Saturday, December 28, 2013

ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PENJUALAN BUKU TULIS

Alhamdulillah selesai sudah program Orientasi untuk murid-murid Tahun 1 bagi sesi 2014.Pendaftaran untuk murid-murid Tahun 1 juga meningkat pada tahun ini.Sesuatu yang baik dan pihak sekolah telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memilih sekolah COnvent sebagai titik permulaan untuk anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan.InsyaAllah,kami warga sekolah akan sedaya upaya membantu dan membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan dari segi akademik dan juga sahsiah diri. Pencapaian anak didik sekolah ini sehingga ke peringkat antarabangsa telah memberikan satu pendedahan kepada anak-anak didik sekolah ini agar lebih berfikiran terbuka, berinovasi dan kreatif dalam memberikan buah fikiran. Kami juga mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan sentiasa berusaha untuk memastikan anak-anak sekolah ini melibatkan diri sehingga ke peringkat yang tinggi.Pihak sekolah telah meletakkan cikgu Supian bin Hashim, cikgu Wan dan Cik Premawathy untuk memastikan anak-anak didik SKCC terus melibatkan diri sehingga ke peringkat antara bangsa.
Buat pertama kalinya, cikgu Supian memegang guru kelas....bersemangat . Hari ini juga diadakan jualan buku yang dikendalikan oleh Sister's.So, kerja kami menjadi ringan sedikit.Terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir ke sekolah pada hari ini untuk pembelian dan pembayaran sumbangan PIBG.First day sekolah,terus sahaja PdP dijalankan .Murid-murid agaknya tidak sabar untuk belajar apatah lagi guru-guru dengan semangat dan azam tahun 2014. Tahniah kepada guru-guru SKCC...
Ibu bapa murid-murid sibuk membeli buku..
Pn Norlela and me menyambut tetamu untuk program orientasi......
Aku diberi peluang untuk memberikan sedikit info untuk disebar luaskan kepada para ibu bapa.
Murid-murid selalu keliru antara aku dan pn Norlela...Tapi kali ini, beg kami juga serupa. PENA KASIH" Macam-macam nak buat....

Thursday, December 26, 2013

MESYUARAT GURU/KURIKULUM 1/2014

Alhamdulillah semuanya sudah selesai.My part sudah lengkap sejak semalam lagi.Anyway thanks to all my teacher especially Cik Wan yang banyak membantu aku dalam menyediakan jadual waktu.Sememangnya is not easy to do the time table.Aku sendiri kadang-kadang pening kepala untuk membuat jadual tersebut.Tapi aku mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan pandai menguruskannya dengan baik walaupun kadang-kadang kita tidak mampu untuk memuaskan semua pihak. Jam 7.45 pagi, aku sudah berada di sekolah.Mengedar bahan-bahan untuk guru-guruku.Terasa satu kepuasan apabila aku mampu menyiapkannya walaupun aku terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga.
Hari ini mesyuarat dimulakan oleh pengerusi majlis iaitu En Nordin bin Sanat dan Setiausaha Pn Anis binti Md Tahir.Awal-awal lagi aku dah 'sound' kat dia.Jangan banyak bercakap.Dia akur.Kalau tidak mesyuarat berpanjangan sedangkan hari ini hari Jumaat. Mereka semua sudah bersedia untuk bermesyuarat.
PENA KASIH: Semoga tahun 2014 lebih cemerlang lagi.

ULU BENDUL, PORT DICKSON DAN MELAKA

Pena Kasih berbicara setelah beberapa hari menghilang diri.....
Aku dikejutkan oleh che Abe memaklumkan pada hari ini,kami akan bergerak ke Port Dickson dan Melaka.Tiada persiapan pun sebenarnya.Main terjah.Kejutan subuh untuk bersolat, aku maklumkan kepada anak-anak tentang perancangan ayahnya.Mereka terlalu 'excited' untuk pergi.Maklumlah kami ni sentiasa sibuk dan menyibukkan diri.Kami mula bergerak dari rumah jam 8.00 pagi.Alhamdulillah,kami sampai ke detinasi pertama di Ulu Bendul,Kuala Pilah.Tempatnya menarik sekali.
Anak-anakku.....
Tempat yang menarik dan nyaman ini memberikan sedikit keselesaan buat diriku.Hilang stres aku dok mengadap kerja yang tidak habis-habis.Peluang untuk aku bersama dengan anak-anak membuatkan hatiku begitu tenang.Untuk hubby,perancangan seterusnya.....
Gelagat anak-anaku bersama anak saudara....
My hubby juga tidak mengecewakan anak-anaknya......mereka menaiki kereta kuda dengan bayaran RM5.OO perhead....
Santai keluarga....my beloved family.
Kami bergerak pula ke PD..tapi anak-anakku kurang berminat untuk ke pantai.
Malacca time...
Sempat lagi kami bergambar sebelum senja menjelma..
Selamat tinggal Melaka...InsyaAllah kami akan ke sana nanti. PENA KASIH: Gembira melihat wajah anak-anak ceria kerana dapat bersantai bersama mereka.

Friday, December 20, 2013

BICARA PENA KASIH

Pena Kasih akan terus menulis walaupun sesingkat sahaja yang ingin ditulis.Sekadar untuk dijadikan kenangan buat keluargaku.Menitip kisah perjalanan kehidupan yang tua dan yang muda.Biarpun ada kalanya masa begitu mencemburui kehidupan tetapi masih ada ruang juga yang perlu dicari untuk menitip kisah perjalanan kehidupan. Biarpun sibuk dengan kerja-kerja rutinku, tapi aku akan cuba mencari sedikit ruang untuk aku bersantai dengan dunia penulisanku.Mssih banyak lagi yang perlu kucatatkan agar dijadikan memori buat diriku.
Masih terus untuk berposing.....sudah semestinya.
Inilah tugas che Abe dan aku....sentiasa menantikan panggilan telefon untuk memaklumkan keadaan atok dan juga tindakan yang perlu aku dan che Abe buat ..menghantarnya kembali ke rumah Pak Andak Dollah katanya.Tersenyum dan ketawa kecil apabila menyebut hendak menghantarnya ke rumah Pak Andak Dollah.Kadang-kadang dia sendiri terlupa siapa dirinya sebenar.Apa-apa pun, che Abe dan aku selalu berbual dan berbicara dengannya.Adakalanya pertuturannya menggelikan hati kami.Gelagatnya menyebabkan kami ketawa.Kadang-kadang dia menceritakan perjalanan kehidupannya dulu-dulu.Daya ingatannya masih kuat lagi walaupun fizikalnya lemah dan tidak sekuat dahulu. Malam ini, aku menghantarnya setelah dia berhasrat untuk kembali ke rumahnya yang telah ditinggalkan hampir seminggu.Sepanjang perjalanan,dia begitu happy sekali.Tidak sabar untuk kembali ke terataknya.
Beginilah keadaannya....terlalu gembira dan tidak berhenti bercakap.Kali ini, dia ingin ke Pahang kerana di sana dikatakan di situ banyak ikan dan tidak seperti di sini yang agak sukar untuk mencari ikan kembung katanya. PENA KASIH: Gembira melihat dirinya sentiasa ceria.

KULAI -MELAKA

Once aku terima surat tentang kursus kepimpinan Pro Guru Besar,aku sudah terbayang yang aku perlu hadir menggantikan guru besar aku yang kini berada di luar negara.Namun, sebelum aku pergi, aku perlu menelefon orang-orang tertentu untuk mendapatkan keputusan sama ada aku perlu hadir atau tidak.Ternyata keputusannya memerlukan aku hadir untuk menerima maklumat sebelum sekolah bermula pada 1 Januari 2014. Aku perlu menyiapkan pelbagai dokumen dari unit Kurikulum, Hem dan KK dan alhamdullilah aku berjaya menyiapkan seperti yang dikehendaki hasil daripada kerjasama semua guru yang berkenaan.
Last minute,terima satu surat memerlukan aku bergerak ke Kulai untuk menghadiri taklimat awal persekolahan daripada pengarah pelajaran.Kali ini, aku pergi menaiki bas yang disediakan.Hajat dihati aku hendak ke Melaka bersama-sama suamiku dan anak-anak tetapi disebabkan aku perlu ke Kulai, aku pendamkan impian itu. Selesai mendengar taklimat, kami bergerak ke Melaka.Kami bermalam di Kings Hotel Melaka dan di situlah tempat kursus kami.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Bengkel perbincangan mengenai pelbagai isu yang dihadapi di sekolah.
Mendengar taklimat daripada tuan Pegawai Pelajaran Daerah.Banyak info yang diperolehi agar dijadikan panduan dalam memimpin sekolah. Untuk menjadi seorang pemimpin yang disenangi oleh semua orang bukannya senang tapi yang penting melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan itu lebih penting.Walaupun kita tidak dihargai di mata manusia tapi biarlah yang penting kita perlu berintegriti dalam menjalankan tugas. PENA KASIH" Biarlah menjadi belakang tabir sahaja.......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails