Monday, December 14, 2009

KEKECEWAAN........


5.30 petang still dekat sekolah.Mengemas kini semua fail untuk next year pula.Namun ,hari ini memang begitu kecewa kerana semua gambar yang saya ambil sepanjang persekolahan tahun 2009 yang disimpan di desktop hilang begitu sahaja.Mungkin saya tersilap 'copy'.Kenangan indah bersama-sama guru dan murid yang diabadikan untuk ditatap di waktu-waktu kelapangan tidak mampu untuk diselamatkan lagi.Yang ada hanya memori silam sahaja.Mengulit kenangan bersama-sama mereka memang sukar untuk dilupa especially year 6.
Dalam pen-drive juga tiada kerana semuanya telah saya deletekan.Sukarnya untuk saya mencari gambar-gambar comel anak didik saya.Gambar-gambar kemanjaan dan kemesraan mereka bersama dengan guru SKCC.

Pena Kasih:Cuba untuk mencari simpanan gambar daripada rakan-rakan.

2 comments:

Nurbisa said...

Sabar...Sebab itu,segala kerja perlu disimpan dalam disk D. Gambar-gambar tidak boleh disimpan dalam desktop atau laptop. Ia mesti disimpan dalam cd. Sabar ye...

PENA KASIH said...

Ya lah.Betul katamu tu.Kan Kak masih belajar.Belajar yang masih tak tahu lagi.Semakin canggih teknologi semakin celaru untuk dipelajari.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails