Sunday, March 4, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TABIKA KEMAS

Cikgu Lili guru tadika kemas di kampung ini dan terima kasih kerana mempelawa kumpulan Yassin untuk memeriahkan lagi majlis sambutan maulidur rasul

Emak bersama-sama dengan tok Yam ...teraju utama kumpulan Yassin kampung ini.

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan perarakan kompang yang ditubuhkan semula setelah berpuluh tahun terberhenti.

Sempat melambai adiknya yang sedang memcuci motosikal.....


Along dan Dila dalam perjalanan ke Tabika Kemas untuk bersama-sama meraikan sambutan maulidur Rasul .Turut diadakan di majlis tersebut ialah mesyuarat Agong Tabika dan juga bacaan Yassin daripada perkumpulan Yassin kampung ini.


PENA KASIH

Tetap meluangkan masa untuk bersama masyarakat dalam apa jua program yang dijalankan.Kurang berkata-kata itu lebih baik .....

Friday, March 2, 2012

TIGA DALAM SATU...










Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancang untuk 3.3.2012.Semuanya berjalan dengan lancar sekali.Bersama Unit Hem..mereka mengadakan aktiviti gotong-royong mencegah pembiakan aedes di kawasan sekolah.

Sekolah kami yang sentiasa bersih dan dijaga oleh beberapa orang pekerja swasta yang begitu komited kepada kerja yang diberikan.Sekali sahaja diberikan mandat untuk melaksanakan,mereka terus melakukan kerja-kerja tersebut.Hari ini, kami membantu mereka membersihkan kawasan-kawasan yang sememangnya sudah bersih.Allah itu Maha Pendengar,Maha mengasihani...kehadiran mereka ke sekolah kami sememangnya dinantikan dan my bos always said that Tuhan itu sentiasa tahu akan kekurangan sekolah kita.Kehadiran mereka adalah sesuatu yang dinanti-nantikan....Syukur teramat sangat.

Pagi ini, juga kami berkumpul dan membacakan doa khas untuk Cikgu Ali yang akan menjalani pembedahan pada hari Isnin ini ..pembedahan tiroid.Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Amirul Asraf.Kami mendoakan kesejahteraan cikgu Ali dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas itu, lebih kurang pukul 9.00 pagi semua murid berkumpul di padang sekolah untuk mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul.Alhamdulillah, cuaca yang redup dengan laungan bacaan selawat diketuai oleh Ustaz Amirul.Bos saya juga tidak ketinggalan untu turut serta dalam perakan tersebut.Sebenarnya bos saya tertarik dengan bacaan selawat tersebut...walaupun mungkin dia tidak memahami maknanya tapi dia suka mendengarnya.Malah selalu dia meminta AJK Pendidikan Agama Islam membuat program atau memperdengarkan nasyid sewaktu rehat atau sebagainya.

Penceramah yang telah kami undang untuk majlis ini ialah Ustaz Rahim Kasdi merupakan ustaz dari Felda Kemelah dan banyak input yang didapati dalam ceramahnya.
Ucapan terima kasih kepada semua AJK Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Gotong-royong yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali pada hari ini.

PENA KASIH

Tanggungjawab semua pihak.....

Wednesday, February 29, 2012

PEMIMPIN.....

Tidak semua orang suka akan kepimpinan seseorang.Adakalanya mereka rasakan mereka mampu untuk memimpin dan meminta pemimpin mengundur diri dan memberikan laluan kepada individu lain yang dirasakan berketrampilan dan layak untuk jadi pemimpin.

Lumrah pemimpin selalu dicaci....silap sedikit gah untuk mencari kesalahan orang itu.Tapi kita perlu ingat kita pernah menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi dan pernah memimpin anak buah tapi sejauh manakah hala tuju kita .Sekadar untuk menjadi pemerhati dan kemudian mencaci cela pemimpin itu dan ini.....
Malah pernah diminta mengundur diri untuk memberikan laluan kepada orang lain untuk memimpin seolah-olah dirasakan pemimpin lama gagal untuk membawa perubahan.Tidak semua orang mampu untuk mengikuti perubahan yang dilakukan secara drastik....orang lama pengalamannya lebih luas dan ada kalanya cara pertuturan kita juga boleh menyebabkan orang-orang tua tidak suka.Penampilan diri dan tingkah laku terutama cara kita berhadapan dengan orang belum tentu orang suka.Kadang-kadang idea kita bukan boleh diterima seratus peratus kerana disebalik cerdiknya kita adakalanya akan ada juga yang silapnya.Manusia tidak semuanya sempurna.....

Kadang-kadang kita rasakan kitalah orang yang pandai berbicara,pandai berhujah itu dan ini..tapi di belakang kita....orang mencaci dan mencela kita tidak tahu.Orang mengangguk setiap kali idea dilontarkan tapi tidak semua idea kita boleh diterima....
Kalau kita rasa kita mampu menjadi pemimpin tampil ke hadapan dan jadilah pemimpin yang berwibawa dan bukannya hanya pemimpin yang pandai berkata-kata,lembut berbicara dan hanya jadi pemerhati sahaja.Berbicara di belakang tabir mengata itu dan ini, tapi sebaik-baiknya kita renung diri kita....pemimpin yang disukai adalah pemimpin yang kurang bercakap tapi lebih bertindak....janganlah menjadi pemimpin yang gah itu dan ini tapi gagal untuk menyenangi hati orang ramai.

Kita sibuk membicarakan kepimpinan orang lain, tapi kepimpinan kita kepada keluarga banyak yang perlu diperbetulkan.Kita rasakan kita mampu untuk membawa perubahan dan cuba untuk menyingkir kepimpinan orang lama secara halus...tapi kita perlu perbetulkan niat kita sebenarnya.InsyaAllah kalau niat kita baik...perjalanan hidup kita akan baik juga...jika tersilap niat kita...semua yang dibuat tidak menjadi.Wallahualam...

PENA KASIH:

Suka melihat kelompok yang bersatu padu dan bukannya kelompok yang bermuka-muka.Dalam senyuman itu ada yang tersirat...dalam berbicara itu ada sindirannya....
Tidak semua di sekeliling kita menyokong kita...

JANGAN DISALAH ERTIKAN......

Macam hendak buat cerpen pula....kadang-kadang itulah realitinya.Pengalaman kehidupan di sekeliling kita seolah-olah memberi ruang untuk kita menulis.Banyak sebenarnya yang ingin disampaikan untuk dijadikan panduan kehidupan kita.Sememangnya hidup ini begitu indah sekali tapi ada kalanya diri kita sendiri yang membuatkan kehidupan itu menjadi tidak seindah yang diharapkan.

Mungkin keakraban yang diniatkan secara tulus dari keikhlasan hati disalah ertikan sehingga sedikit sebanyak membuatkan hati kita tertanya-tanya.Benarlah....tidak semua yang kita inginkan akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan hati.Sememangnya begitu sukar sebenarnya untuk seseorang itu mengerti akan niat kita sebenarnya.Terlalu cepat membuat kesimpulan yang kadang-kadang tidak masuk akal........

Namun,jauh disudut hati hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan kelemahan kita sebagai insan yang tidak sempurna.KepadaNyalah tempat kita mengadu,mencari kebenaran disebalik itu...

Hanya kekuatan hati dan semangat sahaja yang mampu menangkis segala -galanya....


PENA KASIH:

Sesuatu yang benar itu sering disalah ertikan.......

Saturday, February 25, 2012

RINDU SEORANG IBU



Terasa sunyi dan rindu kerana tidak dapat menghubungi anak perempuan.Walaupun baru dua hari tidak bercakap dan chating terasa juga kerinduan.Itulah naluri seorang ibu terhadap anak.
Jumaat pagi dapat saya bercakap dan menghubunginya sebelum dia bertolak ke Pulau Tuba (Langkawi) untuk menjalani BIG yang merupakan satu program khusus untuk guru pelatih yang sedang belajar di IPG.Bina Insan Guru merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah tinggi.

Pelbagai nasihat diberikan kepadanya.Sebagai ibu sudah tentu kebimbangan tetap ada di hati ini.Apatah lagi beliau diamanahkan sebagai timbalan komandan.Sudah tentu amanah yang begitu berat dipikulnya untuk menjayakan program ini bagi groupnya.Namun, sokongan yang padu daripada rakan-rakan yang memahami akan tugasnya akan dapat merealisasikan hasratnya menjadikan 'groupnya' terbaik di kalangan yang terbaik.InsyaAllah, beliau boleh melakukannya amanah tersebut kerana dengan pengalaman yang pernah dilalui sewaktu di tingkatan 4 dan 5 sedikit sebanyak dapat membantunya melicinkan perjalanan program tersebut.

Sering kali saya bertanyakan kepadanya persiapan yang telah dan akan dibuat.Dia sememangnya lebih banyak berkongsi dengan saya bagi memastikan program yang telah dipikulkan kepadanya bersama-sama dengan AJK tertinggi dapat berjalan dengan lancar.Disamping bantuan daripada 'lecturer' yang menguruskan program tersebut.Terus-terang saya katakan kepadanya....jika tidak tahu, bertanya dan jangan berlagak pandai.Tidak mahu disalah-ertikan dan perlu bersikap profesional dalam apa jua tindakan.Pastikan semua AJK kecil yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Kadang-kadang disebabkan sudah terbiasa waktu pagi bertanya khabar,saya mendail nombornya untuk bertanya khabar..hp telah disimpan dan tidak dibenarkan diguna sepanjang berada di sana.Pastinya dia mempunyai hati yang cekal walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran di perantauan.Hanya iringan doa sahaja dan kata-kata nasihat dari kejauhan sentiasa bersamanya.

PENA KASIH:

Semoga anak mama tabah menjalani BIG ...

Wednesday, February 22, 2012

PELANCARAN MINGGU DADAH





Dalam kesibukan menyiapkan folio untuk pencalonan sekolah kluster, sempat lagi kami mengadakan Pelancaran Minggu Dadah pada hari ini.Terima kasih kepada unit HEM yang dapat melaksanakan program pelancaran pada hari ini.

Banyak sebenarnya aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu dadah ini yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan bahayanya dadah dan perlu dijauhi.Pelancaran yang dilaksanakan oleh guru besar pada hari ini agak meriah dan diselitkan dengan aktiviti nyanyian, membaca sajak dan juga pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1.

Dalam kesibukan itu juga, saya terpaksa membahagikan masa antara mengajar dan menyiapkan folio Sekolah Kluster yang perlu dihantar dalam masa terdekat ini.Kadang-kadang tertekan juga dengan keadaan kerja pada hari ini.Namun, saya bahagikan masa antara itu semua dengan balik agak lewat bagi memastikan ianya dapat dilengkapkan.Terima kasih kepada semua guru yang menyahut cabaran tugas masa kini.Begitu juga kepada cikgu Supian yang banyak membantu menyiapkan folio ini.

Namun ,ucapan terima kasih juga saya ingin rakamkan kepada hubby yang banyak memberikan sokongan dan juga memahami tugas isterinya yang sejak akhir-akhir ini.Balik lambat dan apabila melihatkan diri saya kepenatan , perkataan yang dinanti-nantikan...tak perlu masak hari ini.Namun, saya tidak mengambil kesempatan sebaliknya saya lebih banyak memasak untuk hubby dan anak walaupun agak lewat mereka menantikan masakan saya.
Hampir sebulan saya banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga jam 6.00 petang.Kadang-kadang tiada kesempatan untuk bersembang dengan emak dan ayah.
Kalau baru-baru ini, kami didatangi nazir untuk membuat penilaian bagi pencalonan new deal dan kali ini kami sibuk pula menyiapkan folio.Tahun ini tahun sibuk warga SKCC tapi apa yang saya nampak guru-guru memberikan komitmen yang baik dan masing-masing tahu menjalankan tugas masing-masing tanpa perlu banyak arahan.

PENA KASIH:
Kerja yang tiada habisnya.......Alhamdulilah.

Monday, February 20, 2012

CABARAN


Cabaran hidup jauh daripada keluarga bukanlah sesuatu yang mudah.Masih teringat sewaktu melangkah pergi untuk menuntut ilmu dengan niat untuk mengubah kehidupan keluarga,mempengaruhi emosi dan perasaan kita.Sedih, gembira, takut dan berbelah bagi bermain-main di fikiran ini.

Kini, anak perempuan saya juga mengalami perkara yang sama.Setelah berjuang selama satu setengah tahun sebagai persediaan untuk meneruskan perjuangannya selama empat tahun menuntut pengorbanan dan ketabahan hatinya.Hanya kekuatan dan kecekalan hatinya sahaja yang dapat menangkis segala dugaan dan cabaran.Namun ,saya percaya dengan hanya niat yang ditanamkan untuk menunaikan cita-citanya menjadikan dia lebih matang dalam bertindak dan berfikir.

Banyak yang dikongsikan kepada saya.Namun, pastinya tidak semua kawan itu boleh menjadi sahabat kita sebenarnya.Ada kalanya dia menikam kita dari belakang hanya kerana ketidak puasan hati.Malah, dengan pengakuan secara jujur mengakui rasa cemburu kepada anak saya mengurai segala-galanya.Kini,anak saya masih terus dengan caranya dan lebih berhati-hati dalam berkawan.Malah kini dia lebih suka berkawan dengan non-muslim yang lebih menfokuskan kepada pelajaran daripada yang remeh-temeh.

Sebagai ibu, sudah tentu hanya kata-kata perangsang dan motivasi serta nasihat sahaja yang dapat membantunya.Malah , kini saya lihat dia lebih matang dalam bertindak dan semuanya dilakukan adalah secara profesional dan tidak mahu terus berada dalam kelompok pemikiran kebelakang.Dia tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya ingin terus maju ke depan.Dia hanya mahu menjadikan menoleh ke belakang sebagai satu titik membangkitkan semangat untuk terus berjaya.

PENA KASIH:

Tidak sesekali mematahkan semangatnya hanya kerana perkara yang remeh-temeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails