Sunday, November 7, 2010

INSAF

Akhirnya selama ini disorok dan cuba untuk menyorok.Dari gerak tari dan caranya.........kita sudah mampu untuk mengetahui.Biarpun menggunakan pelbagai cara untuk mengelak diketahui, tapi Allah Maha Mengetahui.KepadaMu, aku sering dambakan diri,memohon diberi pertunjuk,diberi hidayah,akhirnya terlerai.

Kini, kita perlu lebih berhati-hati.Lebih bijak mengatur langkah agar tidak terus dianiaya.Doa orang teraniaya,InsyaAllah dimakbulkan.Hanya perlu bersabar dan terus bersabar.InsyaAllah, Allah akan bersama-sama dengan hambaNya.

Kita perlu ingat dan sedar bahawa dunia ini hanya pinjaman sahaja.Entah bila kita akan dipanggil.Kita tidak tahu.Hari ini, esok dan hari-hari seterusnya.Kita perlu juga ingat janji-janji yang dilafazkan.Itulah dinamakan munafik sekiranya kita gagal menunaikan janji.Untuk melarikan diri, kita mudah melafazkan janji tapi akhirnya senyap tanpa bicara , tanpa berita.Segunung janji dilafazkan tapi hanya sekadar di mulut sahaja.

Kita perlu sedar, menganiaya orang mahupun keluarga bukanlah sesuatu yang mudah dipandangan mata.Kita perlu fikir dan terus memikir.Sampai bilakah kita hendak menganiaya saudara sesama sendiri.Mudah-mudahan Allah jauhilah sifat ini pada diri saya.Takut dengan balasan dan azab yang diterima.Orang yang menanggungnya begitu terseksa.Sedarkan kita?

Emmm.......banyak sebenarnya pengalaman yang kita lihat di sekeliling.Banyak pengajaran yang diperolehi jika menganiaya orang mahupun saudara sendiri apatah lagi isteri atau suami.Kadang-kadang mereka sering bercerita dengan saya.........pelbagai pengalaman kehidupan.Hanya sebagai pendengar dan meminta bersabar serta nasihat yang mampu saya lakukan.
Dari hal rumahtangga hinggalah hal dengan masyarakat sayalah tempat mereka meluahkan perasaan.Saya tidak mudah mengambil sikap mengapi-apikan sebaliknya minta mereka merenung kelemahan yang ada pada diri dahulu sehingga menyebabkan rumahtangga bergoyah.Mungkin kelemahan yang ada pada diri menyebabkan suami/isteri mengambil kesempatan.Hidup berumahtangga ini sebenarnya ada manis dan pahitnya.Kitalah sendiri yang perlu pandai menangani hal-hal rumahtangga sendiri.

Tapi pastinya,my HM selalu meminta saya menjadi pendengar andai kata anak buah kami menghadapi pelbagai masalah.Mungkin mereka memerlukan kami sebagai pentadbir memahami keadaan yang dihadapi .Semua rahsia mereka akan menjadi simpanan saya.InsyaALlah............apabila mereka telah meluahkan apa yang tersirat selama ini dan dengan sedikit nasihat yang diberikan mereka mampu menanganinya dengan lebih berhemah.

PENA KASIH:Menginsafkan diri apabila melihat satu kejadian di mana si suami menganiaya isteri.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails