Susah atau senangnya kehidupan adalah bergantung kepada diri sendiri.Tidak perlulah untuk membabitkan orang lain atas kesusahan diri sendiri.Kita bermuhasabah diri dan mencari puncanya.
Aku terdiam seketika apabila mendengar seseorang individu itu meluahkan isi hatinya yang selama ini terpendam begitu lama.
Aku pun tidak mengerti kenapa dia beria-ia meluahkan isi hatinya kepada aku.Mungkin tekanan kehidupan yang kian meruncing menyebabkan dia bersikap begitu.Aku tidak menyampuk apa yang dicakapkan sebaliknya aku mendiamkan diri sahaja dan tersenyum dengan luahan hatinya.
Lantas di hatiku terus berkata-kata: Itu semua dugaan yang Allah berikan kepada kita.Mungkin ada hikmah disebalik itu.Allah tidak sesekali menguji hambaNya dengan sebegitu rupa.Mungkin ada yang tersirat.Mungkin Allah mengharapkan hambaNya terus mendekati diri kepadaNya.Jangan sesekali kita melupakanNya.Di waktu susah baru kita ingatkanNya, apabila senang kita lupakanNya.
Kita hidup biarlah bersederhana.Tutur kata, cara kita, budi bahasa kita perlulah dijaga.Tidak perlulah kita terlalu ego dan kendurkan keegoaan kita.Orang akan menilai diri kita daripada cara kita dan bukannya daripada percakapan kita.Tidak perlulah kita hendak mencanangkan kelebihan yang ada pada diri kita sedangkan pada hakikatnya tidak sebegitu .........Banyak sebenarnya yang aku pelajari daripada apa yang diceritakan.
Hakikatnya manusia memang tidak semudah itu melihat kesenangan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.Pada aku, kesenangan atau kelebihan individu itu adalah atas usaha dirinya sendiri.Maju atau mundurnya kehidupan adalah bergantung kepada diri individu itu.Tidak perlulah untuk menyalahkan orang lain.Renung-renunglah diri sendiri........
PENA KASIH:
Peranan ketua keluarga untuk mencorak kehidupan ahli keluarga.....
No comments:
Post a Comment