Debaran menanti keputusan begitu memuncak sekali.Menghitung hari, minit dan saat setelah dimaklumkan bahawa 11 hb akan diumumkan keputusan UPSR.Bukan debaran itu hanya datangnya daripada diri pelajar itu sendiri, ibu bapa malah pihak sekolah juga tidak ketinggalan.
Siapa tidak inginkan kejayaan.Semua orang inginkan kejayaan dan bangga setelah 6 tahun berada di sekolah rendah akhirnya membuahkan hasil yang begitu menarik sekali.Perjuangan selama 6 tahun di sekolah daripada mengenal erti membaca,menulis dan mengira akhirnya akan terjawab pada 11 hb nanti.InsyaAllah........kejayaan akan mengiringi kalian anak-anak didik SKCC andaikata diadunkan dengan usaha bersungguh-sungguh, doa yang bertali arus memohon daripadaNya.
Saya rasa hati ibu lebih debarannya.Ingin melihat kejayaan anak-anak dan juga ingin memastikan anak-anak mendapat tempat di institusi sekolah yang diharapkan.InsyaAllah....mereka boleh lakukan itu semua.
Kami sebagai warga sekolah juga tidak ketinggalan merasakan debaran itu.Guru-guru yang mengajar tahun 6 khasnya sudah tentu ingin memastikan setiap mata pelajaran yang diajarnya meningkat peratus kelulusan dan juga kualiti dari setahun ke setahun.Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak-anak didik mendapat 'straight A' dalam semua subjek.Bersusah payah mengadakan kelas itu dan ini adalah untuk membantu anak-anak murid supaya apa yang diinginkan dapat.Namun kita berbalik kepada ketentuanNya,kita hanya berusaha dan segalanya ditentukan olehNya.
Sebagai pihak pentadbir sekolah, sudah tentu kerisauan dan keresahan hati semakin bertambah kerana masing-masing ingin melihat peratus kelulusan setiap sekolah.Semuanya berlumba-lumba inginkan sebuah kejayaan yang dapat memastikan hasil keluaran yang berkualiti dapat ditonjolkan.
PENA KASIH:Sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak, anak didik dan juga mereka yang menduduki peperiksaan.
No comments:
Post a Comment