Wednesday, November 10, 2010

POKOK GETAH


Sejak akhir-akhir perkhabaran tentang harga getah yang bakal mencecah sehingga Rm12.oo ke atas memberi satu berita gembira bagi para peneroka dan para penoreh.Tersenyum lebar mendengar berita tersebut.Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Siapa sangka dengan harga yang dahulunya 90 sen tapi kini sudah melambung tinggi .Alhamdulillah.

Ayah dan emak serta emak mentua selalu mengingatkan kami agar menggunakan tanah yang sekangkang kera itu untuk ditanam dengan pokok-pokok getah.Kami hanya mendiamkan diri sahaja.Belum terbuka lagi hati ini agaknya sehinggalah baru-baru ini suami terfikir untuk membela semula kebun yang dibelinya itu dengan nilai yang murah.InsyaALlah,jika tiada masalah, suami akan meneruskan hajatnya itu dengan memanggil Ah Liat untuk membersihkan tanah tersebut.

..........sambil berseloroh saya memberitahu husband, nanti kalau kita pencen kita ambil excercise dengan menoreh getah.Itupun kalau kesihatan mengizinkan.Kita tidak tahu masa akan datang.......
Husband berkata:'dia tidak pernah pegang pisau malah tidak tahu menoreh pun.Lalu saya menjawab, kita belajar menoreh .Kami gelak lalu emak mentua mencelah, tak tahu menoreh upah orang aja.

Ayah saya yang mempunyai kebun pun sudah lama menanam pokok getah dan kini sudah hampir besar.Berkali-kali dia meminta kami menanam pokok getah.
Tanah di bahagian bawah rumah kami juga diminta bersih untuk ditanam getah.InsyaAllah ,kami akan tunaikan hasrat ayah itu.Terima kasih ayah kerana memberi kami sebidang tanah dan juga kepada abang Atim yang menjual tanah kepada kami dengan harga yang murah untuk dua tempat.Mungkin rezeki saya agaknya. Kedua-duanya atas nama suami.

Kenaikan harga getah ini,sebenarnya adalah rezeki mereka.Pengalaman mengikut ayah menoreh getah sudah cukup menunjukkan betapa penatnya menoreh getah.Bergerak dari satu pokok ke satu pokok dan dari hasil itulah ayah membesarkan kami dua beradik.Budi dan jasa ayah dan emak tetap kami kenangkan.

PENA KASIH:Sekadar renungan untuk diri sendiri:Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup tetapi bukan bererti kita harus hidup kerana harta.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails