Saturday, November 6, 2010

BERES

Alhamdulillah hari ini masih dapat bersama.Masih dapat menikmati keindahan kurniaanNya,Masih dapat bersama keluarga.Syukur teramat sangat.

Syukur juga kerana semua kerja dapat dibereskan seawal pagi.Thanks to hubby kerana sama-sama membantu memastikan tempat kediaman selesa dan kemas.Selepas ini, semuanya bergerak mengikut haluan masing-masing.Hubby yang bertugas menjaga peperiksaan dan saya akan ke majlis perkahwinan di kampung(majlis bacaan Yaasin) jam 10.00 pagi.

Hari ini, saya hanya berdua sahaja.My son mengikut emak mentua ke JB untuk menghadiri majlis perkahwinan Zizul.Kami tidak dapat bersama kerana mempunyai komitmen di sini.Ikutkan selepas hubby habis mengawasi peperiksaan ,kami akan bergerak ke JB tetapi esok saya perlu menghadiri kuliah terakhir untuk semester ini sebelum menghadapi peperiksaan pada 24 dan 27 Nov.Masa begitu pantas dan tidak sangka saya kini sudah hampir habis semester pertama.Pastinya setiap hari,saya akan membuat ulangkaji.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya.

Hari-hari yang dilalui penuh ceria.Syukur.Hari ini, sebelum ke destinasi masing-masing, saya sudah menyiapkan sarapan pagi dan makan tengah hari.Hubby terkejut kerana masakan untuk tengah hari telah dimasak.Yang pastinya apabila balik dari kerja semuanya telah tersedia untuk dinikmati.Sesibuk manapun InsyaAllah........saya akan siapkan segala keperluan untuk keluarga kami.Apabila saya terlalu kepenatan, husband faham dan biasanya akan membawa kami makan di luar.Komunikasi dua hala penting agar tiada pertelingkahan berlaku.Saling faham memahami dalam rumahtangga itu amat penting agar tidak berlaku perselisihan faham hanya kerana perkara yang remeh temeh.

PENA KASIH:Saling faham -memahami............




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails