Friday, November 12, 2010

DUGAAN


Kami berhubung antara satu sama lain.Lafaz sekalung tahniah diucapkan bertalu-talu.Pengorbanan seorang guru tidak kira masa dan tenaga,meninggalkan anak waktu cuti semata-mata untuk bersama murid-murid.Memastikan murid-murid datang sewaktu cuti sama ada di sekolah mahupun di rumah.Kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi apabila keputusan keluar, ada yang rasa kecewa dan gembira.Ada yang melahirkan rasa bersalah kerana kegagalan anak murid.Naluri guru merasakan anak murid mungkin merasa kecewa dengan apa yang dimiliki.

Tapi syabas saya ucapkan kepada guru SKCC kerana sedari dari bulan Disember lagi telah mengadakan kelas secara personal di rumah semata-mata untuk membantu murid yang lemah dalam 'certain subjek'.Sanggup mengorbankan masa cuti hanya untuk membantu murid-murid.Mungkin ini dugaan kepada kita.Allah menduga kita.Jadikan dugaan ini sebagai satu inspirasi kepada kita untuk terus bergerak dan jangan jadikan kekecewaan ini mematikan semangat kita.

Tidak semua murid bersungguh-sungguh untuk belajar walaupun emak dan ayah menghantar mereka dengan penuh harapan agar anak mereka membawa sesuatu yang baik untuk mereka.Berapa ramai yang sedar akan kesungguhan ibu bapa.Walaupun pelbagai motivasi diberikan agar belajar dengan bersungguh dan membuat latihan tapi mereka seperti endah tak endah sahaja.

Saya selalu juga mengingatkan mereka akan harapan ibu bapa.Bila keputusan keluar, ada yang terharu, gembira dan sedih sehingga menitis air mata malah ada yang tidak endah langsung.Gembira kerana mendapat keputusan seperti apa yang dijanjikan kepada ibu bapa dan guru.Mungkin gembira kerana tidak sangka selama ini tidak pernah memperolehi A tetapi apabila diumumkan mendapat A bagi semua subjek.

Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua murid Islam tahun 5 kerana sepanjang peperiksaan berjalan, mereka membantu kakak-kakak tahun 6 dengan mengadakan solat hajat dan bacaan yassin yang diketuai oleh cikgu Supian.

PENA KASIH :Setiap yang diduga ada hikmahnya.Kita perlu bermuhasabah diri.Sesungguhnya dugaan itu amat berat tapi bukannya tidak ada jalan keluar untuk menyelesaikannya.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails