Friday, December 4, 2009

ORANG KAMPUNG

Setiap kali cuti sekolah,sudah tentu banyak sekali jemputan yang diterima sama ada yang dekat mahupun jauh.Hari ini,saya berpeluang ke majlis perkahwinan orang kampung yang menetap di Gemereh Segamat.
Pertama kali mengenali beliau, sewaktu saya berkursus di PD.Kursus untuk semua GPK beberapa tahun yang lalu.Buat pertama kalinya saya berkursus setelah memegang jawatan tersebut dan buat pertama kali juga saya mengenali Cikgu Kamaruddin.Ketika itu, kami yang terdiri daripada GPK yang muda agak malu-malu apabila ditegur oleh GPK lelaki.Kami berkursus selama 3 hari 2 malam.Apabila masa terluang kami bersiar-siar di luar kawasan hotel mengambil angin malam.Waktu malam diadakan majlis BBQ dan karaoke.Teringat saya ketika itu, cikgu Kamarudin menegur dan saya hanya sekadar tersenyum sahaja.Memang tidak mengenali sehinggalah sehelai kertas tiba di meja saya.Senarai nama semua peserta kursus dan saya terlihat nama beliau yang sebenarnya.Dia pun tidak mengenali saya yang sebenarnya .Kami mempunyai pertalian persaudaraan apabila dimaklumkan oleh ayah.Beliau pernah dibesarkan di KGG sehinggalah beliau mengikut ibu bapanya ke Medoi.Seorang yang peramah,mesra dan kelakar.Kadang-kadang ,percakapan beliau menyebabkan kami tidak kering gusi.Ada sahaja bahan cerita yang membuatkan kami ketawa tidak berhenti-henti.

Pena Kasih:Tahniah untuk cikgu yang mendapat menantu pertama dan masih tidak lupa untuk mengajak orang kampung.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails