Tuesday, March 8, 2011

YANG DITINGGALKAN HANYA KENANGAN

Selepas masak lebih kurang jam 6.00 petang, saya membuka FB saya.Seperti tidak percaya kerana tertera nama Wan Haniza yang telah kembali ke rahmtullah pada hari Ahad kerana penyakit leukimia.Saya tersentak buat seketika kerana baru sahaja minggu lepas saya tertanya-tanya ke mana pergikan Kak Ija yang dikenali sewaktu bersama-sama di MPKI.Saya mencari-cari list namanya di FB saya.Masih ada lagi namanya.

Saya terus melihat gambar-gambarnya.Hati saya begitu sayu.Tidak tahu kenapa.Pernah beberapa kali saya berchating dengannya pada tahun lepas.Bertanya khabar dan dia mengajak saya ke rumahnya sekiranya ke Kuantan.Hanya melalui FB sahaja saya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang lama ditinggalkan tapi masih segar dalam ingatan.

Hari ini, saya begitu sedih kerana mendapat berita tentangnya.Dua minggu dahulu saya berchating dengan Kak Amnah dan Kak Amnah memaklumkan bahawa Kak Ija ada datang ke rumahnya tapi dalam keadaan yang tidak sihat.Saya tidak bertanya lebih lanjut kerana memang tidak mengetahui akan kedudukan sebenarnya.

Mengenalinya memang seronok.Sangat mengambil berat tentang rakan-rakan sewaktu kami di MPKI.Banyak kenangan manis bersamanya.....Miss u kak Ija.Tapi Allah lebih menyayangi dirinya.

PENA KASIH : Al-Fatihah untuk Kak Ija...semoga rohmu dirahmati Allah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails