Wednesday, December 2, 2009

MUSIM DURIAN LAGI.....


Memiliki kebun sendiri hasil pemberian ayah atas dasar kasih seorang ayah ke atas anaknya 9 tahun dulu amat bermakna kepada kami.Dengan pemberian tanah lebih kurang 2 ekar dan pembelian kebun dari sepupu lebih kurang 4 ekar sudah cukup bagi kami.Tidak mampu untuk kami usahakannya.Malah ada yang cuba untuk menawar pembelian tanah tetapi kami tolak dengan cara yang baik.

Dengan pemberian tanah,kami dapat mendirikan sebuah rumah.Memang itu yang ayah hendakkan.Dia tidak mahu anak-anaknya yang seramai dua orang berada jauh darinya.Alhamdulillah,dengan adanya kebun juga,setiap kali musim buah kami tidak lupa untuk memberikan kepada saudara mara dan juga rakan-rakan.Malah ada yang datang dari jauh dan tidur di rumah kami kerana begitu berminat dengan durian Segamat.Mereka pergi sendiri ke kebun dan memungut buah durian dengan perasaan gembira.Saya biarkah mereka berbuat begitu.

Alhamdulillah, pada tahun ini buah durian begitu menjadi sekali.Pokok-pokok hasil pemberian ayah semuanya berbuah.

Pena Kasih:Sentiasa memanjat kesyukuran dan terima kasih diatas pemberian yang diterima.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails