Sebelum bas bergerak,kami memastikan semua murid cukup dan kelengkapan dibawa bersama.
Trip to Kuala Lumpur telah pun dirancang lebih awal.Buat pertama kalinya saya menyuarakan hasrat untuk turut sama .Hampir beberapa tahun saya tidak mengikuti rombongan sekolah kerana rombongan yang dibuat waktu sekolah ini tidak membolehkan semua guru mengikutinya.
Kali ini, saya rasa saya ingin sekali mengikutinya.Untuk mengurangkan 'stress' dan merehatkan minda bersama-sama dengan anak didik.
Perjalanan yang agak lancar dan saya sentiasa memastikan 'bus driver' memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan dimaktubkan.Mata mengerling ke arah kelajuan bas.Alhamdulillah, nampaknya bas dipandu dengan baik sekali.Mungkin pemandu bas itu tidak 'mesra alam'...hahaha kerana dengan riak wajahnya yang bersahaja dan saya perhatikan setiap gerak geriknya.Pemandu muda mungkin punya keegoannya yang tersendiri.Yang pasti saya tetap melihat meter pergerakan bas tersebut.
Melihat wajah-wajah anak didik yang begitu teruja dan ceria untuk sampai ke destinasi sebenarnya.Kami berhenti rehat di Seremban untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk makan pagi.Nampaknya bilangan untuk makan tidak seperti yang dijangkakan.Mereka kekenyangan.Saya tetap mengingatkan mereka agar berhati-hati membeli makanan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.Mereka akur.
Walaupun hujan turun rintik-rintik tapi kami bersyukur kerana sepanjang kami berada di sana, cuaca amat baik sekali.Memudahkan urusan dan pergerakan kami dari satu tempat ke satu tempat.
MUZIUM NEGARA
Sebelum masuk,kami memberi sedikit taklimat kepada murid-murid.Sempat berposing lagi.
sempat bergambar sebelum masuk ke Muzium Negara.Biasalah...........
Muzium Negara destinasi awal kami.Ingatkan kami hendak ke Planetarium tetapi pemandu bas itu rupanya tidak tahu jalan.Kami dibawa ke Muzium Negara dahulu dan selepas itu kami bergerak ke Muzium Islam dan Planetarium serta Masjid Negara.
Muzium Negara yang meninggalkan pelbagai khazanah negara ini amat mencuit perasaan saya.Mungkin sudah lama saya tidak ke sini,banyak perubahan yang saya nampak.Dari satu ruang ke satu ruang kami bawa murid-murid dan melihat peninggalan sejarah kita.Menyedarkan murid-murid akan kepentingan sejarah itu.Ada yang begitu teruja dan ada yang bersahaja aja.Mungkin sejarah itu masih belum tersemat di hati mereka.Hampir tiga jam kami berada di sana.Selepas makan,kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Planetarium Negara.Melalui jejantas................begitu terasa penatnya.Kami ditinggalkan oleh anak-anak murid.Maklumlah menaiki tangga dan mendaki bukit membuatkan beberapa kali kami berhenti tercungap-cungap.Saat itu begitu indah sekali.Cikgu Supian terus bersama-sama dengan anak murid.Tenaganya kuat tidak seperti kami.
PLANETARIUM NEGARA
Kami membiarkan murid-murid di sana.Melihat sendiri apa yang terdapat di situ.Mereka begitu teruja dan berminat sekali tidak seperti di Muzium Negara.Kami juga menyaksikan tayangan di situ.Menarik sekali.
MUZIUM ISLAM
Seterusnya perjalanan kami ialah ke Muzium Islam.Kami disambut dengan baik sekali.Sebelum kami, melawat ke situ kami dibahagikan kepada dua kumpulan dengan dipandu arah oleh dua orang penyambut di situ.........saya tak berapa ingat nama mereka.Salah seorang adalah bekas pelajar SMK Buloh Kasap yang menetap di Pemanis.
Kami diperkenalkan sejarah tamadun Islam dahulu.Begitu unik dan menarik sekali.Dari satu ruang ke satu ruang diberi penerangan kepada anak-anak murid.Hasil tenunan seni halus Iran begitu unik sekali.Memang meninggalkan kesan amat mendalam kepada kami.Penerangan yang jelas dan menarik itu menghilangkan rasa penat kami setelah berjalan mendaki bukit.
MASJID NEGARA
Kemudian , kami singgah sebentar di Masjid Negara.Menunaikan solat.Banyak juga sekolah yang mengadakan lawatan pada hari itu.Ruangan untuk kaum perempuan bersolat agak penuh dan kami terpaksa menunggu giliran.
PUTRAJAYA
Destinasi terakhir kami ialah ke Putrajaya.Apa yang dirancangkan tidak kesampaian.Kami sampai ke Putrajaya telah hampir malam.Ingatkan hendak singgah di Masjid Besi tapi hasrat itu tidak kesampaian kerana pemandu bas tidak mahu singgah di situ.Kami hanya sempat ke Alamanda untuk makan malam di sana.Selepas makan, kami bersiar-siar di situ tapi masa tidak mengizinkan untuk kami lama di sana.Pemandu bas menelefon saya meminta kami bergerak cepat meninggalkan Putrajaya jam 9.00 malam.Biasalah bila bawa kanak-kanak, melayani ragamnya sudah tentu makan masa yang banyak.Kami beredar dengan kehampaan tapi puas hati kerana tempat-tempat penting dapat dilawati.
PENA KASIH:Saat indah itu disimpan dalam kotak memori agar menjadi satu kenangan untuk kita.
No comments:
Post a Comment