentiasa disapu.Itu kepuasan saya sewaktu bekerja.

Esok saya masih bercuti lagi dan maybe hari Khamis dan Jumaat saya akan berada di sekolah.Saya menyiapkan kerja-kerja di rumah.Enjoy sedikit kerana cuti kali ini, saya hanya bertugas sehari sahaja.Namun, saya tetap akan ke sekolah pada hari Khamis dan Jumaat.Istilah cuti sahaja tapi masih banyak lagi yang perlu dibereskan.

PENA KASIH :Rasa tenang.............

Monday, March 14, 2011

AYAM


Membela binatang ternakan bukanlah minat saya.Banyak yang perlu saya fikirkan terutamanya jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.Bukan semua orang suka akan binatang ternakan.Ha...saya pun begitu juga.Tidak mahu mencari masalah.

Namun, saya biarkan ayam-ayam jiran berkeliaran di luar rumah saya(luar pagar).Tidak menimbulkan masalah kepada saya kerana ia tidak mengotorkan kaki lima dan kawasan persekitaran simen rumah saya.Namun ,sejak akhir-akhirnya, ayam-ayam semakin banyak.Pelik juga saya dan tertanya-tanya pada diri ini dari mana datangnya ayam-ayam ini.Kalau dahulu seekor atau dua ekor sahaja,kini sudah menjangkau 10 ekor.

Setiap pagi, saya akan membuang sisa-sisa makanan dan hampas kelapa di luar kawasan rumah dan setiap pagi itu juga akan kelihatan ayam-ayam berlari-lari ke arah rumah saya.Itu rezeki ayam.Masih tidak memberikan masalah kepada saya.

Sehinggalah dua hari ini, ayam-ayam itu sudah mula memasuki kawasan rumah saya dan membuang najis merata-rata simen rumah kami.Saya mulalah naik angin tapi saya masih bersabar.Menahan kesabaran sambil menjirus najis-najis tersebut.Mungkin hendak menguji kesabaran saya.Kemudian , saya halau ayam-ayam tersebut sehinggalah ayam tersebut berbunyi kebisingan sehinggalah jiran sebelah rumah saya keluar sambil melihat ke arah wajah saya.Saya biarkan dia dengan sikapnya itu.Tapi dia perlu berterima kasih kerana saya memberikan ayam-ayamnya makan.Itulah realitinya apabila hidup berjiran........menahan kesabaran dengan karenah mereka.Pada saya, tidak perlulah membela haiwan kalau ia menyusahkan kita.Sebab itulah saya mengambil tindakan dengan tidak membela seekorpun ayam mahupun kucing di rumah.Tidak mahu menimbulkan kemarahan orang lain.


PENA KASIH:Menghormati jiran..............

Sunday, March 13, 2011

RENUNGAN DIRI

Apabila meneliti keputusan anak murid dengan sasaran yang telah saya tetapkan,nampaknya ada sedikit perbezaan.Saya meletakkan sasaran bagi tiga subjek saya adalah 100 %.Dua subjek mencapai sasaran dan hanya 1 subjek sahaja yang masih belum dikuasai.Dari segi kualiti, saya berasa puas hati kerana mencapai sasarannya kecuali Bahasa Melayu Pemahaman.

Hari Jumaat yang lepas,saya bersama-sama dengan anak murid telah membuat post-mortem dan didapati mereka tidak berapa faham maksud perkataan tersebut.Saya yakin mereka sebenarnya boleh buat tapi mungkin pada hari itu ada sesuatu yang menyebabkan mereka gagal menjawab soalan dengan baik.Soalan sukar boleh dijawab tapi bila soalan senang mereka gagal menjawabnya.

Dari aspek ejaan, mereka banyak melakukan kesalahan.Lantas di fikiran saya, mereka ini kurang membaca .Minat membaca di kalangan pelajar hari ini memang kurang.Justeru, saya telah mengambil langkah sebelum memulakan pengajaran saya, saya akan menyediakan lima minit untuk mengeja perkataan yang sudah biasa didengar.Masih terdapat juga kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid-murid tersebut.Setiap kali saya menyebut perkataan, saya akan pastikan mereka melihat mulut saya dan mengeja dengan betul.

Saya selalu mengingatkan anak murid bahawa kerja rumah yang dibekalkan adalah baik untuk mereka.Kami tidaklah memberikan kerja rumah yang terlampau banyak sehingga mengganggu mereka.Kami agih-agihkan kerja rumah mengikut mata pelajaran.Kadang-kadang lima soalan yang diberikan pun tidak dibuat........agak terkilan juga apabila mereka bersikap seperti itu.Saya lebih banyak bersabar dan melayan karenah anak murid.Kalau dahulu semasa saya bersekolah, kalau tidak menyiapkan kerja, rotanlah dendaan kami tapi tidak bagi pelajar sekarang.Yang ruginya mereka.......Saya selalu ingatkan mereka agar membuat kerja sekolah dengan sebaiknya.Realitinya dunia pendidikan sekarang banyak cabarannya.........

Kadang-kadang kegagalan murid menguasai sesuatu subjek akan menyebabkan seseorang guru akan gelisah.Gelisah kerana semua guru hendak memastikan anak didik mereka mendapat keputusan yang baik kerana sebagai ibu dan bapa sudah pasti mereka hendak melihat kejayaan anak mereka.

PENA KASIH:Tidak pernah merotan anak murid..............cukup dengan lirikan mata sudah membolehkan mereka memahami.

Saturday, March 12, 2011

HARI MINGGU YANG BERMAKNA



Hujung minggu yang sentiasa dinantikan oleh sesiapa sahaja.Kepenatan bekerja selama 5 hari dapat terubat dengan percutian selama dua hari.
Dua hari begitu bermakna bagi mereka yang bekerja kerana dalam masa 2 hari inilah pelbagai perkara yang boleh dilakukan.Saya juga mengambil kesempatan dua hari ini mengemas rumah dan menyiapkan beberapa kerja sekolah khususnya post-mortem PKBS yang dijalankan pada minggu lepas.
Saya rasa puas hati kerana murid-murid saya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang baik untuk diri mereka.Ada sesuatu yang akan saya berikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 100% dalam subjek saya.InsyaAllah , saya akan menyediakan juga hadiah kepada mereka yang menunjukkan peningkatan dalam subjek saya.Ini semua sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Hujung minggu ini, juga hubby begitu sibuk dengan kerja-kerja mengecatnya.Dia melakukan 'touch-up ' untuk pagar rumah kami.Kalau sebelum ini berwarna coklat tapi kali ini semuanya bertemakan hijau.Sejuk katanya......
Sebelum itu,dia membaiki paip yang telah bocor.Itu minatnya dan saya tidak menghalangnya walaupun saya ada menyuarakan meminta orang sahaja membaikinya tapi dia kata apa yang boleh dibuat dia akan buat.Minatnya kepada bidang elektrik dan paip memang sudah lama dan dia lebih suka mempelajari sesuatu itu melalui rakan Cinanya.Banyak ilmu yang dipelajari daripada rakan Cinanya itu dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan hubby.

PENA KASIH : Terasa rileks sedikit...............


Friday, March 11, 2011

CUTI......KE MANA?


Percutian sekolah selama seminggu telah bermula.Nampak di riak wajah anak murid kegembiraan menantikan cuti yang penuh bermakna walapun hujan turun mencurah-curah sejak dua hari.Kegelisahan jelas di wajah mereka.....apakah banjir akan melanda lagi?
Percutian selama seminggu ini mengingatkan kami cuti sempena Tahun Baru Cina yang lalu.Fobianya jelas terbayang dan kami harap ianya tidak berlaku lagi.Namun,mungkin untuk kita menolak kehendakNya.

Surat edaran meminta semua guru bersedia untuk menghadapi banjir.Semua guru diminta mengemas dan menaikkan barang ke tempat yang lebih tinggi agar peristiwa dahulu tidak berulang lagi.Dengan bantuan staf dan juga murid-murid,semalam kami telah mengadakan aktiviti mengemas barang-barang selepas waktu rehat.

Saya sendiri juga telah mengangkat barang-barang saya ke tempat yang tinggi.Penat dahulu belum habis lagi, tapi kita perlu bersedia.Semua dokumen telah saya simpan dengan baik agar memudahkan saya untuk mencarinya apabila diperlukan.

Cuti kali ini,saya tidak ke mana-mana.Saya perlu menyiapkan beberapa dokumen untuk dpantau dan dilihat oleh pihak tertentu.Emak dan ayah saya meluangkan masa ke Perlis untuk melihat anak saya bersama -sama dengan adik saya.Ingatkan nak ikut juga tapi mengenangkan saya perlu berada di sekolah pada hari Isnin ini kerana sekolah kami mengadakan kelas tambahan untuk mereka.Berkorban untuk mereka.


PENA KASIH: Masa fobia lagi.................

Thursday, March 10, 2011

KEPUTUSAN ITU

Sesuatu yang sukar untuk dibuat telah dibuat oleh saya dalam keadaan dilema.Namun, keputusan itu sebenarnya terlalu sukar untuk saya putuskan....banyak kali difikirkan.Mendapat tentangan yang hebat daripada hubby and keluarga saya.Mereka tahu saya memang boleh buat namun saya perlu juga meleraikan kekusutan saya dalam tahun ini.

Mungkin saya tertekan kerana kini tugasan semakin bertambah dan memerlukan saya memberikan tumpuan yang serius kepada kerjaya saya.Setiap hari, saya pulang lewat ke rumah sehingga jam 5.oo petang dan kemudian saya terpaksa menumpukan kerja-kerja kursus saya sehingga saya rasakan di mana masa rehat saya, masa keluarga saya dan masa senggang saya selama ini.Mungkin tindakan dan keputusan ini dikirakan 'bodoh' tapi saya perlu melakukan demi keluarga dan yang penting kesihatan saya.

Terus terang saya katakan, apabila saya menjejakkan kaki ke sekolah dari pukul 6.30 pagi hingga jam 4.00 @ 5.oo tidak pernah ada ruang untuk saya bersantai buat seketika.Banyak bebanan diberikan kepada saya sehingga adakalanya saya tidak mampu untuk melakukan itu semua dalam masa yang serentak.Ruang privay saya tiada langsung.......
Saya utamakan core-business saya kerana itulah rezeki saya.....saya tidak sesekali mengabaikan tugasan hakiki saya walaupun cabaran kerja dan masa saya agak banyak.Pencerapan guru, pemantauan buku tulis yang kadang-kadang bertimbunan di bilik saya membuatkan saya terfikir sejenak...inilah tugasan saya sebenarnya.Saya perlu memberikan tumpuan pada kerjaya saya.

Sebenarnya, saya seperti kerugian apabila mengambil keputusan yang drastik......hubby lagi terkejut kerana saya mampu melakukannya setelah melihat keputusan pada sem pertama saya.Tapi, saya perlu utamakan kesihatan apabila saya memang disahkan ada 'high-blood' yang memerlukan saya rehat dan tidak terlalu 'stress'.Akhirnya dalam keadaan itu, hubby membenarkan saya mengambil keputusan itu walaupun saya tahu dia kecewa dengan keputusan yang telah saya buat.Saya sayangkan ilmu yang dipelajari,saya sayangkan bekas-bekas guru saya kerana mereka banyak mendedahkan saya kepada pengurusan kerjaya saya....banyak yang saya pelajari dalam pengurusan dan pentadbiran.Tidak rugi sebenarnya kita menuntut ilmu..semakin banyak yang kita pelajari ,semakin banyak kekurangan dalam diri kita.

Impian untuk bersama-sama rakan di USM menghabiskan sarjana masing-masing tidak dapat saya penuhi.Mereka kecewa dengan keputusan yang telah saya ambil tapi saya juga perlu memikikan kesihatan diri saya.Saya tidak mahu tugasan hakiki saya terjejas kerana terlalu memikirkan impian saya.Saya bersyukur dengan rezeki yang saya ada pada hari ini.Saya tidak mahu terlalu mengejar impian akan ada lompang-lompang yang saya tinggalkan.Biarpun keputusan itu amat berat tapi ......saya perlu memilih antaranya.

PENA KASIH:Sukar sebenarnya untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya saya sayangi....

Tuesday, March 8, 2011

YANG DITINGGALKAN HANYA KENANGAN

Selepas masak lebih kurang jam 6.00 petang, saya membuka FB saya.Seperti tidak percaya kerana tertera nama Wan Haniza yang telah kembali ke rahmtullah pada hari Ahad kerana penyakit leukimia.Saya tersentak buat seketika kerana baru sahaja minggu lepas saya tertanya-tanya ke mana pergikan Kak Ija yang dikenali sewaktu bersama-sama di MPKI.Saya mencari-cari list namanya di FB saya.Masih ada lagi namanya.

Saya terus melihat gambar-gambarnya.Hati saya begitu sayu.Tidak tahu kenapa.Pernah beberapa kali saya berchating dengannya pada tahun lepas.Bertanya khabar dan dia mengajak saya ke rumahnya sekiranya ke Kuantan.Hanya melalui FB sahaja saya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang lama ditinggalkan tapi masih segar dalam ingatan.

Hari ini, saya begitu sedih kerana mendapat berita tentangnya.Dua minggu dahulu saya berchating dengan Kak Amnah dan Kak Amnah memaklumkan bahawa Kak Ija ada datang ke rumahnya tapi dalam keadaan yang tidak sihat.Saya tidak bertanya lebih lanjut kerana memang tidak mengetahui akan kedudukan sebenarnya.

Mengenalinya memang seronok.Sangat mengambil berat tentang rakan-rakan sewaktu kami di MPKI.Banyak kenangan manis bersamanya.....Miss u kak Ija.Tapi Allah lebih menyayangi dirinya.

PENA KASIH : Al-Fatihah untuk Kak Ija...semoga rohmu dirahmati Allah.

Sunday, March 6, 2011

27 TAHUN


Sempat lagi berposing dengan husband kat bawah pokok kelapa.Indahnya suasana di sana.

Tetap suruh husband 'snap' gambar di celah-celah pokok getah.

27 tahun tidak bertemu...........

Selamat pengantin baru buat Julia dan Abd Razak.
Hampir 27 tahun tidak bertemu, akhirnya dan Allah gerakkan hati saya untuk bersama-sama dengan emak ke Mensudut Pindah.Kebetulan ,orang kampung telah melangsungkan majlis perkahwinannya di Mensudut Pindah.Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini.

Sebenarnya sebelum ini, saya selalu teringatkan kawan saya yang bernama Enon Ibrahim.Entah tidak semena-mena namanya naik di minda saya.Mungkin ingin bertemu dengannya .Sememangnya saya mencari beliau kerana saya pernah dengar cerita yang beliau berada di luar negara.Rupa-rupanya beliau kini menetap di Rompin dan mempunyai 6 orang anak lelaki.

27 tahun tanpa mendengar sebarang berita tentangnya.Kawan-kawan juga ramai yang ingin mengetahui tentangnya tapi masing-masing tidak tahu hendak mencari sehinggalah hari ini saya bertemunya di Mensudut pindah.

Suasana kampung yang menarik ini menyebabkan kami rasa begitu seronok sekali.Walaupun telah hampir 3 jam juga menunggu majlis tersebut berlangsung.Husband juga bertemu dengan kawan-kawannya.

Kemudian, kami meminta kebenaran untuk balik awal kerana menghadiri majlis perkahwinan di Batu Anam.Ingatkan hendak bertemu kak Long tapi hajat kami tidak kesampaian kerana Kak Long telah balik awal.

PENA KASIH: Semoga pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan kami....


Saturday, March 5, 2011

JALAN-JALAN(2)


Sudah lama sebenarnya tidak meluangkan masa untuk berjalan-jalan.Hujung minggu yang penuh dengan program membuatkan saya melupakan sejenak hasrat untuk berjalan-jalan,melapangkan fikiran.

Hari ini, bersama dengan husband,Ani and her family, kami ke Simpang Renggam menghadiri majlis perkahwinan anak Ustaz Sabri yang pernah tinggal bersama MIL di Batu Anam.Alhamdulillah,cuaca yang cerah dan tempat yang mudah dicari,kami selamat sampai lebih kurang pukul 1.30 petang.Kami tidak lama di sana.

Kali ini, Adif pula buat hal..........ada sahaja yang tidak kena dengannya.Mungin mengantuk agaknya.

Selepas itu, masing-masing membawa haluan sendiri.Kami sekeluarga ke Batu Pahat.Rasanya dah lama juga tidak ke sana.Tempat menarik dan banyak pilihan.Macam-macam dibeli.....mengerling juga husband tengok saya membeli barang.Bukan selalu.Ada tawaran belilah.....

Kemudian, saya begitu tertarik mendengar 'sentimental song' yang dialunkan oleh Manuel rios dengan menggunakan 'flute'.Lama juga saya di situ.just untuk mendengar muzik tersebut.Kemudian, saya tinggalkan tempat tersebut untuk membeli barangan lain.Setelah selesai shopping, saya singgah semula di tempat tersebut dengan hasrat untuk berjumpa beliau dan juga bergambar.Tapi tidak kesampaian kerana beliau berehat sebentar untuk meneruskan sesi seterusnya jam 6.00 petang.Kemudian, husband sempat membeli CD tersebut dengan harga yang 'special' untuk kami kerana kebetulan his manager meminta saya menjaga tempatnya sekejap kerana beliau hendak ke 'toilet'.Atas rasa percaya, beliau kemudiannya menjual CD dengan harga yang 'special' itu.



PENA kASIH : Enjoy with his song.....

Thursday, March 3, 2011

MENARIK



Hari ini murid-murid begitu teruja untuk belajar berkaitan dengan kehidupan seniman agung kita Allahyarham P.Ramlee.Sebelum,memulakan pengajaran saya membuat sedikit induksi set yang bertujuan untuk melihat pengalaman sedia ada murid.Saya bertanya soalan berkaitan dengan rancangan TV yang sering ditonton oleh mereka dan apakah rancangan yang menarik sekali.Hanya beberapa orang murid yang menjawab soalan tentang cerita P.Ramlee yang sering mereka tonton.Biasalah budak berusia 9 tahun memberikan jawapan mengikut idea masing-masing.Lantas saya bertanya, mengapa mereka suka menonton rancangan tersebut.......rata-rata menjawab seronok, menghiburkan dan cerita itu membolehkan mereka ketawa.

Malah ada yang mengatakan mereka menontonnya pada waktu pagi dan ada yang tidak ketinggalan menonton lakonan bersahaja Allahyarham P.Ramlee.

Apabila saya ajukan soalan ini kepada murid-murid non-muslim, masing-masing tidak tahu siapa itu P.Ramlee .Hanya seorang sahaja yang menyebutkan cerita lakonan P.Ramlee.
Nama yang tidak begitu asing kepada mereka yang minat akan cerita-cerita Melayu.Kadang-kadang ada nilai moral yang ingin ditonjolkan dalam cerita tersebut.

Yang menariknya dalam petikan tersebut ada senikata lagu 'Joget Malaysia'.Saya menyuruh mereka menyanyi tapi tiada seorang pun yang tahu akan irama lagu tersebut.Hendak tak hendak saya menyanyikan lagu tersebut.Walaupun saya tidak pandai menyanyi tapi saya dendangkan juga lagu tersebut sambil meminta murid mengikut saya........Mereka enjoy apabila disuruh menyanyi.Kemudian, saya melakukan aktiviti soal jawab berdasarkan senikata lagu tersebut.Emmmmm...............mereka mampu menjawab soalan saya.Alhamdulillah........

PENA KASIH : Enjoy dengan lagu 'Joget Malaysia'

Wednesday, March 2, 2011

LAYAN

Semalam,bersama husband dan anak lelaki meluangkan masa ke Masjid Jamek Batu Anam mendengar ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul.My MIL dah pergi awal lagi tapi kami tidak dapat memenuhi permintaan 'last-minute'nya agar bersolat di sana.Di awalnya, dia memaklumkan kepada kami akan ke masjid after Maghrib.So, kami ingatkan nak bersolat di rumah terlebih dahulu kerana sebelum itu saya menemani emak mengajak orang untuk satu majlis Yaasin pada hari Sabtu ini.

Sampai di rumahnya,kami telah dimaklumkan bahawa emak telah pergi ke masjid lantas kami terus ke sana.Di sana merupakan tempat biasa kami singgah untuk bersolat.

Kemudian, saya dihampiri oleh seseorang individu yang mungkin dikenali tapi saya lebih berhati-hati berbicara.Pelbagai soalan diajukan tapi saya kurang berminat untuk menjawab soalan-soalan yang lebih kepada personal.Takut disalah ertikan dan akhirnya berbalik kepada saya sekeluarga.Dari awal saya diperhatikan dan saya hanya membiarkan perhatian itu begitu sahaja.Untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan saya agak keberatan untuk menjawabnya apatah lagi ia berlaku di suasana yang tidak sesuai.

Permulaannya,ceramah diadakan selepas Maghrib tetapi disebabkan hal-hal tertentu ,ceramah diadakan selepas waktu Isyak dan tetamu diminta menjamu selera terlebih dahulu.Kebetulan saya sudah kenyang, saya tidak bersama mereka.

PENA KASIH : Dalam tempoh 40 hari sekurang-kurangnya kita menghadiri /mendengar ceramah agama............itulah yang disarankan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails