Sunday, July 3, 2011

RAJA BUAH

Sudah tentu my favourite fruit ....buah durian.Tapi kini tidak segagah dahulu untuk menikmati buah tersebut.Kalau dahulu,masa zaman remaja tiga biji saja-saja aja....la ni tiga ulas kena fikir dua tiga kali untuk makan.Panassssssss........dan untuk kesihatan menjadi agenda utama.

Kali ini, kebun saya tidak banyak buahnya.....Anak-anak lagi la...bau durian sahaja sudah bising.Hubby pun bukannya suka sangat untuk makan buahnya...so kami tidak kisah.
Emmm.....bila keadaan macam ni, hubby bercadang untukmenebang semua pokok durian di kebun kami.Cukup kebun ayah yang terletak bersebelahan dengan kebun kami.Hubby cadang untuk menanam pokok getah.Saya pun mengiakan sahaja.Kalau dahulu ada buah pun kami tidak menjagainya.Dipajak sahaja.

Tapi buah durian di kampung kami memang enak.Saya pernah menikmati buah durian di kampung lain.............rasanya agak lain.Buah durian di kampung kami, lemak dan baunya amat mengoncang iman...........kalau tidak tahan.Emak dan ayah pun bukannya gemar sangat makan durian.Cuma my nephew and my niece sahaja yang begitu berminat dengan buah durian.

PENA KASIH:Suka makan santan durian.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails