Saturday, November 13, 2010

SARAPAN & BELI BELAH


Jom sarapan di luar.............selepas mengemas rumah dan membasuh,kami bergerak ke Kg Gubah yang merupakan tempat biasa kami pergi.Namun, hari ini terlalu ramai sehingga kami mengambil keputusan bersarapan di Kg Jawa dan juga tempat pilihan kedua kami.

Menu pilihan adalah nasi lemak tapi hari ini nasi lemak juga telah habis .So tiada pilihan lain selain memilih mee hoon untuk sarapan pada pagi ini.Alhamdulillah............tidak terlalu cerewet soal makanan.Apa yang ada itulah yang kami makan.

Kemudian, kami berjalan-jalan mencari bahan bacaan.Hubby memilih beberapa buah buku untuk dijadikan santapan minda tetapi kali ini saya tidak meminta membeli buku kerana buku yang dibelikan masih belum dibaca.Tumpuan hanya kepada buku untuk peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Kemudian husband membeli jaring hijau untuk menutup grill pintu kerana setiap kali grill dibuka mesti kucing-kucing yang tidak tahu milik siapa akan masuk ke rumah.So untuk mengelaknya masuk,husband memasang jaring hijau.Membela kucing memang bagus tapi apabila kencing sana dan sini sedikit sebanyak mengganggu kami.


PENA KASIH: Burung terkukur di 'Anjung Kasih"


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails