Wednesday, December 17, 2014

PROJEK 2014 BERAKHIR SUDAH....

Alhamdulillah selesai sudah projek tahun ini....sedikit renovation dibuat akhirnya melarat sehinggalah terbina tiga buah pagola yang sudah lama kami inginkan.Mempunyai sedikit kemahiran yang disulami dengan semangat dan kerajinan serta ingin melihat hasilnya memberikan satu gambaran kegembiraan di wajah my hubby.Even tidak banyak bercakap dan tidak suka menghabiskan masa begitu sahaja menggunakan peluang yang ada untuk membina sendiri pagola.Walaupun tidak secantik dan seseni orang yang berkemahiran but it enough untuk kami duduk bersantai di bawahnya. Gambar menunjukkan hasil seni tangan che abe....
Pemandangan di kolam ikan...bela juga ikan 'koi' dah besar dan menyeronokkan melihat dan memberi makan kepada ikan tersebut.
Che Abe sempat 'touch-up' his pergola before ke tempat kerja.....yang seorang duduk sambil memerhatinya sebelum meneruskan tugas meracun my kebun...bila dah buat pagola,kerja-kerja kebunku terbengkalai.RUmput-rumput sudah berdondang sayang dengan ketinggian yang agak menyusahkan kami untuk ke kebun.Pokok-pokok getah sudah tumbuh dan tinggi...menagih baja pula.Alhamdulillah ada juga insan yang datang ke rumah kami dan meminta untuk meracun kebun kami.
Sempat juga aku membela orkid yang sememangnya kini sudah menjadi kegilaanku...Dari Rawang aku mencari bunga orkid dan sehingga kini aku tidak melepaskan peluang membelinya di sini.Ada juga yang sudi memberi pokok orkid kepadaku.Aku letakkan di bawah pagola yang didirikan oleh che abeku. Rumahku Syurgaku....Mensyukuri dengan nikmat yang ada dan Terima kasih kepadaNya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails