Thursday, November 11, 2010

KEADILAN

........sukarnya apabila diberi tugas untuk menilai prestasi pekerja.Tapi alhamdulilah, pada tahun ini agak ringan sedikit kerana PPP banyak diberikan kepada GB.Hanya beberapa orang guru dan pekerja sahaja yang dinilai oleh saya.Satu amanah yang besar dan ketelusan amat penting untuk menilai seseorang pekerja.Dilihat daripada banyak sudut dan berdasarkan perjalanan kerja sepanjang tahun semasa.

Melihat satu persatu apa yang ditulis dan dinyatakan.Eleman-elemen yang perlu difahami dengan sebaiknya.Semenjak saya belajar berkaitan dengan pengurusan terutama apabila terjumpa dengan tajuk penilaian prestasi.Kumpulan kami sendiri membentang tajuk itu dan saya sendiri mengambil tajuk kecil tentang peranan pegawai penilai pertama dan kedua.

Tapi jika dilihat dengan teliti, core-business kita diutamakan.Peratus itu lebih tinggi.Sebab itulah tanggungjawab yang diamanah itu perlu diberikan keutamaan daripada perkara-perkara lain.Besar tanggungjawabnya dan jangan sesekali kita memandang remeh akan tugas hakiki kita.Pastinya ia mengingatkan diri saya sendiri akan tanggungjawab itu.

Kini, saya perlu melaksanakan penilaian dengan seadilnya .Tapi sememangnya agar sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak.Akan ada yang tersinggung dan berkecil hati nanti.Tapi apabila kita renung kembali, ianya berbalik kepada rezeki.Walaupun,saya kini telah dua kali menerima APC tapi buat kali keduanya saya memang tidak jangka.Tidak terlintas pun difikiran ini untuk menerima buat kali keduanya.Tapi kalau itu rezeki kita,kita perlu bersyukur.

PENA KASIH :Masih meneliti borang prestasi.........


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails