Monday, February 28, 2011

BOSANNYA...............

Sebenarnya dari pagi tadi saya 'on' kan komputer bagi memudahkan saya menyiapkan kerja-kerja pentadbiran khususnya bahagian SKPM.Memang sukar untuk ke program ini kerana mungkin mereka menghadapi masalah untuk masuk kerana talian terlalu sibuk.

Semua maklumat telah saya masukkan terlebih awal tapi masalahnya ialah untuk mencetakkan bahan tersebut.Maklumlah buat di rumah,my printer pula ada masalah sedikit.Emmm......sedikit
sebanyak terganggu juga kerja-kerja saya.Saya perlu bereskan kerja tersebut untuk saya meneruskan kerja-kerja yang lain.

Dalam keletihan yang amat sangat, saya cuba online dari rumah.............memang membosankan sehingga ke petang dan tertidur di depan komputer semata-mata untuk memastikan kerja-kerja saya beres walaupun sebenarnya bukan tugas terakhir saya.Kadang-kadang keluhan hanya hubby sahaja yang tahu.Realitinya kita kena tahu batasan tugasan kita agar tidak dipersoalkan kreadibiliti kita.Kalau orang lain tidur dengan lena tapi saya tidak seperti itu kalau itu menjadi tanggungjawab saya.Keresahan hati dan rasa bersalah akan timbul kerana tidak menyiapkan tugasan seperti yang diamanahkan begitu juga apabila saya berhadapan dengan anak-anak murid yang mengambil sikap sambil lewa dengan tugasan yang diberikan.Hendak tidak hendak, saya terpaksa mengambil sikap menyelidiki kenapa mereka tidak bersungguh-sungguh menyiapkan kerja.Rata-rata mengambil sikap mudah.Alasannya begitu mudah sekali,Tertinggal buku...............hendak buat apa kalau mereka mengambil sikap seperti itu.

Walaupun dalam kesibukan antara tugas hakiki dan pentadbiran,insyaAllah, saya tidak mengabaikan anak murid saya.Menanda buku tanpa menangguh-nangguhkan kerja saya.

Saya akan rasa tenang sekiranya saya dapat menyiapkan kerja-kerja hingga lewat malam semata-mata untuk memastikan di bahagian saya, saya tidak mahu sebarang kelewatan di hantar kepada pihak-pihak tertentu.

PENA KASIH: Kerja bertangguh tidak akan menjadi.............

Sunday, February 27, 2011

DIBERI KEKUATAN

Sudah berapa minggu,saya tidak rehat langsung.Jadual begitu padat dan penuh sehinggalah minggu hadapan.Emmm.............penat rasanya malah adakalanya rasa hendak demam pun ada.Tapi saya selalu kuatkan diri dan berkata-kata dalam hati........'aku boleh buat',aku boleh buat.Kata-kata itulah yang sering membangkitkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan saya .


Semalam menghadiri kuliah.........penyelidikan pula.Emmmm............mengeluh juga kerana keletihan otak ini untuk memikirkan apa yang diperkatakan.Soal soalan tu memanglah tidak dinafikan sentiasa kena bersedia.Sebelum kuliah, sekurang-kurangnya saya bersedia jugalah dengan pembacaan saya.Almaklumkah ada istilah yang perlu saya ketahui untuk memudahkan saya memahaminya.Tapi yang membuatkan kami rasa kurang selesa ialah, diberi tempoh yang singkat untuk mencari tajuk dan kemudian diminta membentangkan tajuk kajian.Emmmm..............sukarnya dan saya dikirakan bertuah kerana husband membantu saya mencari bahan untuk dibentangkan dan memahamkan saya dan apa yang perlu saya nyata dan terangkan.Kadang-kadang rasa macam 'give-up' juga bila keadaan tertekan.Namun, husband tetap memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan dan bersedia untuk membantu.Bukan apa, begitu rasa beratnya kini dengan tanggungjawab di bahagian pentadbiran dan dalam masa yang sama saya perlu menumpukan secara serius bidang ini terutama penyelidikan.Walaupun hanya 4 kredit tapi cara penerangannya membuatkan kami rasa agak berat.Dua assignment penyelidikan perlu disiapkan,satu bahagian kualitatif dan bahagian kuantitatif.Masing-masing mengeluh juga.

Hari ini apabila pembentangan dibuat, barulah kami dapat melihat kelemahan masing-masing.Maklumlah dalam masa tidak sampai satu hari dan pertemuan pertama pula dah diminta mencari tajuk dan membuat sedikit 'framework' untuk memastikan sama ada kami memahaminya atau tidak.Rata-rata masih kabur.Banyak yang perlu diperbetulkan.Di kepala saya sebenarnya macam-macam yang hendak difikirkan.Pembentangan di peringkat PPD untuk akujanji juga perlu diselesaikan dan entah bila akan dipanggil.Tapi itu semua telah saya selesaikan lebih awal lagi.

PENA KASIH: Semoga saya diberikan kekuatan dari segi fizikal dan mental..............tersenyum husband tengok saya dah hendak demam buat satu kajian mudah.....

Friday, February 25, 2011

MENGADU

Sesuatu perbuatan yang paling saya tidak suka ialah suka mengadu itu dan ini semata-mata untuk mendapatkan simpati.Mungkin dikatakan saya seorang yang tegas tapi itulah realitinya saya.Perkara yang remeh hendak diremeh-remehkan kerana merasakan apa yang kita lakukan itu salah dan tidak sepatutnya berbuat seperti itu.

Malah adakalanya blog yang saya tulis pun boleh dijadikan bahan untuk menyampaikan itu dan ini.Seperti yang saya katakan blog saya, saya bebas untuk menulis dan tidak ada kena mengena dengan sesiapapun sebaliknya mungkin cerita yang saya sampaikan itu ada kaitan dengan kehidupan kita.Tapi sebenarnya saya tidak bertujuan untuk mengeruhkan suasana.Hanya yang menerima mempunyai andaian tersendiri.

Kalau waktu mengajar pun jika murid-murid mengadu yang remeh -temeh seperti kawan mengambil pemadam,mengambil buku, saya just tengok sahaja dan mereka mengerti.Saya hanya melayan kalau mereka bertanyakan soalan berkaitan dengan pembelajaran mereka.Terus terang saya katakan ,saya memang tidak suka aduan yang bukan-bukan.Kalau soal tiada wang untuk makan saya akan utamakan daripada perkara-perkara lain.

Pengadu yang suka hendakkan simpati,tidak perlulah hendak meraih itu dan ini.Renung-renungkanlah diri sendiri kerana tiada manusia yang sempurna sebaliknya kita tanya pada diri sendiri apa yang telah kita buat.Cukup sekali apabila kita mengambil berat lain pula jadinya.......sehingga kini saya tetap ingat dan lebih berhati-hati dengan manusia seperti itu.
Sekarang,kami lebih mengambil sikap tidak ingin mengambil tahu dan biarlah mereka mencari jalan penyelesaiannya sendiri.

PENA KASIH:Sukar untuk mencari jalan penyelesaian..............

Thursday, February 24, 2011

STATIK




Hari ini sememangnya mencabar bagi diri saya khususnya bahagian akademik kerana terpaksa mengawal keadaan sekolah.Ketiadaan guru kerana berkursus dan penglibatan guru dalam pertandingan bola baling pada hari ini menyebabkan hanya tiga orang sahaja yang ada untuk mengawal kelas .Sesuatu yang sukar tapi mencari insiatif bagi memastikan walaupun ketiadaan guru ,p n p tetap dijalankan seperti biasa.Kita hanya merancang tapi segalanya telah ditentukan.

Penglibatan guru seramai 9 orang di padang kerana menguruskan pertandingan bola baling peringkat MSSK Selatan menyebabkan 3 orang guru menjaga 6 kelas.Saya agih-agihkan guru yang seramai 3 orang itu dan mereka terpaksa statik berada dalam kelas dan meninjau kerja-kerja yang dibuat oleh anak didik.Saya tidak terkecuali juga menjaga dua buah kelas iaitu tahun 4 dan 5 digabungkan sekali dan akhirnya saya memilih program PAK untuk mereka.Sekurang-kurangnya mereka membuat kerja yang diberikan dan kedua-dua tahun ini diletakkan berhampiran pejabat kerana dalam masa yang sama saya menguruskan kerja-kerja pentadbiran.Terkejar ke sana dan ke sini antara tanggungjawab terhadap murid dan juga kerja pentadbiran.

Namun begitu, saya memberikan pendedahan kepada murid-murid ini akan pertandingan bola baling.Mereka begitu teruja dan seronok melihat perlawanan tersebut dan memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding.Selama 1 jam bersama mereka di padang.

Dalam masa yang sama juga saya terpaksa menguruskan bahagian hadiah pula.ooooo...agak memenatkan.Akhirnya baru terasa keletihan yang teramat sangat apatah lagi melayan karenah anak murid yang pelbagai ragam.

Kali ini ,pelajar sekolah saya tidak mempunyai rezeki untuk mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tersebut.Walaupun banyak peluang tapi rezeki mereka tiada.Mereka menerima keputusan itu dengan semangat kesukanan

PENA KASIH: Dulu rajin berlatih bersama-sama anak didik .......






Wednesday, February 23, 2011

DUA JAM

Limit masa yang ditetapkan untuk mesyuarat guru pada hari ini adalah selama dua jam dan alhamdulillah ianya tercapai.Guru Besar mempengerusikan mesyuarat dan semua yang ingin dibincangkan telah saya sediakan.............setiausaha sulit....guru besar pun ada setiausaha sulit.Walaubagaimanapun , yang penting semua maklumat telah saya catatkan untuk tindakan guru.

Sempat juga saya mengambil sedikit ruang untuk memaklumkan kepada semua guru apa yang perlu dibuat dan diharap dapat melaksanakan semuanya seperti yang telah dicatatkan dalam kertas tindakan untuk guru.Mesyuarat menjadi ringkas dan tidak perlu bercerita melalut sehingga tidak mencapai maksud yang hendak disampaikan.

Semua fail juga akan dipantau oleh guru besar dan saya mengikut giliran yang akan saya nyatakan tarikhnya.Memang tidak cukup masa tetapi setelah saya membaca buku berkaitan pengurusan masa, sememangnya masa itu telah ditetapkan dan hanya kitalah yang sepatutnya mengaturkan segala-galanya.Masa tidak boleh dicuri, dijual beli dan pelbagai lagi yang apabila bila direnung kembali ianya begitu bermakna jika diisikan dengan pengisian yang betul.Masa juga tidak akan kembali ke asal sebaliknya akan berterusan meninggalkan hari semalam, bermulanya hari esok dengan segala perkara baru.Justeru, saya telah memilih tajuk "pengurusan masa ' untuk short-talk saya nanti.

Tempoh masa dua jam itulah pelbagai perkara disentuh bagi memastikan semuanya dapat berjalan dengan lancar.Baik dari segi kurikulum , hem dan kokurikulum.Tapi pada hari ini, aspek akademik lebih diberikan penekanan.Banyak sedikit saya berceloteh hari ini.Saya terus kepada 'point' dan tidak berbalik-balik ceritanya.Semuanya pantas.........

Akhirnya,saya sampai di rumah lebih kurang pukul 6.00 petang, terus bersolat dan memasak.Husband dan anak lelaki menolong saya memasak dan ini menyebabkan kerja-kerja saya cepat.Sayang kalian.............

PENA KASIH:Letih tapi puas hati........

Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT DATANG KE SKCC

Semalam,kami menerima seorang guru J-Qaf yang masih lagi dalam latihan.Namun, bersyukur kerana sekurang-kurangnya anak-anak murid sekolah ini dapat belajar bahasa Arab.Di peringkat awal, sekolah kami telah terpilih menjadi rintis dahulu dan selama sebulan , seorang ustaz telah datang ke sekolah kami.Kemudian , terhenti seketika sehinggalah semalam, kehadiran guru J-Qaf memberi peluang kepada murid-murid ini untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.


Ustazah Hanis yang baru kembali dari Mesir dan kini dalam proses belajar untuk menjadi seorang guru.Dengan harapan, agar sedikit sebanyak pengalaman yang diperolehi dapat membantu anak-anak didik sekolah ini.Selamat datang Ustazah ke sekolah kami.

PENA KASIH : Belajar bahasa Arab.........

Monday, February 21, 2011

PUTERI KATAK

Emmm......mama,kita nak kongsi cerita dengan mama hari ini.Cerita apa?Mungkin menarik dan mungkin tidak menarik.Itulah perbualan anak lelaki saya pada pagi ini.Ok....ceritakan apa yang menariknya.

Mama, pagi tadi kita terjaga lebih kurang jam 3.oo pagi.Sebabnya kita terasa seperti ada sesuatu yang sedang bermain-main di tepi selimut .Kemudian kita raba-raba dan terasa sejuknya.Lalu ditekannya suis lampu dan didapatinya seekor kata sedang melompat-lompat.Kami tidak tahan mendengar cerita yang disampai sambil ketawa.....................Oh itu puteri katak.Kan dulu adik suka tengok Putera Katak, so sekarang puteri Katak telah menjelma.

Sambil menggoyangkan tubuhnya kerana kegelian dan kini dia lebih berhati-hati dan terfikir-fikir macamana katak itu boleh naik ke atas katilnya..............masih menjadi persoalan kepada dirinya....

PENA KASIH : Geli dengan katak......

Sunday, February 20, 2011

SEMAKIN SIBUK

Rindu untuk mencatat beberapa perkara dalam blog begitu teruja hari ini.Setiap kali blog dibuka, hati ini ingin menulis tapi kesibukkan membatasi segala-galanya.Ditutup kembali blog dan menumpukan kerja-kerja hakiki...........ya..itu lebih utama.

Banyak perkara yang perlu dibereskan ...........antara komitmen dengan pengajaran saya dan tugas -tugas pentadbiran yang memerlukan saya menghabiskan masa di situ.Apatah lagi selepas dilanda banjir banyak yang perlu diberi perhatian.Surat itu dan ini semuanya terletak di bahu saya.Masalah itu dan ini, perlu diberikan perhatian dan tindakan yang sebaiknya.

Percayalah, sememangnya saya tidak punya ruang untuk berehat buat seketika di sekolah.Ada sahaja yang perlu dilakukan....Begitu juga dengan guru-guru yang begitu sibuk menyiapkan kembali fail-fail yang ada terlibat dengan banjir.Itu semua memerlukan perhatian kerana di pihak atasan mereka tetap melakukan pemantauan.

Namun, alhamdulillah sebanyak manapun kerja,kalau dilakukan secara beransur-ansur akan beres juga.Tapi 'date-line' perlu dinyatakan agar kita tidak tersasar daripada tarikh yang sebenarnya.

Balik sahaja rumah, saya tetap menyediakan ruang untuk menyiapkan kerja sekolah dan selebihnya saya akan mengisi masa untuk pembelajaran sarjana saya.Banyak yang perlu dibuat untuk presentation dan juga kerja-kerja kursus yang perlu dihantar.'Short-talk' saya juga perlu disediakan.Wow....tajuk telah dicari dan kini saya perlu melihat secara halus lagi bahasa-bahasa yang perlu diselitkan agar ia menarik didengar.Nasib baiklah husband hendak menolong saya menyelitkan beberapa perkataan yang menarik berkaitan dengan tajuk pilihan saya.Semoga Allah permudah dan melancarkan kata-kata saya apabila berhadapan dengan rakan-rakan nanti.Emmm........................bukan senang sebenarnya.

PENA KASIH : Tetap bersemangat



Friday, February 18, 2011

SEPI SEKETIKA

Menyepi daripada menulis di blog ...bukan keputusan idgea tapi kesibukan dan keletihan.Semalam menghadiri bengkel pemantapan kurikulum bagi guru-guru penolong kanan kurikulum.Emmm...bila dah dengan bengkel dan slot-slot ceramah sudah tentu meletihkan....
Apataknya saya bukanlah orang yang boleh duduk diam dan mendengar sahaja.Saya lebih suka bergerak dan melakukan kerja daripada duduk dan mendengar sahaja.

Namun yang pastinya kali ini saya tertarik dengan slot yang ketiga...Plan-J.Dengan cara penyampaian yang mudah membolehkan saya memahami bagaimana hendak memberikan pendedahan kepada rakan-rakan setugas saya berkaitan dengan Plan-J.Plan-J bermaksud Piawaian latihan akademik negeri Johor.Hanya negeri Johor sahaja yang melaksanakan plan-J tersebut.Meletakkan jumlah latihan yang diberikan kepada semua murid mengikut aras yang telah ditetapkan .Perancangan yang tersusun rapi untuk memudahkan guru memberikan latihan kepada murid mengikut tajuk-tajuk HSP.....mudah tapi adakah ianya membebankan?Kalau dilihat daripada yang dinyatakan ia merupakan 'guide-line'guru untuk memberikan latihan kepada murid setiap hari.

Bagi memudahkan semua guru,pihak jabatan telah membekalkan cd kepada setiap sekolah untuk memudahkan guru mencetak dan mengisi sahaja jumlah latihan yang diberikan berdasarkan apa yang telah ditetapkan di peringkat jabatan.Walaupun pada peringkat awal mungkin mengelirukan tapi lama-kelamaan akan memudahkan kepada semua pihak dan hasilannya untuk murid-murid juga.

Banyak juga info yang diketahui sepanjang kursus ini........Agenda utama NKRA:Pra sekolah,LINUS,SBT dan Bai'ah.Agenda inilah yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.Saya juga perlu mengetahui banyak perkara berkaitan dengan kurikulum dan tranformasi pendidikan .......................

PENA KASIH: Banyak yang kita tahu.................

Wednesday, February 16, 2011

BERGERAK.....

Setelah hampir dua minggu sibuk dengan urusan sekolah selepas kejadian banjir dan banyak kerja-kerja pentadbiran saya terbengkalai.Malah,dengan segala alat kelengkapan pejabat yang musnah akibat banjir membuatkan sedikit sebanyak kerja-kerja pentadbiran saya menjadi 'slow'.Surat-surat saya juga habis dibawa arus......namun, saya begitu bersyukur kerana sebelum cuti, saya sudah menyiapkan segala keperluan pihak atasan.Itu benarnya kata-kata 'Jangan suka menangguh kerja'.Kita tidak mungkin tahu apa akan berlaku untuk hari esoknya.

Fail-fail untuk tahun 2011 sempat saya selamatkan dan kini saya sedang mengemaskini kerja-kerja saya.Banyak juga yang perlu saya siapkan.Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.Biarpun tiada ruang rehat untuk saya, saya akan cuba menyiapkan sedikit demi sedikit.

Memang tidak dinafikan saya terpaksa menyediakan banyak surat untuk dihantar kepada pihak-pihak tertentu sehingga kini saya boleh digelar kerani merangkap dua kerja.Emmm.....kadang-kadang geram juga.Inilah yang sebenarnya membebankan kami.Antara masa saya hendak mengajar dan membuat persiapan hilang begitu sahaja.Terkejar-kejar untuk masuk kelas dan menyiapkan surat itu dan ini....senangnya tugas mengarah.

Kini saya terpaksa bergerak pantas.....menyiapkan segala-galanya yang terhenti seketika.Segala perancangan yang dirancang tidak menjadi.......Kita hanya merancang Allah yang menenentukan segala-galanya.Redha menerima segala ketentuannya.

Tuesday, February 15, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Setiap kali sambutan Maulidur Rasul diadakan, terbayang sewaktu berada di sekolah Agama Segamat.Suasana sambutan begitu meriah sekali.Pelbagai acara diadakan.Antaranya perarakan, membaca al-Quran,berzanji dan berselawat serta nasyid.

Walaupun ketika itu, kami masih kecil tapi kami tetap ke majlis gotong-royong yang diadakan di sekolah tersebut.Kami akan beramai-ramai menolong mengupas bawang ,menyiang itu dan ini untuk dimasak.Seronok apabila mengenangkan suasana seperti itu.Tapi kini aktiviti tersebut ada tapi tidak semeriah seperti dahulu.

Sejak beberapa tahun ini, kami sekeluarga akan ke Masjid Jamek Segamat untuk mendengar ceramah daripada jemputan khas.Saya gunakan peluang ini untuk bersama-sama mengikuti ceramah itu.Bukan senang untuk kita mendengar ceramah seumpama ini.

Hari ini,emak meminta saya membantu pihak masjid menguruskan soal makan tetamu.Seramai 10 orang dari kampung saya telah diminta membantu menguruskan pembahagian makanan kepada para hadirin yang datang.

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul inilah,banyak ceramah keagamaan yang akan kita dengar dan peluang inilah kita ambil untk menghayati sambutan Maulidur Rasul.Sekolah saya juga tidak ketinggalan mengadakan majlis tersebut di peringkat sekolah.Biasanya kami akan menjemput penceramah dari luar untuk memberikan ceramah kepada anak-anak murid sekolah ini.

PENA KASIH :Selamat Menyambut Maulidur Rasul...


Sunday, February 13, 2011

SELUANG



Selepas menghadiri kuliah,my Mil mengajak kami pergi memancing.Lebih kurang pukul 3.00 lebih kami bertolak untuk memancing di Chodan.Sekadar suka-suka dan kami tidak lama berada di sana.Lebih kurang pukul 6.00 bertolak balik selepas masing-masing berpuas hati mendapat ikan seluang.

Walaupun hubby tidak berminat dengan aktiviti memancing tetapi tidak mahu menghampakan harapan emaknya yang begitu minat dengan aktiviti tersebut,kami pergi juga.Menghiburkan hati orang tua.

Hubby yang tidak begitu teruja memancing mendapat banyak ikan sebaliknya Haziq hanya memperolehi ikan kecil sahaja.Kami tergelak melihat raut wajah Haziq yang begitu sedih kerana tidak memperolehi ikan sepertimana hari sebelumnya.Apa taknya, menghabiskan masa membetulkan pancingnya yang sekejap tercabut itu dan ini......

Emak telah menyuarakan hasratnya untuk pergi memancing lagi...........InsyaAllah kalau tidak penat kami akan menemani emak memancing.Saya juga mengambil kesempatan memancing tapi tidaklah sebanyak husband.Tapi sewaktu hendak balik,banyak pula ikan-ikan yang makan umpan apabila dilemparkan joran ke sungai.Tapi kami memikirkan perlu balik segera untuk mengejar solat......

PENA KASIH:Enaknya ikan seluang apabila digoreng............


Saturday, February 12, 2011

KEGILAAN MEMANCING



Biasalah bila air hampir surut, ikan-ikan pun banyak.Semalam my MIL mengajak saya pergi memancing tetapi saya tidak dapat ikut serta kerana menghadiri kuliah.So ,my MIL pergi dengan Aman dan Haziq.

Setelah menghantar saya ke kuliah hari ini, Haziq terus ke rumah atoknya untuk pergi memancing.Husband tidak ikut sama kerana kurang minat memancing tetapi dia membuat kerja-kerja mengecat di rumah.

Setelah pulang dari kuliah, husband mengajak saya mengambil Haziq dan melihat mereka memancing.Dengan pakaian kuliah, saya terus menuju ke sana.Teruja melihat my MIL memancing.Banyak ikan yang dapat begitu juga dengan my son.So,dengan pakaian yang cantik, saya terus mencuba memancing.Alhamdulillah, umpan saya menjadi dan semakin saya menyebut hendak balik, semakin galak pula ikan-ikan itu memakan umpan .Suami juga cuba memancing tapi hanya dapat dua ekor sahaja lalu diketawakan oleh anak lelakinya.Namun, bila sekali dapat, terus nak memancing lagi.

Esok, my MIL mengajak lagi pergi memancing.Kami hanya memancing di tepi jalan sahaja dan tidak jauh.Seronok melihat mata kail yang sentiasa diragut oleh ikan-ikan itu,

PENA KASIH :Suka ikan sungai...............

SERONOK



Kuliah yang paling bersantai dan tidak rasa tertekan.....seronok dan cara penyampaian yang menarik sekali.Lebih memahami naluri kita dan peringkat pembelajaran kami sesuai dengan usia kami.Boleh dikatakan satu-satunya kuliah yang begitu seronok....riuh tetapi masih berdisplin dan dapat mengawal keadaan.

Kalau minggu lepas, rata-rata mengatakan begitu tertekan dan ada yang memikir dua tiga kali sama ada untuk meneruskan pengajian atau berhenti setakat itu sahaja.Memang tidak dinafikan,peranan pensyarah dalam menyampaikan kuliah amat penting.Kalau penyampaian yang lebih kepada menekan kami yang masih lagi terawang-awang dengan perkataan baru sudah tentu merimaskan dan memeningkan kami.Apatah lagi, kami yang buat pertama kali mendengar istilah-istilah itu.Malah ada yang fobia dan tidak mahu diadakan 'presentation' kerana tertekan.Saya ada juga menyuarakan hasrat seperti itu sebaliknya suami ketawakan saya kerana hanya cara penyampaian pensyarah saya sudah 'give-up'.Namun, saya perlu tabahkan hati dan menempuh cabaran untuk berjaya.

Hari ini,saya rasa lebih bersemangat kerana dengan penyampaian yang menarik dan aktiviti yang menyeronok menambat hati rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan bergelar pelajar sarjana.Hampir 5 jam berada di dewan kuliah terasa begitu pantas masa berlalu.Sedar tidak sedar, kami sudah sampai ke akhir kuliah hari ini.Kami juga perlu membuat 'assignment'yang ringkas tetapi menepati apa yang telah kami pelajari hari ini.Yang menariknya aktiviti kedua akhir ialah meminta kami melukis gambar apa sahaja tetapi berkaitan dengan diri sendiri.Lantas di fikiran saya, hanyalah sebuah rumah di hadapannya ada jalan besar dan dikelilingi pokok-pokok dan burung-burung yang berterbangan.Itulah yang hanya tergambar di kotak fikiran saya ketika itu.Berdasarkan daripada pengamatan saya, saya memang sukakan ketenangan dan kebahagiaan.Saya memilih suasana kampung sebagai sesuatu yang aman, damai dan indah sekali.Suasana yang tenang menjadikan hati kita juga tenang dan tidak serabut dengan pelbagai perkara yang mengusutkan fikiran kita.Kemudian,saya selitkan soal kebahagiaan.Dalam kehidupan ini, apa yang inginkan ialah sebuah keluarga yang bahagia.Itulah impian saya......dan saya sering berdoa agar kehidupan saya dan keluarga dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik.InsyaAllah.....

Setelah saya melukis gambar, one of my friend(chinese) telah mentafsirkan lukisan saya itu.Dia mengatakan saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan makanan yang mencukupi.Saya hanya ketawa sahaja setelah mendengar tafsirannya itu .

Banyak sebenarnya yang saya pelajari hari ini, kita juga perlu 'allert' dengan setiap arahan yang diberikan agar penerimaan kita tidak bercanggah dengan kehendaknya.Memang menarik sekali....malah kita juga perlu mendengar arahan dengan teliti sebelum bertindak.
Saya juga perlu membuat dua assignment ringkas pada hari ini.......

PENA KASIH :Keseronokkan belajar itu amat penting untuk memotivasikan diri .

PENATNYA......


Larian Perdana Mahkota telah diadakan serentak pada hari ini di negeri Johor dan sekolah saya juga tidak ketinggalan mengambil bahagian.Walaupun penat setelah bertungkus-lumus membersihkan sekolah tapi program ini tetap diteruskan.Saya telah ditugaskan untuk bahagian hadiah,pendaftaran dan juga hakim.Tapi tugas saya lebih kepada mengambil gambar.Biasalah....dah minat dengan itu, ketepikan seketika dengan tugasan lain.

Seramai hampir 60 orang murid menyertai aktiviti tersebut dan semua guru terlibat sama dalam menjayakan program tersebut.Begitu juga dengan ibu bapa.Alhamdulillah, semua murid nampaknya begitu teruja untuk bersama-sama guru.



Aktiviti memanaskan badan sebelum program dijalankan....takut urat-urat terperanjat.
Aktiviti ini diketuai oleh Cik Wan dengan dibantu oleh Pn Salbiah.



Sebelum acara dimulakan, cikgu Supian membacakan doa agar perjalanan program ini dapat berjalan dengan lancar.



Selepas bacaan doa dibacakan,murid-murid dilepaskan untuk berlari...kali ini saya tidak dapat bersama mereka.Bahagian hakim memerlukan saya berada di 'check-point'akhir.Namun,saya tetap bersama mereka untuk mengambil gambar dengan menunggang motosikal bersama kak Sal.Thanks, kak Sal kerana membantu saya.




Emmm...........semangat mereka untuk berlari...yang emak budak tu...tak jauhpun berlari.Jumpa cikgu Ali terus tumpang kereta.Kata nak kuruskan badan.Nampak gaya tak menjadi hasrat itu.Baru berlari 50km dah keletihan.


Ketua kampung kawasan taman tersebut telah membantu cikgu Norhayati.Terima kasih kepad 'uncle'tersebut.Banyak juga pengalaman yang kak Yati perolehi daripada 'uncle'tersebut.


Salah seorang murid telah terjatuh sewaktu berlari.....nak buat macamana.Kami cuba untuk memastikan tiada seorang murid pun yang cedera tapi tersalah percaturan,akhirnya dia terjatuh kerana terpijak seluarnya yang labuh itu.Pn Ruhana yang bertugas untuk menjaga sekolah telah memberikan rawatan yang terbaik sebagaimana jururawat memberikan rawatan kepada pesakit.Thanks,misi Ruhana.


Peserta pertama telah menghampiri garisan penamat.Tahniah Syafiqah.

Selepas penat berlari, pihak sekolah menyediakan makanan dan minuman untuk mereka.Tahniah kepada mereka yang begitu komited dengan program yang dijalankan.


Mereka yang berjaya diberi hadiah sebagai pembakar semangat.Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Just imagine,last minute tempah hadiah.Kali ini, saya minta guru besar sendiri yang membuat tempahan.Nasiblah tauke hadiah sanggup menerima tempahan............


PENA KASIH:Walaupun penat tapi masih terhibur dengan gelagat murid-murid.

Thursday, February 10, 2011

REZEKI MEREKA...


Sudah dua hari kami dikunjungi oleh beberapa kumpulan NGO dan individu yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir khasnya murid-murid.Mereka hadir ketika guru besar tiada...puas juga hendak melayan mereka.

Mereka meminta kami menyenaraikan nama murid yang telah ditetapkan bilangannya.Kalau nak diikutkan hampir separuh daripada murid-murid sekolah ini yang terlibat dengan banjir.Antara teruk dan tidak teruk sahaja.

Namun, kami bersyukur kerana ada juga orang yang prihatin dengan anak murid sekolah ini dan kami juga terharu kerana masih ada lagi sekumpulan rakan-rakan yang ingin membantu membersihkan lagi sekolah ini tetapi kami menolaknya dengan cara baik kerana kerja-kerja pembersihan yang besar-besar telah dilakukan oleh warga sekolah ini dengan bantuan pihak-pihak tertentu.Kini,kami hanya melakukan kerja-kerja penghalusan sahaja dan terima kasih kepada kak Rodiah, Zana dan Zarina kerana sudi membantu guru-guru sekolah ini.

PENA KASIH:Tiada apa yang menggembirakan apabila melihat wajah anak-anak didik ceria kerana masih ada lagi orang yang menyayangi mereka.

Wednesday, February 9, 2011

DI KALA MEMERLUKAN.....

Emmm........kerja-kerja pembersihan dan menghalusi segala yang kotor ke asal masih diteruskan.Bukan tidak penat tapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memastikan semuanya berkeadaan bersih.Melihat wajah-wajah pekerja dan guru-guru sekolah ini, ternyata mereka berada dalam keadaan keletihan.Letih melihat habuk-habuk di sekeliling mereka.

Justeru,pada minggu ini saya telah meminta kebenaran daripada boss untuk menundakan kelas tambahan dan POL bagi kerja-kerja pembersihan seterusnya.

Namun disebalik itu, ada rasa kecewa kerana ada pihak tertentu yang tidak memahami di kala kita memerlukan tenaga pekerja lelaki,mereka tidak berbuat sedemikian.Janji untuk menghantar dan membantu kerja-kerja pembersihan hanya tinggal janji sahaja.Mereka hanya bergantung kepada kudrat orang perempuan untuk melakukannya.

Bila panggilan dibuat,tiada sebarang jawapan yang diberikan.Membosankan apabila berurusan dengan orang-orang seperti ini.Kita bukannya hanya menumpukan pada sesuatu kerja sahaja tetapi banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.Pada saya,jika itu tanggungjawab kita,kita perlu laksanakan.Begitulah juga dengan kerjaya kita,kalau kita minat dan rasa itu merupakan tanggungjawab bersama, kita cuba bantu apa yang patut.Kita boleh ambil sikap membiarkan tapi sanggupkah kita berbuat demikian kerana ada insan lain yang memerlukan kita turut sama membantu mereka.

Hari ini, lawatan dari PPD ke sekolah kami,meleraikan segala kekusutan dan tepat pada masa yang sama mereka hadir untuk membantu pihak sekolah.Bukan kita cuba untuk mencari kesalahan tetapi mereka juga perlu sedar yang mereka diperlukan di saat kita menghadapi perkara ini.

PENA KASIH:Kudrat orang perempuan tidak sama dengan orang lelaki.....................

Tuesday, February 8, 2011

TERGUGAT

Mencari ketenangan dalam kehidupan memang diperlukan.Mengharapkan agar kehidupan tidak dibebani dengan pelbagai masalah.Tiada siapa pun yang ingin melihat kehidupan kita dibayangi dan dibebani dengan pelbagai perkara yang akhirnya menjerat kehidupan sendiri.Tiada sesiapapun yang inginkan hidup ini dibelenggu dengan masalah.Percayalah,semua orang inginkan ketenangan.Mencari kehidupan yang diredhai oleh Allah.Ingin kembali semula menghitung hari-hari manis sejarah kehidupan tapi mampukah ianya kembali seperti itu?

Namun adakalanya ketenangan itu tergugat seketika.....mencari jawapan yang pastinya sukar untuk meleraikan persoalan.Akhirnya ketenangan itu tergugat lagi.....masih kabur dengan pelbagai persoalan.Resah menantikan jawapan sebenar......benarlah sekali lagi ketenangan diri yang diimpikan itu tetap sukar untuk dikembalikan.Terlalu banyak kisah kehidupan bermain-main dalam kotak fikiran.

Resah, gelisah.......cuba untuk mencari ketenangan...sukar dan terus sukar.

Percayalah sekali kita tersungkur......ada hikmah disebalik itu.


PENA KASIH:Semoga Allah melindungi hambaNya,Mencari ketenangan di waktu dinihari

APA MEREKA KATA?

Cerita banjir memang tidak habis.Selagi kesannya ada,ianya tetap meninggalkan banyak kenangan.Hari pertama persekolahan,sewaktu masih sibuk dengan kerja-kerja membersih,ada suara mengatakan bahawa 'sekolah ini seperti tidak berlaku banjir'......mustahil kerana kesannya tetap ada.

Apa yang ingin dinyatakan bahawa mereka terkejut kerana keadaan sekolah yang hampir pulih sepenuhnya.Lantas dijawab oleh seorang guru,perubahan ini disebabkan kami tidak berhenti-henti membersihkan sekolah sejak hari Selasa lagi sehinggalah hari Ahad.Tidak kira cuti umum atau tidak, kami tetap bergerak pantas bagi memastikan semuanya berkeadaan baik.Lihat sahaja pejabat,seperti tidak percaya.Kudrat yang Allah berikan inilah yang kami lakukan dengan bantuan pihak tertentu.Yang perempuan dah jadi lelaki......mengangkat itu dan ini.

Perubahan begitu cepat.........saya akui kerana setiap masa rehat guru digunakan sepenuhnya untuk membersihkan persekitaran sekolah.Setiap kali bertemu sesiapa sahaja,bersabarlah kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.Kita perlu redha menerima ketentuannya.Guru-guru pun semakin semangat walaupun mereka penat sebenarnya.

PENA KASIH:Anak didik ringan tulang sebenarnya..............

Monday, February 7, 2011

SIMPATI


Sewaktu sibuk melihat gambar-gambar suasana banjir yang berlaku di sekolah, kami didatangi oleh seseorang dari pejabat Kementerian Pelajaran.Gambar untuk di 'print'kan sebagai satu koleksi sekolah.

Kunjungan ke sekolah untuk melihat perjalanan sekolah selepas banjir.Walaupun banjir melanda,tapi kami bertungkus-lumus membersihkan sekolah hampir setiap hari setelah jalan sekolah dapat dilalui.Kami menerima info mengatakan bahawa perjalanan sekolah seperti biasa pada 7 Februari.So, kata sepakat diambil untuk membersihkan sekolah.

Guru besar menceritakan keadaan sekolah dan keperluan yang mendesak bagi membantu mengembalikan sekolah kepada asal.Langkah awal ialah membersihkan bilik-bilik darjah.

PENA KASIH:Terima kasih kerana sudi untuk mengunjungi sekolah kami...

Sunday, February 6, 2011

SEMANGAT




Pagi lagi menerima panggilan telefon meminta saya ke sekolah kerana pihak kesihatan akan mengada semburan kepada sekolah-sekolah yang mengalami banjir.Kali ini, saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut sebaliknya saya meminta agar mengarahkan PAP ke sekolah.Saya hanya akan berada di sekolah jam 11.00 pagi.


Dalam perjalanan ke sekolah, husband menyuarakan pendapat untuk membelikan beberapa barang untuk memastikan bilik saya ceria.Tersenyum saya kerana masih ada yang sudi untuk menghulurkan bantuan di saat saya memerlukan itu semua.So happy.....thanks hubby.Hanya dia sahaja memahami situasi saya ketika ini.Sebenarnya, saya juga perlukan semangat untuk memulakan hari pertama persekolahan setelah ditimpa banjir.Saya juga ingin memastikan bilik saya kemas walaupun tidak sebaik bilik orang lain.

Kemudian, dia membawa saya ke sebuah kedai .Membeli tikar getah dan kain.Alhamdulillah,bilik saya nampak kemas.Kemudian, lebih kurang pukul 6.00 petang , saya kembali semula ke sekolah.Memasang langsir.Semangat untuk saya.

PENA KASIH: Semangat itu penting..............

Saturday, February 5, 2011

OPERASI BERSAMA USIM


Sewaktu bersama suami untuk bersarapan pagi, menerima panggilan telefon meminta saya menunggu sekolah kerana mereka dalam pengagihan mengagihkan sukarelawan bagi membantu sekolah.Alhamdulillah, terpacul daripada mulut kerana masih ada yang sudi untuk membantu disaat kami memerlukan pertolongan.Sudah berberapa hari menjadi tamu sekolah membersihkan bilik-bilik.Kesan lumpur yang terdapat di simen mencacatkan pandangan tapi perlu redha kerana bukan senang untuk kembali kepada asal.Mengambil masa sehingga 3 atau 4 bulan.Yang penting, bilik-bilik darjah untuk kegunaan murid akan kami bersihkan sebaik mungkin.

Sesampai sahaja ke sekolah, SAJ telah datang menghantar air untuk kegunaan kami.Maklumlah tekanan air di sekolah kami rendah dan ini menyukar dan melambatkan proses pembersihan sekolah.Namun, kami menghadapi masalah kerana ketiadaan 'hose' untuk digunakan.Lantas, husband memberikan cadangan agar meminjam dari Bomba Segamat.Lalu saya dan husband bergerak ke Bomba dan meminjam 'hose'tersebut kerana jika hendak menunggu mereka hantar sudah tentu mengambil masa yang lama.Mereka memberi kami tiga 'hose' untuk digunakan.Alhamdulillah,dengan 'hose'yang ada inilah, pasukan USIM dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

Dalam masa yang sama,sepasukan USIM datang yang terdiri daripada staf .Mereka tanpa membuang masa bergerak pantas mengagihkan tugas masing-masing.Very friendly.....tak rasa penat kerana bekerja sambil gelak ketawa dan yang penting kerja dapat dibereskan dengan baik sekali.Dapat juga berkenalan dengan adik Zamri Yusof penyanyi yang terkenal dengan lagu'Tugu Cinta'.Dialah yang menjadikan suasana ceria.

Pihak PPD juga turut sama datang ke sekolah membantu kerja-kerja membersihkan sekolah.Husband dan anak lelaki menolong mengangkut air.Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang memang tidak berhenti-henti melakukan kerja tersebut.Malah , kebanyakan mengatakan husband adalah staf sekolah ini kerana tidak kekok membuat kerja.Mereka meminta itu dan ini daripada husband dan setelah diterangkan kedudukan sebenar, barulah mereka tahu.


Melihat staf perempuan yang diketuai oleh Cik Azlin membuat kerja tanpa berhenti-henti menunjukkan mereka begitu prihatin dengan keadaan kami.Kami sama-sama membuat kerja sehingga lupa soal keletihan.Tanpa disedari, banyak juga yang telah kami bersihkan.

Selepas penat melakukan kerja-kerja tersebut, mereka berehat sebentar untuk menikmati makanan yang disediakan oleh pihak PPD.Terima kasih kerana sekurang-kurangnya meringkan bebaban yang ditanggung.

Dalam masa yang sama, kami juga menerima kunjungan daripada pihak PTPTN yang datang untuk melihat keadaan sekolah kami.Khabarnya akan ada bantuan untuk sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir.Mudah-mudahan saluran itu akan sampai kepada pihak sekolah.




Mereka juga tidak ketinggalan membersihkan kawasan padang sekolah.Sampah-sarap yang bertaburan disapu dan dibakar.......masalahnya ke mana hilangnya penyelia kebersihan kerana setiap kali panggilan dibuat,tiada sebarang jawapan.Kalau dikatakan tidak bertanggungjawab untuk sama-sama membantu dalam keadaan kami memerlukan bantuan, jangan hendak marah.Sekurang-kurangnya apabila panggilan dibuat,maklumkan kedudukan sebenar.

Keadaan sekolah selepas operasi bersama USIM kelihatan bersih.Terima kasih kepada warga USIM,para suami dan anak-anak yang memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit kepada pihak sekolah dalam usaha membantu sekolah berada dalam keadaan asal juga tidak ketinggalan kepada pihak PPD yang sudi menjenguk SKCC untuk kesekian kalinya.

PENA KASIH:Kalian tetap dalam ingatan..........

Friday, February 4, 2011

ERTI KASIH SAYANG


Melihat gambar dua orang adik-beradik ini,tergambar ada perasaan sayang antara mereka.Seperti tidak mahu dipisahkan.Ciuman seorang adik menunjukkan dia terlalu sayang akan abangnya walaupun dia tidak memahami erti sebuah ciuman.Perbuatan yang ditunjukkan itu sudah dapat menggambarkan segala-galanya.

Sudah lama saya perhatikan gelagat kedua-dua orang adik-beradik ini.Setiap masa, abangnya teruk dicium.Kadang-kadang, sampai naik angin dibuat oleh adiknya.Mungkin rimas bila ciuman bertalu-talu diberikan.Setiap kali pulang dari sekolah menanti dengan penuh kesabaran untuk diberikan ciuman khas untuk abangnya.Rindu agaknya kerana ditinggalkan untuk beberapa jam oleh abangnya.Bila tiada keselesaan,mulalah abangnya terjerit-jerit memarahi adiknya.Ciuman berlebihan.

Biarpun pelbagai cara digambarkan,jelas menunjukkan adanya perasaan sayang antara satu sama lain.Kasih sayang seseorang akan terserlah jika mereka masih ada di hati.Tetapi sebaliknya jika mereka sudah tidak ada dalam hati.Husband selalu mengambil berat akan masalah adik-beradiknya kerana adanya perasaan sayang sebab mereka berada dalam hati suami.Saya akur kerana mereka juga memahami antara satu sama lain dan tidak menyusahkan dirinya.Husband tidak pernah membiarkan adik-beradiknya menghadapi sebarang masalah keseorangan.Akan cuba membantu sebaik mungkin agar tidak ada yang tercalar di hati.

Begitu juga dengan anak-anak.Saya selalu mengingatkan agar saling berhubung antara satu sama lain agar tautan kasih sayang akan berterusan dan jangan sesekali menyusahkan antara satu sama lain.Jagalah perasaan ibu dan ayah kerana sebagai ibu dan ayah mereka hendakkan terbaik daripada anak-anak bukannya memberikan permasahan kepada mereka.

PENA KASIH:Erti sebuah ciuman...............


INSAF


Semalam,meronda-ronda di kawasan yang ditimpa banjir.Sedih melihat situasi yang mereka alami.Habis musnah dalam sekelip mata.Melihat wajah mereka yang menyambut Tahun Baru Cina tetap ceria dan tabah tetapi disebalik itu kita tidak tahu.Kalau di tahun-tahun yang lepas, mereka sibuk kunjung-mengunjungi saudara-mara dan jiran-jiran tapi pada tahun ini, mereka sibuk membersihkan rumah.

Lambakan sampah di luar rumah, menunjukkan habis barang-barang rumah mereka.Saya lihat juga para pekerja JKR dan MDSU serta ahli sukarelawan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua sampah-sarap dipungut dan dibersihkan.Mereka tidak mengenal erti penat.Tapi untuk memulihkan keadaan kepada sedia asal memerlukan masa yang lama.

Pihak bank juga tanpa mengira cuti bersepakat membersihkan tempat masing-masing.Perkhidmatan mereka tergendala buat seketika.Pada tahun ini, bencananya lebih teruk daripada tahun 2006.Hanya ketahanan diri dan emosi dapat memberikan semangat kepada mereka.Tiada keluhan yang dizahirkan tapi redha menerima keadaan.

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Semalam bersama-sama dengan husband sempat singgah di pusat pemulihan banjir di Kg Berata.Kebanyakkan mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah.Melihat rumah dan juga membersihkan rumah.Mereka yang menghuni di pusat pemulihan ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Kg Lubuk Batu, Kg Berata, Kg Gudang Garam dan Temenggong.Timbul rasa keinsafan kepada diri ini.Yang sedihnya, ada yang menceritakan kepada saya, dia hanya sempat menyelamatkan anaknya seramai 5 orang.Hanya meninggalkan rumah sehelai sepinggang sahaja.Malah ada yang memaklumkan , ada rumah yang habis musnah kerana dihanyut oleh air yang deras.Jelas di wajah mereka betapa kuatnya tekanan yang dihadapi.Semuanya menginsafkan diri kita....dan perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.

RONDA-RONDA

Bersama-sama dengan anak lelaki meronda dengan menunggang motosikal.Suami sengaja membawa anak lelaki bersama kami.Melihat kawasan banjir dan penduduk yang terlibat dengan banjir.Ingin menyedarkan anak lelaki, ada orang yang lebih susah daripada kita.Menginsafkan anak lelaki agar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Mereka yang susah kita perlu bantu agar mereka rasa ada insan lain yang mengambil berat dengan apa yang mereka alami.Anak lelaki mengangguk tanda memahami dengan apa yang diperkatakan.Siap sekali memaklumkan kepada saya yang rakannya juga turut ditimpa musibah itu.Timbul rasa kasihan kepada rakan-rakannya.


PENA KASIH:Memberikan keinsafan......

JIWA GURU




Sememangnya melihat kesungguhan husband membantu sekolah,lalu saya bertanyakan kepadanya.....apa yang menyebabkan dia melakukan itu semua?antas dikatakan bahawa kerana jiwa seorang guru yang ada pada dirinya, akan tetap terpanggil untuk menyayangi sekolah.Apatah lagi melihat akan kekurangan tenaga guru lelaki di sekolah ini dan bilangan guru yang sedikit,memberi kesedaran kepadanya untuk membantu.Melihat keadaan sekolah yang agak teruk sedikit sebanyak meruntun perasaannya untuk turut sama membantu sekolah .Meringankan bebanan yang ditanggung oleh warga sekolah.

Kalau dirinya pernah dilabelkan dengan pelbagai kata-kata tapi dia tidak kisah itu semua.Yang penting setiap yang dilakukan hanya Allah sahaja yang tahu.Bukan manusia yang menilai kerana setiap nilaian manusia itu ada pelbagai persepsi yang berbeza.Saya akur dengan kata-katanya.

Saya juga kagum dengan ahli keluarga sekolah ini.Mereka tidak pernah menidakkan keupayaan isteri-isteri yang bersekolah di sini.Mereka sendiri memahami situasi sekolah ini.Tidak pernah berkira soal tenaga, masa dan wang.Apabila mereka berada di sekolah ini, mereka turut sama merasai kesusahan yang dialami warga sekolah ini.Syukur mempunyai isteri/suami yang memahami keadaan sebenar.

Hari ini, mereka datang ke sekolah membantu membersihkan bilik darjah yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar pada hari Isnin ini.Ramai yang hadir bersama-sama dengan anak-anak mereka tidak kira kecil mahupun besar.Semangat sayangkan sekolah tetap ada pada diri mereka.

PENA KASIH:Tempat mencari rezeki............

Thursday, February 3, 2011

KAMERA HP ROSAK

Kegilaan mengambil gambar menggunakan hp memberikan satu kepuasan hati pada diri saya dan kini saya juga berpuas hati kerana kerosakan kamera di hp itu.Setelah berpuluh koleksi gambar yang diambil menggunakan hp itu.Emmm..............bila sudah rosak termangu juga dibuatnya.Syukur juga saya mempunyai kamera digital yang mudah dibawa ke mana-mana.

Mungkin saya ganas menggunakannya?Oh tidak mungkin kerana sesuatu yang menjadi milik saya, saya akan gunakan dan jaga sebaik mungkin.sebab itu dan saya lebih suka berterus terang,saya memang tidak suka meminjam daripada sesiapa even daripada suami sendiri.Seboleh-bolehnya saya mengelak daripada meminjam daripada orang lain.Suami memang faham cara saya.Bila rosak, saya sendiri rasa puas hati kerana kerosakkan itu dari tangan saya sendiri dan milik saya sendiri.Namun ,thanks kepada suami kerana sememangnya dia menyediakan kamera untuk saya jika berlaku kerosakkan.Dia tahu kegilaan hobi isterinya ini.

Kawan-kawan pun ada yang faham cara saya....mereka hendak meminjam sesuatu daripada saya, saya akan beri tetapi untuk saya pinjam daripada orang, saya kena fikir dua tiga kali.Bukan selfish tapi saya lebih senang dan puas hati dengan milik saya sendiri.Kerosakkan akan saya tanggung sendiri.

Husband pun faham kerana dia tahu cara saya.Bila ia menjadi milik saya, saya akan jaga sebaik mungkin...

PENA KASIH:Thanks to husband kerana banyak yang dibelikan untuk saya..........tidak diminta tapi dia memahami kehendak saya.

ARAHAN

Sewaktu pergi ke sekolah, menerima panggilan daripada guru besar memaklumkan bahawa akan ada orang atasan akan melawat sekolah.Melihatkan keadaan sekolah,sudah tentu akan rasa tidak senang.Masih dalam proses untuk mengembalikan ke asal.Bukan mudah untuk kembalikan ke asal.Memerlukan masa dan tenaga.Tenaga sekolah yang rata-ratanya terdiri daripada kaum perempuan sudah tentu mengambil masa yang lama.Untuk mengangkat itu dan ini,sudah tentu tidak larat.Kalau ada hanya dua orang sahaja.Kedua-duanya terlibat dengan banjir dan kami memahami situasi yang dialami.Harta benda musnah sudah tentu mengganggu emosi mereka.

Namun , saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak bomba Bandar Putra yang membantu membersihkan bilik-bilik akibat banjir.Masih kurang tenaga pekerja untuk melaksanakan.Untuk meminta bantuan AJK PIBG, mereka juga terlibat dengan banjir.Hendak tidak hendak kudrat yang ada inilah kami lakukan apa yang termampu.Bayangkan berapa buah bilik yang perlu dibersihkan...........


Esok, suami sendiri mengajak saya mengemas bilik darjah murid dan saya telah maklumkan kepada rakan-rakan untuk membantu mengemas bilik darjah.InsyaAllah,kami korbankan segala-galanya semata-mata untuk anak didik.Saya faham, guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini, memahami akan situasi sekolah.Namun,syabas saya ucapkan kepada guru SKCC kerana mampu melaksanakan tugas dengan baik walaupun ada rasa kecewa di hati mereka.


PENA KASIH :Kerana sayangkan anak murid.......

Wednesday, February 2, 2011

TERIMA KASIH,KALIAN






Suami saya juga mengambil peluang membantu isterinya membersihkan sekolah.....tak dapat pergi kerja kerana kesemua jalan terputus hubungan.Terima kasih yang tidak terhingga buat suami kerana terlalu prihatin dengan keadaan sekolah isterinya dan banyak membantu sekolah ini.



Kerja-kerja membersihkan pejabat

Hari ini, kerja-kerja pembersihan sekolah berjalan dengan lancar sekali.Mula-mula tergendala kerana masalah air.Tekanan rendah mengganggu proses pembersihan jika tiada bantuan daripada pihak tertentu.

Lebih kurang pukul 8.00, saya dan Kak Roslah telah berada di sekolah.Melihat keadaan dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah air ini.Kemudian,sepasukan bomba datang untuk membantu kami tapi timbul pula masalah air kerana ketiadaan pili bomba.Tapi pihak bomba mempunyai inisiatif sendiri mencari punca air.

Kemudian,husband menghubungi YB Dr.S.Subramaniam meminta menghantar bantuan kepada sekolah kerana masalah kekurangan tenaga pekerja dan masalah air.Alhamdulillah, YB mengambil makluman tersebut.Juga kepada YB Dr Lee Hong Tee yang memberikan maklumat kepada husband.Maklumlah sekolah kami hanya ada dua orang guru lelaki tetapi kedua-dua rumah mereka juga terlibat dengan banjir.Hanya kudrat guru perempuan sahaja yang dapat digunakan.Tapi alhamdulillah, suami-suami kepada isteri yang mengajar di SKCC telah membantu membersihkan sekolah.Begitu juga dengan kehadiran cikgu Azian yang pernah mengajar di sekolah ini sedikit sebanyak melegakan kami.Siap bawa askar-askarnya sekali.

Kami membahagikan tugasan masing-masing.Ini menjadi kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mudah sekali.Walaupun penat, tapi apabila melihat kesungguhan semua yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan memberikan satu semangat kepada kami.Masih ada orang yang sanggup memberikan bantuan kepada kami.Masih ada orang yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk sekolah kami dan melihat keadaan sekolah kami.Terima kasih .

Kerja-kerja pembersihan berjalan sehingga petang.Sehinggakan kami lupa waktu makan kerana sibuk dengan kerja-kerja pembersihan.
Terima kasih juga kepada En Razman,penyelia pembersihan yang membawa orang-orangnya untuk membantu pihak sekolah.

InsyaAllah, kami akan terus membersih bilik masing-masing dari semasa ke semasa.Yang penting diutamakan.Alhamdulillah,walaupun banjir kali ini teruk tapi kami sempat juga menyelamatkan dokumen-dokumen penting kami.

Kami juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bomba bandar putra kerana dengan bantuan kalian, kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan baik sekali.

PENA KASIH:Masih segar lagi dalam ingatan keadaan banjir tahun 2006

Tuesday, February 1, 2011

TRAUMA LAGI..............



Keadaan kelas tahun 3,kelas yang saya ajar.Alhamdulillah semua barang dapat diselamatkan terutamanya buku-buku murid,



Keadaan pejabat.....semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja.



Bilik GPK HEM.....nak kata apa.Bersiap untuk proses mengemas dan membersihkan bilik masing-masing.



Keadaan bilik GPK di bahagian luar.Habis semua komputer terkena air.Nasib baik ada laptop sendiri..so semua maklumat tersimpan dalam laptop peribadi.



Bersama-sama husband melihat keadaan bilik saya.Ingatkan perancangan cuti raya cina nak kemaskan bilik.Jadi lainnya....lepas ni semua kena ganti dan hiaskan bilik.Alhamdulillah, fail penting saya dapat diselamatkan.



Zone English di mana semua murid akan berkumpul di sini waktu pagi, tengah hari.Membaca buku cerita atau membuat kerja sekolah.Kini keadaannya begitu teruk sekali.



Pintu masuk ke SKCC......semua pintu 'gate' habis rebah ke tanah.Arus deras menyebabkan keadaan sebegini berlaku.



Keadaan sungai Segamat di 'second-link' sewaktu jam 2.oo lebih.Air sudah mula surut tapi arusnya deras.


Suasana waktu pagi, selepas subuh.Meninjau kawasan bagi memastikan adakah laluan boleh dilalui untuk melihat keadaan sekolah.Duduk rumah pun asyik fikir pasal sekolah.Tragedi 2006, masih menghantui perasaan ini.Bersama-sama husband ke Bandar Utama.Hanya kenderaan berat sahaja yang boleh dilalui.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails