Tuesday, February 2, 2010

CERIANYA PERPUSTAKAAN DENGAN TEMA TAHUN BARU CINA













Perpustakaan bukan sahaja medan atau tempat untuk murid-murid membaca.Suasana perpustakaan itu sendiri boleh menarik minat murid-murid untuk masuk dan menggunakan kemudahan yang tersedia ada.

Hari ini, sempat saya melihat dan meninjau perpustakaan.Amat menarik dengan sentuhan tangan guru penyelarasnya Pn Salbiah Ontong.Banyak perubahan bersesuaian dengan suasana Tahun Baru Cina.Menggunakan setiap ruang yang berkonsepkan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.

Atas inisiatif sendiri mendapatkan bahan-bahan untuk dipamerkan dan juga sumbangan daripada ibu bapa membolehkan segala perancangan dapat dilaksanakan.Tahniah diucapkan kepada Pn Salbiah di atas usahanya sendiri.Jadi, murid-murid jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dan keceriaan di perpustakaan sambil mendapatkan info terkini.

Pena Kasih:Setiap guru mempunyai sentuhan tersendiri.

1 comment:

bee said...

uishh...lawo lak dlm gambor,pmeran hr raya nnt leh lr sponsor ktupat ek',ktupat thn lps dh kering...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails