Monday, November 15, 2010

HAKA 2010






Alhamdulillah, perjalanan majlis pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar sekali.Maklumlah keadaan kekangan masa dan kekurangan guru untuk mengadakan latihan tidak membantut semangat warga sekolah ini untuk terus menjayakan program ini .Ia merupakan kemuncak akhir sebelum cuti sekolah bermula.

Pagi lagi, raptai penuh telah dijalankan bagi memastikan majlis pada waktu petang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.Untuk memastikan kelancaran majlis,guru-guru yang telah diberikan tugasan dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

Buat kali pertamanya, kehadiran ibu bapa ke majlis ini sangat memberangsangkan.Ramai ibu bapa meluangkan masa untuk turut sama memberikan sokongan yang padu di atas kejayaan anak-anak mereka.

Majlis yang hanya dirasmikan oleh En Ayub bin Dom iaitu pengerusi PIBG sekolah ini.

Kejayaan anak didik merupakan kebangaan guru-guru.Malah kejayaan pencapaian UPSR pada tahun ini dan buat kali pertamanya sekolah ini memperolehi 8 orang daripada 25 mendapat 5A.Kejayaan itu dikongsi bersama dengan ibu bapa mereka.

Pada tahun ini, sekolah telah berpakat memberikan tiga anugerah kepada pelajar-pelajar sekolah ini iaitu Pelajar terbaik akademik dan sahsiah yang diberikan kepada Chong Siu Wan yang dilihat pencapaian terbaik sejak darjah satu memperolehi tempat pertama dan mempunyai sahsiah yang baik.Tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada pihak sekolah .Kemudian anugerah kecemerlangan akademik pula diberikan kepada Raudha Irdani bte Supei dan anugerah kecemerlangan ko-akademik pula diberikan kepada Nurul Humairah bte Mohd Foad.Semoga kejayaan ini memberikan dorongan kepada murid-murid lain untuk mengikuti nya.

PENA KASIH :Pernah mendapat hadiah pelajar terbaik dalam mata pelajaran Matematik tahun 6 sewaktu di SBH.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails