Semakin hari semakin banyak kerja yang perlu dibereskan dalam masa beberapa hari ini.Tidak sampai seminggu lagi, percutian sekolah hujung tahun akan bermula.Pelbagai rancangan telah mula dilakukan.Ada yang ingin bercuti makan angin dan yang ingin balik kampung bersama kaum keluarga.Musim cuti inilah banyak majlis perkahwinan diadakan.
Hari ini, saya menghadiri satu taklimat berkaitan dengan HEM.Semua maklumat telah diambil tindakan dan juga minit curai juga telah siap saya sediakan untuk diambil tindakan oleh GPK HEM.
Hari ini sekolah hanya dijagai oleh lima orang guru sahaja.Masing-masing tiada kerana menghadiri pelbagai kursus itu dan ini.Esok juga seperti hari ini,tiada guru untuk bersama-sama menerima berita sempena keputusan UPSR.
Yang pastinya kerja sedang menunggu dan bertindan antara satu sama lain.Tidak tahu yang mana satu hendak dimulakan.
Semua aspek disentuh berkaitan dengan hal ehwal murid dan juga guru.Pelaksanaan program 3K yang merupakan satu rutin sekolah setiap tahun.Menyentuh soal keceriaan, kebersihan dan juga keselamatan.Begitu juga dengan kebajikan murid dan tindakan yang perlu diambil oleh HEM .
Kemudian disentuh juga hal yang berkaitan dengan SPBT dan RMT yang mana ketelusan amat penting dalam membuat pemilihan pelajar-pelajar.
Akhirnya kami juga didedahkan dengan program PPDA, di mana semua sekolah perlu melaksanakan satu program dengan kerjasama ADDK daerah untuk mengadakan ceramah, bengkel mahupun kursus yang berkaitan dengan dadah kerana ada di kalangan kita yang terbabit dengan dadah.Sekurang-kurangnya dengan pendedahan ini dapat mengelak gejala dadah ini menular di institusi sekolah.
Seusai taklimat,saya terus ke sekolah menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan dan insyaAllah semua tindakan untuk dihantar ke PPD telah saya laksanakan.
PENA KASIH:Kerja bertindan tapi kalau pandai mengurus, InsyaAllah semuanya dapat dibereskan.
No comments:
Post a Comment