Wednesday, December 2, 2009

ALLAH MENYAYANGINYA.........


Deringan telefon bertalu-talu sewaktu kami solat maghrib.Selepas solat,anak lelaki melihat nombor yang terpapar di telefon dan menelefon kembali emak mentua.Beliau memaklumkan bahawa atok Tisah telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Emak mengajak kami ke Spang Loi pagi esok.InsyaAllah,kami akan ke sana untuk menziarahi jenazah allahyarhamah Tok Tisah.Sewaktu hari raya Haji yang lepas,saya ada juga mendengar tentang Aruah yang tidak berapa sihat dan tidak sedarkan diri .Kemudian dihantar ke hospital Muar sehinggalah lewat petang tadi emak memaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia.Teringat saya sewaktu berbual dengan beliau semasa perkahwinan Shasha.Beliau memangnya seorang yang peramah dan sering berbual dengan saya apabila berjumpa.Pelbagai cerita menarik dikongsi bersama dengan saya.
Kini, beliau telah meninggalkan kami dan Allah menyayangi hambaNya.Al-Fatihah.

Pena Kasih:Kak Mazidah juga telah menemui Ilahi beberapa hari sebelum Hari Raya Haji kerana kanser.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails