Saturday, November 13, 2010

MASA


Masa begitu pantas berlalu.Bergerak tanpa disedari .Hari semakin dekat sedangkan saya belum lagi bersedia.Bersedia dengan buku-buku yang perlu dibaca.Setiap hari saya hanya mampu memperuntukkan 2 jam sahaja untuk membuat ulangkaji.Tajuk telah diberi untuk dibaca.

Kerja-kerja hakiki sedang menunggu.Tarikh perlu disiapkan semakin dekat.Nampaknya cuti kali ini dihabiskan di sekolah sahaja.Perubahan sukatan pelajaran dan masa juga menyebabkan saya perlu berhati-hati untuk menyiapkan jadual waktu dan mendapatkan maklumat terkini agar tidak berlaku kekurangan masa bagi setiap mata pelajaran.Kini,saya sedang mengumpulkan maklumat daripada semua guru yang telah pergi kursus agar tidak berlaku percanggahan.

Masa juga memberikan kesedaran kepada kita.Usia semakin bertambah.Banyak yang perlu kita pelajari daripada masa.Peredaran masa juga boleh mematangkan diri kita.Matang dalam berfikir dan bertindak serta berbicara.

Masa juga mengingatkan diri kita.Peristiwa lepas kita jadikan teladan dan sempadan.Kita bergerak dengan azam baru dan semangat baru.Mendekati diri kepadaNya.Itu yang lebih penting.

PENA KASIH :Masa mengubah segala-galanya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails