Kedengaran bunyi kereta lalu menjengah tingkap rumah.Rupa-rupanya kawan sekolah dari SMKCC datang.Syarifah datang sekadar memaklumkan yang dia telah berpindah sekolah dari sekolah Cina ke sekolah kebangsaan.Alhamdulillah,hasrat untuk berbakti kepada anak bangsa akhirnya tertunai.Telah berbelas tahun, dia berkhidmat di sekolah Cina dan akhirnya mengambil keputusan berhijrah ke sekolah kebangsaan yang rata-rata penghuninya berbangsa Melayu.Ada cerita disebalik penghijrahan beliau.
Mengenali beliau sejak dari sekolah menengah sehinggalah kini.Kami masih berhubung di antara satu salam lain dan saling kunjung mengunjungi.Namun, raya kali ini kami tidak sempat untuk bertandang kerana kesibukkan tapi masih berhubung melalui telefon.
Kemudian, saya menerima pesanan SMS memaklumkan ayah kepada rakan sekolah saya dahulu iaitu Norlida Othman telah kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah untuk ayah beliau.Sempat juga saya memberitahu Diah tentang kematian ayah rakan kami.Kami sememangnya begitu rapat sekali semasa di SMKCC (1982-84).Dulu,Norli, Mashitah, Edah dan Ana merupakan rakan yang paling rapat dengan saya.Mashitah yang dikatakan telah berhijrah ke Melaka dan ingin menetap di sana.Kehilangan lagi rakan yang sealiran dengan saya.
Pena Kasih:Semoga penghijarah Diah membawa sinar baru ke atas dirinya.

No comments:
Post a Comment