Friday, December 4, 2009

SESUATU YANG BARU......

Selepas solat subuh,suami pastinya akan menonton televisyen mendengar rancangan Tanyalah Ustaz yang menjadi kegemarannya disamping mendengar radio.Sejak dahulu lagi, suami memang sentiasa menantikan siaran berbentuk keagamaan.Banyak yang dipelajarinya disamping sememangnya dia memang gemar menjadikan buku sebagai temannya.Setiap kali berjalan,kedai buku memang menjadi tempat bersantainya.Kalau hilang sahaja dia, anak-anak akan mencari di kedai buku dan di situlah tempatnya.

Suka mencari sesuatu yang baru dan berusaha untuk mendapatkannya.Hari ini, saya belajar lagi melalui beliau ketika mengemas kini blog.Sedikit-sedikit ilmu dicurahkan kepada saya.Saya tahu dia sememangnya tidak lokek ilmu jika sesiapa yang ingin belajar melaluinya.Pada saya,sesuatu yang baru dipelajari itu amat bermakna dan dipanjang-panjangkan kepada rakan-rakan.

Pena Kasih:Thanks hubby.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails