Sunday, November 7, 2010

SEDAR


Hari ini merupakan hari terakhir kuliah kami sebelum menduduki peperiksaan akhir.Modul untuk 'Human Resources' juga telah diterima dan kini hanya perlu baca sahaja.Topic yang perlu dibaca juga telah diketahui.Thanks to Dr.Yusof.

Hati tergerak,naluri berkata-kata.HP dibuka dan tertera nombor husband.Terima call dari husband yang berada di JB memaklumkan akan membelikan buku untuk saya berkaitan dengan 'Pengurusan Sekolah".Thanks to hubby kerana begitu prihatin dengan pembelajaran isterinya.

Sebelum habis kuliah......pelbagai soalan diajukan.Yang menariknya Dr.berkata' jika kita tidak boleh membahagiakan orang lain, jangan kita menyusahkan orang lain.Menarik petikan kata-kata tersebut.Luas pengertian dan dalam maknanya.Mulanya dia memberikan pelbagai contoh sehinggalah satu persoalan berkaitan dengan 'parking kereta'.Salah seorang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak atasan tidak suka 'car park'nya diambil alih oleh orang lain.Mungkin persoalan itu dianggap remeh tapi boleh menimbulkan masalah besar kepada orang atasan.Pada saya tidak salahnya mereka hendak meletakkan kereta di mana-mana pun.Kalau kita tahu yang 'boss' tidak ada di sekolah , tidak salah bagi saya untuk mereka meletakkan kereta di tempat itu.

Begitu juga tempat letak kereta saya yang tertera nama jawatan.Tapi saya tidaklah menjadikan itu sebagai persoalan remeh.Adakalanya saya lewat hadir, dan nampak ada kereta orang lain di tempat saya,kita guna alternatif lain.Meletakkan kereta di tempat lain.Tidak timbul masalah hingga bermasam muka.Apalah ada pada jawatan .Kita hanya diamanahkan untuk membantu pihak pengurusan dalam melicinkan pentadbiran.Adakalanya tuan kereta berjumpa dan ingin mengalihkan kereta tapi saya tidak benarkan.Bak kata Dr.kita ada banyak hari yang membolehkan kita 'park' kereta pada tempat kita dan apa salahnya satu hari kita tidak meletakkan di tempat itu.Emmmm....betul juga.Malah ada juga dia menyuarakan ada sesetengah orang yang 'blok' kereta di belakang tempat letak keretanya.Kelakar juga apabila seorang yang bertaraf profesional bersikap seperti itu.Menarik sekali perbincangan Dr. Yusof dan memberi kesedaran kepada kita yang ada jawatan dan mempunyai tempat letak kereta sendiri.

Mengingatkan diri sendiri...........jawatan yang kita terima adalah amanah yang perlu kita tanggung dan diberi kepercayaan.Gunakanlah amanah itu dengan sebaiknya dan jangan kita ego dengan amanah itu.
Banyak yang dipelajari daripada Dr. berdasarkan pengalaman kehidupannya.

Begitu juga dengan perkhidmatan hospital kerajaan yang dianggap lembab dan sebagainya.Kita perlu bersyukur kerana menikmati kemudahan secara percuma dan hanya perlu bayar RM1.oo untuk menikmati perkhidmatan itu.Ini tidak dinikmati oleh mereka yang bekerja swasta.Menarik sekali perbincangan.Tapi kata kuncinya Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini sebagai kakitangan awam .


PENA KASIH:Perlu ada tolak ansur dalam kehidupan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails