Friday, December 4, 2009

BERALIH.....



Setiap kali menemui emak,pastinya Hadif akan mengejar Pak Udanya.Kini,Adif memerlukan perhatian yang lebih daripada Pak Udanya.Semalam,Adif terus menghulurkan tangannya minta dibawa bersiar-siar di taman walaupun buat seketika.Terpaksa juga Pak Udanya membawanya.Tersenyum lebar dia menaiki kereta Pak Udanya.Berbeza dengan abangnya,Apiz yang rasa dirinya tersisih sejak Adif mendampingi Pak Udanya.Menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan melihat jelingan matanya ketika memandang wajah Pak Udanya.Mungkin dia teringatkan renungan Pak Udanya tempoh hari.Namun, berusaha juga untuk mengikuti Pak Udanya dengan berlari ke arah Pak Uda.
Mungkin,Apiz terasa yang Pak Udanya telah beralih arah dan menyayangi Adif daripadanya.Sebenarnya kasih sayang kami tidak berbelah bagi.Mereka pernah tinggal bersama-sama kami semasa bayi lagi.Setiap kali raya, ada sahaja pemberian Udanya kepada mereka berdua.Kadang-kadang Pak Udanya membelikan baju dan membawa mereka bersiar-siar.Itulah Apiz dan Adif yang sentiasa berada dalam ingatan kami.

Pena Kasih:Kita perlu mengamalkan sikap sayang-menyayangi di antara satu sama lain.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails