Emmm...........membaca blog husband bertajuk 'Bongkar' mengingatkan saya kepada satu komen yang membuatkan saya begitu teruja untuk mengetahui siapakah di sebalik nama itu.Akhrinya dapat dibongkar dan setiap saat dan ketika kami selalu berdoa agar suatu hari semuanya akan terbongkar.Saya rasa kalau orang lain baca pun boleh nilai diri seseorang itu.Tidak mempunyai nilai-nilai menghormati orang lain.Semuanya masih tersimpan kemas untuk dijadikan bahan bukti.
InsyaAllah, kami berjanji tidak sesekali akan menyentuh hal-hal peribadi orang mahupun memberikan komen berunsur iri hati, dendam dan sebagainya.Kita perlu bersikap profesional dan tidak mudah beremosi apatah lagi kalau komen itu keterlaluan.Sebaliknya kami bersikap mendiamkan diri.Walaupun sekeji komen yang diberikan tapi kami bertindak secara perlahan mencari dan terus mencari siapakah sebenarnya orang itu.Namun ,kami tidaklah sampai berdendam.Tapi Allah itu Maha Pendengar, mendengar rintihan hambaNya.Setiap malam bangun solat agar diberikan petunjuk ke arah kebenaran.Akhirnya lahirkan kisah 'bongkar'.Tapi rasanya kalau individu itu terasa dengan apa yang ditulis, itulah tercetusnya komen yang bukan-bukan sehingga gagal mengawal emosi dan akhirnya terbongkar keseluruhan diri individu itu.Suami juga tidak ketinggalan menerima pelbagai ucapan tahniah kerana mampu menulis blog dan banyak memberi kesedaran kepada orang lain walaupun adakalanya dikatakan blog husband seolah-olah boleh mencetuskan kontroversi dan menyinggung perasaan pembaca sehingga meninggalkan kesan kepada para pengemar blog secara silent follower.Malah dianggap sebagai motivator.
Hati manusia tidak sama.Husband yang dianggap pendiam dan jarang sekali menyebut dan menyentuh nama seserang pun ada yang tidak puas hati.Entahlah manusia seperti ini......Yang pastinya ada perasaan dendam itu yang menyebabkan mereka tidak senang.Percayalah.......hari ini anda boleh lakukan kepada orang lain,suatu hari nanti orang lain boleh lakukan kepada anda lebih teruk lagi.Nauzubillah.........Semoga dijauhi sikap dendam mendendami antara satu sama lain.
Komen yang dihantar kepada saya juga menunjukkan seolah-olah dialah orang yang paling baik di dunia ini.Orang yang tidak pernah melakukan kesalahan.Orang yang serba tahu.Tapi saya biarkan ia berlalu begitu sahaja.Biarlah ianya menjadi simpanan saya.
Saya banyak membaca kisah-kisah kehidupan melalu media masa dan media elektronik dan ada juga blog yang menjadi pilihan saya.Banyak mengajar kita dan menginsafkan diri kita.Kadang-kadang hasil tulisan saya sebenarnya berkisah daripada bahan bacaan yang dibaca serta pengalaman kehidupan kita.Tidak sesekali ingin mencetuskan kontroversi tapi biasalah penerimaan orang apabila hasil penulisan memberikan kesan kepada diri individu itu.
Sebagai isteri,InsyaAllah saya selalu berpesan kepada suami, jangan sesekali melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada orang atau menuduh yang bukan-bukan kerana kita sebenarnya banyak kekurangan.Kita perlu banyak belajar mengenali orang.Kami saling ingat mengingati dan tegur-menegur antara satu sama lain.Suami memang seorang yang pendiam........tidak pernah hendak melantangkan suara dan meluncurkan perkataan yang kurang enak.Tapi anak-anak takut dengannya dan saya tetap menghormatinya sebagai ketua rumahtangga.
PENA KASIH:Terasa pedasnya apabila cili padi diijadikan hidangan.
No comments:
Post a Comment