Dua buah kotak yang mengandungi baja dan benih sayur-sayuran telah diberikan oleh ayah kepada saya untuk bercucuk tanam di belakang rumah.Musim hujan ini amat sesuai untuk bercucuk tanam.Minta suami tolong semaikan di belakang rumah yang sememangnya mempunyai ruang untuk ditanam.
Entah benih apa tidak diketahui lagi.Batas-batas telah disediakan dan hanya untuk disemaikan sahaja.Alhamdulillah, setakat ini banyak jenis sayur-sayuran yang telah saya tanam dan dapat diagihkan kepada jiran dan rakan-rakan.Tidak rugi berbudi kepada tanah.
Pokok pisang juga ada ditanam.Cuti sekolah yang hampir tiba ini memberi sedikit ruang masa untuk kami bercucuk tanam.
Tanah yang diusahakan oleh Kak Milah juga telah mengeluarkan hasil.Setiap petang saya akan ke kebun tersebut untuk melihat kak Milah menebang pokok-pokok pisang untuk mengambil hasilnya.Seronok tengok kak Milah menebang pokok-pokok tersebut dengan wajah yang ceria.
Pena Kasih:Pelbagai jenis ulam ada ditanam.Awet muda.

No comments:
Post a Comment