Monday, November 8, 2010

MINGGU SIBUK

Minggu yang dianggap paling sibuk sekali.Semuanya tertumpu pada minggu ini sebelum minggu cuti bermula.Semuanya dibuat serentak.Sukarnya untuk menentukan kedudukan guru................Pastinya di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang untuk mengurus sesebuah organisasi.Kebijasanaan pemimpin menerajui kepimpinan bagi memastikan organisasi di bawahnya berjalan dengan lancar walaupun kekurangan kakitangan.

Hasil perbincangan dan setelah melihat hampir 12 orang tiada di sekolah , kami telah merangka program untuk mereka agar suasana pembelajaran berjalan dengan licin dan teratur.Alhamdulillah..........teratur sudah pengawasan kelas dan program untuk hari esok.Thanks to Pn Desi, En Ali, Pn Suzima and Cik Fauziah.Semuanya telah saya uruskan dan hopefully yang ditinggalkan dapat mengurus dengan sebaiknya.Yang pastinya keselamatan para pelajar perlu diutamakan.

Semuanya menghadiri kursus bersesuaian dengan kurikulum baru untuk tahun hadapan iaitu KSSR.Semoga dengan pendedahan yang diberikan ini dapat membantu para guru melaksanakan tugas dengan sebaiknya.InsyaAllah.......

Saya sendiri yang akan menghadiri taklimat berkaitan dengan HEM.Sepatutnya PK HEM yang menghadiri tapi dalam masa yang sama beliau akan menghadiri satu kursus di Muar...............Mungkin ini ilmu baru untuk saya ketahui yang lebih melibatkan hal-hal anak murid.

PENA KASIH :Sebagai guru......insyaAllah kita akan laksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails