Saturday, December 7, 2013
PROJEK CUTIKU
Hari ini aku bersama hubby telah mengambil keputusan untuk membeli 'chain Saw'.Matlamat aku untuk membersihkan kebun ayahku yang semak di belakang rumahku.Memotong pokok-pokok koko yang selama ini sangat disayangi untuk ditebang.Tapi seminggu yang lalu, ayahku telah menyuarakan hasrat untuk membuang pokok koko dan memastikan pokok-pokok lain tumbuh subur.Kalau selama ini, banyak pokok yang sukar untuk tumbuh subur disebabkan dilindungi oleh pokok-pokok koko.
Buat pertama kalinya che Abe menggunakan 'Chain Saw'.Aku agak takut juga apabila melihat dia mengendalikan penggunaan 'Chain Saw' itu.Maklumlah dia tidak pernah selama ini bekerja ala-ala kampung.Bila berkahwin denganku dia sudah mengenali kerja-kerja berkebun.Malah dua bidang tanah kebun telah dibelinya daripada sepupuku.Sudah cukup untuk aku mengendalikan bersamanya.
Hasrat sebidang tanah yang dibeli daripada sepupuku untuk menanam pokok getah belum tercapai lagi.Sebabnya bila dia menelefon one of the chinese man untuk kerja-kerja membajak, that chinese man memberikan alasan yang dia ada kerja.Akhirnya kami terlupa untuk menelefonnya kembali.Maybe tahun ini atau awal tahun,mungkin hasrat itu akan tercapai juga.InsyaAllah.
Bercerita tentang penggunaan 'Chain Saw' membuatkan aku geli hati....apa tidaknya buat pertama kali menggunakannya, che Abe tersangkut dan bergayut di dahan pokok yang ditebangnya.APa lagi aku dan ayah ketawa kegelian melihat gelagat che Abeku tapi itu semua menjadikan pengalaman kepadanya.Aku bukan sahaja memerhati kerja-kerjanya tapi mengambil kesempatan membantu mencantas dahan-dahan pokok dan disusun untuk dibakar nanti.Memang memenatkan apatah lagi diusia sebegini.Namun, aku sudah biasa dengan kerja-kerja itu dari dahulu lagi menyebabkan rasa-rasa sakit badanku akan hilang.
Bila aku ceritakan kepada anak lelakiku, dia agak kurang senang kerana memikirkan kesihatan kami .Memang anak yang prihatin dengan kami terutama ayahnya.Aku juga tidak memanjakan anakku sebaliknya aku memanggil dia untuk membantu ayahnya..tapi biasalah, permainan 'futsal'nya menyebabkan dia hanya menolong sekejap sahaja.
Sambil menebang pokok-pokok koko, aku lihat pokok-pokok buah yang ayahku tanam banyak yang sedang berbuah.Semangat aku untuk membersihkan kebun ayahku yang kini telah menjadi milikku.Terima kasih, ayah kerana menghadiahkan anakmu ini sebidang tanah yang agak luas tapi tidak sempat untuk dijaga dengan sebaiknya...luasnya dan tidak terlarat untuk kami menjaganya.Namun, che Abeku mengatakan dia akan melakukan sedikit demi sedikit walaupun kami ada meminta pertolongan daripada orang luar untuk meracun rumput-rumput dan lalang di kawasan kebun kami.Bagiku pemberian ayahku akan ku jaga dengan baik.....
PENA KASIH:
Emakku berhasrat untuk memberi sebidang tanah untuk anakku ...Fatin.Mampukah dia menjaga sebagaimana aku menjaga kebun ayahku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment