Tuesday, November 3, 2009

REHAT SEBENTAR


Laungan nama Haziq kedengaran setiap petang.Mengajaknya bermain bola.Bertalu-talu namanya dipanggil tapi Haziq tidak keluar.Mematikan diri sahaja.Saya hanya memerhatikan sahaja tanpa banyak bicara.Membiarkan Haziq bersama-sama dengan timbunan buku.Entah baca atau tidak saya tidak pasti.Pelbagai aksi yang ditunjukkan sewaktu membaca.Sekejap duduk,sekejap meniarap dan sekejap telentang.Yang pastinya kamus tetap bersamanya.

Akhirnya,kawan-kawannya pulang dengan perasaan hampa.Haziq telah berjanji dengan kami sepanjang minggu peperiksaan,dia tidak mahu bermain bola.Takut letih dan tidak dapat membaca buku.Saya dengar sahaja apa yang diperkatakan.Haziq berkata dia hendak berehat sebentar daripada bermain.Dia meminta ayahnya membawa bola ke tempat kerja atau diletakkan di dalam kereta.Dia tidak mahu melihat bola ada di rumah kerana tidak tahan diuji keimanannya untuk bermain bersama-sama dengan kawannya.Kami ketawa dengan lawak Haziq yang takut imannya diuji.Bukan apa, saya lihat di lututnya luka kesan terjatuh akibat bermain bola.Dia cuba untuk menyorok daripada saya kerana luka yang dialaminya.Saya masih tidak bertanya.Saya membiarkan dia bersama-sama dengan ayahnya membersihkan lukanya itu.

Haziq memang jarang untuk memberitahu saya sekiranya dia mendapat kecederaan.Ayahnyalah tempat dia mengadu.Anak ayah katakan.
Kalau musim peperiksaan tiba, kami turut diminta membaca.Dia tidak mahu kami bersantai dengan televisyen sebaliknya meminta kami membaca apa sahaja buku bersama-sama dengannya.Kami terpaksa akur dengan kehendaknya.

Pena Kasih:Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails