Sejak kebelakangan ini,terlalu banyak kita mendengar cerita-cerita yang menggambarkan anak yang menderhaka kepada ibu bapa.Lewat pagi tadi seusai menunaikan solat subuh,anak lelaki membuka siaran televisyen.Masih membincangkan persoalan anak derhaka.
Menarik sekali perbincangan pada hari ini.Sejak akhir-akhir ini juga di TV tidak terlepas kita menyaksikan kisah anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapanya.Tidak lama pembalasan yang diterima.Terlalu cepat pembalasan itu.
Semuanya untuk menyedarkan diri kita akan pentingnya kita menyayangi kedua ibu bapa.Bukan itu sahaja dengan ibu dan bapa mentua juga perlu kita layaninya seperti mana ibu sendiri.Tutur bicara dan tingkah laku perlu dijaga agar tidak ada yang terguris.Banyak kisah-kisah yang boleh kita jadikan tauladan dan kesedaran pada diri kita.
Baru-baru ini, kami ada menonton televisyen yang mengisahkan perjalanan hidup seorang ibu yang kematian suami.Menarik ceritanya sehingga emak mentua mencelah dan kami tersenyum sahaja.Begitu berkesan sekali dan menarik sekali perjalanan cerita itu.
Suami selalu berpesan kepada anak-anak kami agar jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa dengan kata-kata yang kurang enak.Kalau mama atau ayah marah, ada sebabnya dan jangan sesekali melontarkan perkataan yang kurang enak dan tidak sepatutnya diluncurkan sebagai seorang anak.Belajar untuk berbudi bahasa dan jangan ego dengan diri sendiri.Kalau bersalah mengaku bersalah dan jangan hendak menegakkan benang yang basah.Kita tidak tahu, jika kita lakukan pada ibu bapa mana tahu suatu hari kita juga akan menerima perbuatan itu yang dilakukan oleh anak sendiri.Nauzubillah...............
Kadang-kadang menitis air mata melihat perlakuan anak-anak sekarang melalui media.Mereka tergamak bersikap derhaka semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.Mereka lupa siapa dia mereka.Mereka lupa siapa yang melahirkan mereka di muka bumi ini.Mereka lupa segala-galanya kerana gagal mengawal nafsu amarah sehingga sanggup memaki hamun ibu bapa mahupun ibu /bapa mentua.Tidak tergamak untuk kita mendengar itu semua.Mereka gagal mengawal tutur kata kerana dek nafsu amarah yang melanda diri.Mereka tidak sedar dengan siapa mereka berbicara.Mereka lupa itu semua.Tiada lagi perasaan hormat dan malu .Sayang sekali kalau anak-anak bersikap seperti itu.
PENA KASIH:Menjaga tutur bicara sewaktu berbual dengan emak dan ayah.
No comments:
Post a Comment