Tuesday, November 2, 2010

TERPERANGKAP


Sewaktu berada di Muzium Negara,Along menelefon memaklumkan bahawa kawasan hadapan IPG dilanda banjir.Nampaknya dia terkurung didalamnya.Tidak boleh keluar.Saya meminta dia bersabar dengan keadaan seperti ini.Biasalah.........bila banjir melanda kita perlu bersedia menerima keadaan.

Two more papers lagi perlu dilalui.So, saya nasihatkan dia supaya menggunakan waktu-waktu seperti ini untuk dia membuat ulangkaji.Nada suaranya sudah nampak kelainan.Mungkin sedih......

Itu semua pengalaman hidup diperantauan.Susah senang perlu diharungi bersama-sama dengan rakan.Belajar melalui pengalaman.Pastinya saya bertanyakan wang untuk perbelanjaannya.Nasib dia ada simpanan wang di tangan kerana dia terperangkap di dalam IPG.Untuk mengambil wang memang sukar bila keadaan seperti ini.

Mungkin keresahan itu dapat diubati kerana saya selalu berchating dan menghantar mesej meminta dia bersabar.


PENA KASIH:Menunggu kepulangan anak mama.........16 hb.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails