Saturday, December 5, 2009

ALHAMDULILLAH.......


Alhamdulillah,akhirnya saya dapat menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan.Amanah yang perlu saya siapkan untuk sebuah organisasi.Perancangan yang perlu dilaksanakan agar semuanya dapat berjalan dengan lancar dan licin.
Cuti yang saya gunakan sepenuhnya dengan azam dan niat untuk mempastikan semua kerja dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.Buku tugasan dan takwim sekolah telah berjaya dilaksanakan.
Dengan kemahiran menaip yang dipelajari sewaktu habis SPM,saya guna dan pratikkan dan ini memudahkan saya menaip dengan pantas.Tidak perlu melihat satu persatu huruf-huruf yang sudah tentu mengambil masa yang agak panjang untuk menaip.Alhamdulillah, semuanya memberi kemudahan dan kesenangan kepada saya.
Justeru,disiplin diri amat penting kepada kita.Walaupun pelbagai kekangan dihadapi sewaktu hendak menyiapkan tugasan tetapi akhirnya dapat juga saya laksanakan seperti yang diharapkan.
Sememangnya kita tidak nafikan,kekangan yang dihadapi tanpa disiplin diri yang kuat sudah tentu banyak perkara yang dirancang akan tergendala dan akhirnya apa yang diharapkan tidak menjadi.
Bukan senang untuk kita mengagihkan tugas-tugas guru.Kadang-kadang nama guru-guru tertinggal dan sudah tentu akan mengguris perasaan mereka.Yang pastinya mereka mampu melakukan kerja seperti yang diminta.Justeru, berulang-ulang kali disemak agar nama mereka tidak tercicir.Seperti dalam rancangan Tanyalah Ustaz, dalam sesebuah organisasi janganlah ada perasaan dengki di antara satu sama lain apatah lagi dalam organisasi yang rata-ratanya terdiri daripada bangsa kita.Subhanallah.Lantas, kita hendaklah memastikan nama-nama guru dalam sesebuah organisasi itu perlu diketahui dengan lebih mendalam dan mempercayai kebolehan mereka melaksanakan tugasan yang diberi.Saya percaya, walaupun peringkat awal mereka tidak mengetahui tetapi apabila sudah diberikan tugasan,insyaAllah mereka dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan baik sekali.

Pena Kasih:Cuba untuk berlaku adil kepada semua orang.Sering berdoa agar Allah permudahkan urusan saya, permudahkan penentuan tugasan mereka,permudahkan saya menjalankan urusan-urusan pentadbiran dengan lancar dan licin.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails