Makanan kegemaran anak - anak saya ialah soto.Setiap kali ada sesuatu majlis atau tetamu yang hendak datang, menu utama mereka ialah soto.Semalam,anak sulong meminta saya memasakkannya soto.Ketika itu jam 5.00 petang.Hendak tak hendak masakkan juga untuk anak.
Hidangan yang mudah dan senang disediakan.
Seusai masak, emak saudara dan anaknya datang ke rumah emak.Apalagi,kami pun menghidangkan mereka dengan soto yang dimasak.Begitu berselera sekali mereka makan.Alhamdulillah.
Emak saudara memaklumkan yang Mak Ngah kini tidak sihat dan hanya berbaring sahaja.Tah:ap kesihatannya semakin menurun.Kami bercadang untuk menziarahinya petang ini setelah selesai anak sulong menduduki peperiksaan SPM.Mak Ngah yang pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala akibat 'tumor' beberapa tahun dahulu.Daya ingatannya juga semakin kurang.Namun,digagahinya untuk bersolat walaupun adakalanya dia lupa yang dia telah pun bersolat.Kami sentiasa mendoakan agar Mak Ngah cepat sembuh.
Pena Kasih:Sentiasa mendoakan ahli keluarga agar berada dalam keadaan yang sihat supaya mudah dapat mengerjakan amal ibadat.

No comments:
Post a Comment