Sunday, December 6, 2009

KEMBALI DENGAN RUTIN SAYA



Minggu bertugas.Guru Besar bercuti.Banyak perkara yang perlu dibincang terpaksa diselesaikan sendiri.Dua minggu GB bercuti dan saya tidak sangka dia mengambil cuti tanpa memberitahu saya.At least she should inform me.Banyak perkara yang perlu diselesaikan.Hendak tak hendak selesaikan sahaja.Bukan hendak melangkau tugasan tetapi kalau semua hendak diserahkan kepada saya,pening juga.
Hari ini,banyak juga yang dapat saya selesaikan.Saya dengan Yati sahaja berada di pejabat.Yati dengan fail-fail yang bertimbun dan perlu digantikan dengan yang baru.Saya dengan tugasan mengemas kinikan segala maklumat untuk tahun hadapan.Syukur juga dapat suami yang memahami akan tugas kita.
Hari ini saya balik agak lewat.Minta suami jemput lewat.Hendak menyiapkan takwim tahunan dari bulan Januari hingga November.Banyak maklumat daripada pihak atasan belum dapat lagi untuk dimasukkan ke dalam takwim.Tergendala juga kerja-kerja saya.
Sekurang-kurangnya dapat juga saya menyelesaikan tugas tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa.Sometimes we need privacy.

Pena Kasih:Komitmen daripada semua pihak penting bagi melahirkan sebuah organisasi yang berjaya.




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails