Thursday, November 4, 2010

KURSUS

Penghujung persekolahan sudah hampir tiba.Peperiksaan akhir tahun juga sudah habis seperti yang dirancangkan.Semua guru sudah habis menanda kertas dan mengagihkan markah kepada guru kelas untuk direkodkan dalam buku pelaporan.Semuanya telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan hingga menjejaskan kelancaran pengurusan.Semua markah juga telah diberikan kepada Su peperiksaan untuk disatukan .Semua panitia juga sibuk membuat post-mortem keputusan peperiksaan akhir tahun.Terima kasih kerana memberikan kerjasama .

Minggu hadapan ialah minggu yang paling sibuk dengan kursus.Bermula daripada pihak pentadbir hinggalah kepada guru-guru.Kursus berkaitan dengan kewangan, KSSR,Protim ,LINUS dan pelbagai lagi.Bermula dari 9 hb hinggalah 11 hb.Saya sendiri juga tidak terlepas untuk mengikuti kursus tersebut.Dalam masa yang sama dan tarikh yang sama , perlu attend dua kursus sekali.Bila tiba saat ini sukar untuk membuat keputusan.Malah kedua-duanya penting dalam pengurusan as a pentadbir.Namun,perlu berkorban salah satunya dan diberikan kepada rakan lain .

Kursus-kursus yang dihadiri adalah untuk memastikan agar semuanya dapat dilaksanakan dengan baik untuk tahun hadapan.Terutama murid-murid tahun 1 yang akan menerima pembelajaran baru iaitu KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) menggantikan KBSR.

Kemungkinan yang hanya tinggal di sekolah adalah hanya 6/7 orang sahaja.Mereka inilah yang akan memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar walaupun hanya dalam bilangan yang sedikit.Sekurang-kuranngya mereka dapat mengawasi kelas sehingga balik.Satu guru satu kelas.Itulah realitinya.

PENA KASIH:Banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum cuti.InsyaAllah semuanya boleh dilakukan selagi kita ingatkan komitmen kepada tugas.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails