Sunday, December 6, 2009

MENGERATKAN PERSAUDARAAN


Jika tidak kerana sesuatu majlis,kita jarang bertemu saudara mara apatah lagi kita berada dalam generasi yang keberapa.Hari ini,saya berpeluang bertemu mereka.Berpeluang berkenal-kenalan dengan mereka.Berpeluang juga menyaksikan majlis perkahwinan anak En Azlan yang bertugas di KUITHO.Beliau juga merupakan anak saudara kepada Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadot.Namun, saya tidak berpeluang berjumpa beliau kerana balik awal.
Sempat juga kami ke Batu Pahat Mall dan Carefour.Just window shopping.My hubby aja yang beli buku.
Sebenarnya, tujuan kami ke sana adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan yang sememangnya agak sukar untuk kami berkumpul jika tidak ada majlis.Mak dan ayah pula mengambil peluang ke Johor Bahru.Dah dekat apa lagi, terus ajalah mereka mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ke Johor.

Pena Kasih: Syukur dapat mengenali saudara mara dan memperkenalkan dengan hubby.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails