Monday, November 15, 2010

ANAK IT


Semalam ke rumah IOI.Itupun setelah emak mentua call meminta kami ke rumahnya kerana ada urusan penting.Dua kali pangggilan telefon melalui hp saya tidak terjawab pada pagi itu.Terlalu sibuk dengan urusan sekolah terutamanya HAKA.Melihat raptai pada pagi itu bagi memastikan kelancaran perjalanan HAKA.

Tertanya-tanya juga dah akhirnya terjawab.So,semalam kami ke rumahnya dengan disambut oleh Apiz.Biasalah,buah tangan untuknya tetap dibawa.Mula-mula agak malu untuk menerimanya kerana kami katakan itu adalah kepunyaan Hadif.Akhirnya, bukan Hadif yang bermain dengan permainan tersebut tetapi Hafiz yang begitu teruja untuk bermain.Sebaliknya Hadif begitu leka di hadapan komputer melihat youtube.Melihat cerita-cerita pilihannya dengan tersenyum sendirian.

Itulah realitinya pengaruh IT tidak mengira usia.Seusia 2 tahun lebih sudah boleh melayari sendiri dunia ITnya.Tidak diberi menangis tidak berhenti-henti.Semalam,Hadif menangis kerana tidak dibenarkan oleh ibunya mengalih cerita yang sedang dilihatnya.Puas dipujuk oleh Pak Udanya sehingga melompat-lompat ingin mendapatkan Pak Udanya ketika Pak Udanya sudah tidak larat mendukungnya.Lalu Pak Udanya terus ke dapur dan membasuhkan muka.Senyap seketika setelah diberi minum air.itulah dia kanak-kanak sekarang yang dilahirkan di zaman ledakan kecanggihan teknologi.

Sewaktu hendak balik, sudah pasti dia akan menunggu di muka pintu untuk dibawa meronda di taman tersebut.Hapiz yang mengikuti meminta PaK Udanya ke sekolah yang bakal dihuni pada tahun hadapan.Dia menunjukkan arah di mana sekolah tersebut berada.Bijak sekali.........................

PENA KASIH:Seminggu sekali mengunjunginya................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails