Tuesday, March 24, 2009

PEMBEDAHAN

Pak Itam menjalani pembedahan seawal pagi jam 8.00.Petang, sekembali dari sekolah jam 2.00 saya menelefon anaknya, Mahathir bertanyakan tentang keadaan Pak Itam.Hanya yang dimaklumkan bahawa pembedahan belum selesai lagi.Hati tersentuh melihat Pak Itam baru-baru ini sewaktu saya berkunjung ke Johor Bahru.PakItam nampak pucat dan tidak seceria dahulu.Hanya terlalu banyak bercakap tanpa berhenti.

Kemudian, apabila balik dari mesyuarat AJK PIBG di sekolah jam 7.00 malam, saya menelefonnya bertanyakan lagi sekali keadaan Pak Itam.Jawapannya sama sahaja.Pembedahan belum selesai.

Pak Itam menjalani dua pembedahan di kepala.Terdapat dua ketumbuhan di kepala Pak Itam.Memang tidak sangka Pak Itam yang selama ini begitu ceria, mudah ketawa dan sering berjenaka rupa-rupanya menghidap ketumbuhan di kepala. Baru-baru ini sahaja ketumbuhan dapat dikesan dan doktor mengarahkan supaya pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk.Pak Itam akur dengan nasihat doktor.

Menurut anaknya Mahathir, doktor ada menelefon pada waktu petang dan memaklumkan bahawa pembedahan baru separuh sahaja dan di bahagian otak yang memerlukan jangka masa yang lama.Semoga Pak Itam mempunyai semangat yang kuat dan kami mendoakan agar Pak Itam selamat menjalani pembedahan.Insya Allah, kami akan melawat Pak Itam.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails