Tuesday, November 16, 2010

HATI


Hati dan perasaan saling berkaitan.Ada orang mempunyai hati yang baik.Ada orang pula tidak menggunakan hati ke jalan kebaikan sebaliknya ada terbit perasaan dendam,cemburu dan pelbagai lagi.

Ada orang susah dengan kehidupan orang lain.Ada orang gembira melihat orang lain berjaya,mampu mengubah diri daripada tidak baik kepada baik.Ada orang suka melihat kehidupan orang lain kerana ada perasaan ingin tahu.Ada orang pula tidak kisah dengan kehidupan orang lain janji kehidupan keluarganya baik.Pelbagai rencam kehidupan sebenarnya.Semuanya terbit daripada perasaan ingin tahu.

Ada orang minat untuk membaca blog sesiapa sahaja kerana ingin tahu apa yang ditulis .Intipati blog yang dihasilkan.Ada orang apabila membaca blog dirasakan ditujukan kepada diri seseorang tapi sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung apatah lagi sememangnya mereka tidak tersenarai dalam hati kita.Ini semua berpunca daripada hati.

Baru-baru ini atas rasa kesedaran dan insaf agaknya,tidak semena-mena hamba Allah itu datang ke rumah kami.Memohon maaf atas apa yang telah dilakukan kepada kami.Alhamdulillah kerana selama ini,kami sememangnya tidak kisahpun dengan hamba Allah tersebut.Apa yang yang kami lakukan adalah dengan berdoa dan memohon ampun andaikata kami melakukan kesilapan mengguriskan perasaan hamba Allah itu.Tapi Allah Maha Mengetahui....siapa bersalah dia terasa dan akhirnya dia memohon maaf.Sebenarnya di dunia lagi Allah telah tunjukkan segala-galanya.Ianya terbit daripada hati.Rasa kekesalan agaknya.Saya tidak mahu terus ego dengan kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan.Saya juga rasa kagum dengan hamba Allah itu kerana cepat sedar dan mengakui kesilapan dirinya dan tidak mudah melenting kerana ada terbit rasa kekesalan dengan apa yang telah dilakukan.


Justeru,saya tidak kisah apa orang hendak kata selagi saya tidak mencetus atau menceroboh dan memberikan sebarang respon yang melibatkan diri seseorang.Kalau kita rasa kita berupaya untuk melakukan sesuatu itu, itu adalah hak kita.Kita tidak perlu hendak mencampuri urusan orang lain kerana saya rasa diri kita belum sempurna lagi .Banyak yang perlu kita perbetulkan diri kita dan bukannya hanya pandai berkata-kata sahaja.Saya tidak kisah sampai orang boleh menimbulkan perkataan munafik dan kafir dalam kehidupan kami kerana apa hak mereka terhadap keluarga saya.Sebabnya bukan kami yang mencetuskan segala-galanya tapi ia terbit kerana ada hati dan perasaan yang selama ini dipendamkan sahaja.Tapi Allah Maha Mengetahui .Jika kita tidak buat orang,Allah tunjukkan segala-galanya.KepadaMu, hamba ini sering berdoa agar dijauhi daripada perasaan dendam dan benci kepada orang lain.Kita juga perlu sedar kerana mungkin kita juga tergolong dalam kalangan orang munfik.Kalau saya ,saya lebih suka membaca sahaja blog pilihan dan tidak membuat sebarang komen sama ada baik atau tidak kerana kita perlu renung diri kita dahulu sebelum memberi sebarang komen kepada orang lain.

Kita janganlah menyusahkan orang lain sekiranya kita tidak mahu tersusah kerana sikap kita sendiri.Itulah pegangan hidup kami.

PENA KASIH:Yang pastinya Allah Mengetahui Segala-galanya.




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails