Menemani suami ke klinik kerana tidak sihat.Mungkin terlalu letih sejak kebelakangan ini kerana sibuk hendak menguruskan tanah terbiar yang dibeli setahun lalu.Sebelum ini, tanah itu diusahakan oleh sepupu dengan menanam pisang dan sebagainya tetapi sepupu tidak larat untuk mengerjakan tanah tersebut dan memulangkan kembali kepada kami.
Setelah mendapat rawatan, suami mengajak kami ke Dataran Segamat.Melihat ekspo Majlis Belia Negeri Johor.Pelbagai barangan yang dijual di situ sehingga rambang mata melihatnya.Sempat juga saya memintakan suami membeli minyak wangi.
Kemudian , kami meneruskan perjalanan dari satu khemah ke satu khemah.Suami singgah di sebuah khemah yang menjual baja agro.Rupanya yang menjual ialah orang kampung saya.Dia mengucapkan terima kasih kepada husband kerana memberi sokongan membeli barangan jualannya.
Saya leka membelek baju-baju yang dijual di situ.Husband dan anak lelaki terus ke khemah menjual buku-buku.Biasalah bila sudah jumpa buku, husband tidak melepaskan peluang membeli buku yang dicari-cari selama ini.Saya juga tidak ketinggalan membeli buku yang bertajuk :Jangan Bersedih.Jadilah Wanita yang paling Bahagia.Masih belum sempat membaca dan melihat isi kandungan buku tersebut tetapi sempat juga membelek-beleknya semasa di khemah jualan buku.Banyak kata-kata yang boleh menjadi pedoman kepada kita.InsyaAllah, ianya akan menjadi santapan minda saya sewaktu lapang selain membaca buku-buku yang baru dibeli oleh husband iaitu "Mengurus Sekolah".Terharu kerana sewaktu saya menelefon suami memaklumkan saya akan kembali ke sekolah semula pada petang tadi, rupanya waktu rehat suami digunakan untuk mencari buku saya bagi bacaan tambahan saya yang akan menduduki peperiksaan semester pada bulan November ini.Thanks to hubby kerana terlalu banyak memberi sokongan kepada isterimu ini.Walaupun buku yang dicari tidak ada, suami membelikan buku lain dan akan membelikan buku yang bersesuaian untuk saya gunakan di Melaka sewaktu menjemput Along nanti.Terlalu banyak rasanya dia membantu saya dari assignment hinggalah pencarian buku.Setiap assignment yang dibuat akan dieditkan sebelum dihantar.
Kini,saya perlu membahagikan masa dengan sebaiknya menjelang peperiksaan saya.Saya suka membaca pada waktu sunyi iaitu di tengah malam.Semoga Allah permudahkan saya menerima ilmu yang saya baca.Permudahkan saya untuk menjawab dengan lancar nanti.Sebenarnya bidang pengurusan ini banyak berkaitan dengan tugasan harian saya sebagai pentadbir tetapi apabila hendak menjawab soalan agak susah juga untuk mengaitkannya.
PENA KASIH:Kehidupan yang sebenarnya adalah apa yang dijalani oleh seseorang setiap saatnya.
No comments:
Post a Comment